Posts

Showing posts from 2018

Bahan Yang Perlu Ada Dalam Produk Bagi Kulit Berminyak Dan Berjerawat

Image
Hai assalamualaikum uols ! Lama sudah bah kan enda aku update entry yang aku taip sendiri 😎 Since hari ni aku ada masa free untuk duduk di kerusi menghadap laptop, jadi aku mau kongsi sesuatu berkaitan produk untuk muka orang yang ada masalah kulit berminyak dan berjerawat. Basically, benda ni aku just bagi ringkasan saja dari video yang aku layan dalam youtube. So, untuk kamurang yang suka layan review - review produk apa yang sesuai untuk muka, okey ka enda, bolehlah follow Noel Faizal dekat channel youtube dia. InsyaAllah akan jumpa banyak perkara berfaedah. Take it as knowledge. Siapa - siapa yang ada kulit berminyak dan berjerawat (kalau kamu terjumpa ni entry la ah), rajin - rajinlah kamu semak ingredient produk sebelum kamu beli ya. Apa pun, ia bergantung sama penerimaan kulit kamu. So jom kita start.... Sumber : Google 1. Glycolic acid Merupakan sejenis AHA iaitu bahan yang terdapat dalam exfoliating (untuk remove sel kulit mati). Selain tu, ia juga mempercepatk

KANSER BUAH ZAKAR BY DR. ERNA NADIA

Image
KANSER BUAH ZAKAR Saja share sebab haritu baru dapat pesakit yang baru habis chemotherapy sebab ada masalah kanser testis .  Sebelum lahir, buah zakar berada di bahagian abdomen, namun apabila sudah cukup bulan dan selepas dilahirkan, ia akan turun dan masuk ke dalam kantung aka skrotum. Ia adalah proses semula jadi namun ada bayi yang dilahirkan, buah zakar yang masih berada di dalam abdomen sedangkan suhu tubuh yang tinggi tidak sesuai untuk buah zakar dan ia boleh merosakkan sel testikel seterusnya mengubah ia menjadi sel kanser. Ianya kadangkala mengambil masa mungkin setahun atau dua tahun untuk buah zakar bayi masuk ke dalam kantungnya dan ianya memerlukan suhu di luar badan yang tidak terlalu panas. Bagaimanapun, jika buah zakar masih belum turun ke dalam skrotum dalam tempoh tersebut, ada kemungkinan ia akan kekal di dalam abdomen dan ini akan merosakkannya, seterusnya menjejaskan sistem reproduktif, penghasilan hormon testosteron dan mendedahkan pesakit

Fakta Kentut Dan Berat Badan

Image
Kentut boleh menyebabkan kalori terbakar dan kurus? Benda ni dah lama viral sebenarnya tapi ianya taklah betul mana.  Kentut adalah aktiviti yang pasif.  Kenapa pasif? Sebab kentut berlaku apabila otot dalam keadaan rehat/relaks dan gas tersebut ditolak keluar oleh usus badan. Aktiviti yang pasif tidak akan menyebabkan kalori terbakar.  Tapi kalau tahan, boleh buat kalori terbakar sebab otot tak rileks dah. Cuma taklah banyak mana kalori terbakar dan of kos ianya tak bagus untuk kita, sebab gas tak elok ditahan tahan, baik dilepaskan sahaja. So, jangan tahan kentut ok. Apa yang menyebabkan gas atau dikenali dengan lebih glamer sebagai angin terbentuk di dalam badan ni? 1. Mengunyah makanan dengan laju. 2. Mengunyah sambil bercakap atau bersulam minum air. 3. Makan makanan yang bergas seperti kobis, kekacang, keju. 4. Banyak makan makanan yang berlemak dan bergoreng. 5. Minum minuman bergas. 6. Merokok. 7. Ada masalah perut atau usus. 8. Minum gu

Wanita, Hymen Dan Perkahwinan : Ada Apa Dengan Hymen ?

Image
Gambar Hiasan Hymen aka selaput dara tidak boleh tumbuh balik. Selaput dara bukanlah penentu seseorang itu masih dara atau tidak walaupun dia tidak pernah melakukan hubungan seksual. Selaput dara adalah berbeza dari segi bentuk dan tahap nipis untuk setiap wanita. Wanita yang Allah ciptakan wanita ya, bukan wanita jadian. Selaput dara boleh cedera atau pecah akibat dari aktiviti fizikal lain juga.  Dan tak semestinya hanya dengan hubungan senggama pertama kali akan pecah dara dan berdarah . No no no.  Jadi, katalah isteri anda tidak berdarah pada malam pertama, ini bukanlah bermakna dia takdak dara dah. Stop being prejudice ok. Niat kahwin lillahita’ala . Dan kepada penjual produk yang saya taktahu mana sifat malu ( Malu itu sebahagian dari iman), please tolonglah berhenti mengiklanlan dengan ayat ayat yang saya rasa sangat lucah.  Semalam, sepanjang perjalanan dari selatan ke utara, saya lihat papan iklan di highway, betapa banyaknya iklan yang memalukan sebaga

Fearless Advocacy : Sinopsis

Pertemuan yang tidak dirancang antara Amz Ryuren, Keiharu Kei dan Yuki Futarin semasa pencerobohan pelesit di Bandar Prosperous telah mengubah perjalanan takdir hidup mereka. Kehebatan mereka dalam menangani pencerobohan pelesit heboh diperkatakan oleh penduduk yang tinggal di sekitar bandar itu sekaligus menjadi batu loncatan kepada Amz Ryuren dan Keiharu Kei masuk ke dalam Institut HILS sebagai pelajar istimewa. Yuki Futarin dalam masa yang sama turut berpeluang masuk ke dalam kelas yang selama ini diidam - idamkan olehnya. Tidak lama selepas pengrekrutan pelajar baharu yakni pelajar istimewa, Negara Cahaya menerima serangan demi serangan daripada Negara Kegelapan. Atas saranan daripada pemerintah - pemerintah kanan di bawah Kerajaan Cahaya, Raja Abraham IV telah mengeluarkan titah kepada semua institut untuk mempersiapkan para pelajar agar turut bersedia untuk maju ke medan tempur sekiranya peperangan lama antara dua negara tercetus semula.

PENJAGAAN KAKI PESAKIT KENCING MANIS by Doktor Mahyuddin (copypaste dari facebook)

Image
Penjagaan Kaki Pesakit Kencing Manis **************************************** Pagi tadi saya sempat bertanya kabar dengan seorang sahabat. Kaki isterinya yang menghidap kencing manis telah dijangkiti kuman 2 tahun yang lalu. Kakinya membusuk dan bernanah sehingga terpaksa dipotong pada paras atas lutut. Cara yang paling baik bagi mengelakkan jangkitan kuman pada kaki pesakit kencing manis ialah dengan mengelakkan luka berlaku pada kaki & memastikan bacaan gula adalah terkawal. Jangkitan kuman senang berlaku kerana kaki pesakit kencing manis kurang deria rasa akibat kerosakan saraf (sensory neuropathy), kurang daya pertahanan (Immunopathy) dan mengalami kekurangan aliran darah yang baik bagi proses penyembuhan (vasculopathy). Ini adalah TRIAD of Diabetic Foot Ulcer. Berikut adalah beberapa langkah yang saya cadangkan buat anda (atau isteri, saudara-mara & kawan) anda lakukan jika anda menghidap kencing manis: 1. Kaki yang terlalu kering adalah TIDAK baik kerana ia sena

TRIGGER FINGER by Doktor Mahyuddin (copypaste dari facebook)

Image
Jari tangan lekat & sangkut (Trigger Finger) - Rawatan Alternatif atau Hospital? ************************************** Ada sahabat meminta saya komen mengenai video dimana seorang perawat alternatif menekan pangkal jari dengan kayu dan membilang sampai 10 bagi mengubati seorang wanita yang mengalami jari tersangkut-sangkut. Perawat ini begitu tangkas & meyakinkan. Pada mulanya saya keberatan kerana ini adalah pilihan alternatif bagi pesakit. Anda berhak memilih apa dan di mana anda mahu menerima rawatan. Saya juga tidak mahu menimbulkan konflik. Namun kemudiannya saya berubah fikiran kerana berpendapat masyarakat perlu diberitahu bahawa: 1) Trigger Finger sebenarnya adalah kondisi yang amat kerap berlaku. Kami melihat kondisi ini hampir setiap hari di hospital 2) Ia boleh dirawat dengan mudah 3) Anda berhak mendengar daripada Pakar Ortopedik dan pihak hospital juga sebelum anda buat keputusan Jari Auntie ini sebenarnya mengalami masalah Trigger finger. Apabila

BENJOLAN BURSITIS by Doktor Mahyuddin (copy paste daripada FB)

Image
Benjolan Bursitis Baru-baru ni saya telah melakukan pembedahan bagi membuang benjolan pada belakang sendi siku seorang pesakit. Pesakit telah mengadu mengenai benjolan ini yang menjadi semakin membesar sejak beberapa tahun kebelakangan. Jika anda mempunyai benjolan sebegini, beberapa diagnosis yang mungkin termasuk: 1. Lipoma (ketumbuhan sel lemak) 2. Sebaceous cyst (kelenjar peluh tersumbat) 3. Bursitis (bengkak selaput bursa) 4. Ganglion (benjolan biasanya pada sendi pergelangan tangan) 5. Ketumbuhan kanser Bagi pesakit Ini diagnosis yang paling mungkin ialah Bursitis berdasarkan simptom, lokasi & sifat benjolan tersebut. Antaranya, pembesaran yang perlahan, berada di siku, sisi yang sekata, mobile (tidak melekat pada struktur di bawahnya), tidak sakit apabila ditekan (palpation) & pesakit tiada kehilangan berat badan. Bursa ialah lapisan karung (sac) nipis mengandungi cecair synovial yang menjadi “padding” antara lapisan kulit, otot, urat tendon dan tulang

TIPS SEWAKTU MENYUSU BADAN by DR. ERNA (copypaste FB)

TIPS SEWAKTU MENYUSU BADAN Alhamdulillah saya dapat menyusu badankan anak saya,Cempaka Rania sehingga setahun lima bulan. Masa saya melahirkan dia, saya masih seorang doktor pelatih di posting terakhir iaitu di jabatan kecemasan. Ermm memang sibuk sungguh la kan. Tapi Alhamdulillah, saya berjaya juga cari masa untuk pam susu dalam 4-5 jam sekali. Bukanlah mahu mendabik dada, saya pun masih amatur. Cuma apa yang saya mahu sampaikan adalah insha Allah kita boleh jika kita fikirkan yang kita boleh.Yang penting jangan stress stress ye😊 Ok, ada beberapa tips untuk menyusu badan, badan kekal bertenaga dan mengekalkan susu badan. 1. Mulakan menyusu badan sejurus selepas bayi anda dilahirkan dengan merapatkan badan bayi ke badan anda(skin to skin contact). Sewaktu inilah (1-5 hari) susu badan yang dinamakan kolustrum terhasil dan ia adalah susu terbaik yang tidak boleh ditandingi. Namun, jika tiada susu atau tak sempat nak skin to skin, jangan berputus asa. Sabar, rileks, chill. Tak

Ryuu Ingin Berkurapak

Image
Holla minna !  Sebelum terlambat, me wanna say Salam Ramadhan to all muslims, Happy Wesak Day to all Buddhist, Happy Harvest Festival to all Sabahan and Happy Gawai Day to all Sarawakians 😘 Am so sorry guys sebab lewat update apa - apa cerita berkaitan Time Travel ngan MG,GG (!) . Dengan keadaan otak tengah tepu, nampaknya cerita ni akan terkandas di tengah jalan menanti idea jatuh ke langit menghempap aku masa tengah tidur huhu . Sangat - sangat mintak maaf !  For addition too , keadaan pejabat yang kelam kabut sekarang juga sangat - sangat mempengaruhi aku untuk berkongsi apa - apa perkembangan dekat sini. And now , dikejutkan pulak dengan ayat yang keluar daripada bos aku kalau - kalau dia akan berpindah pejabat. Pindah ke mana, wallahualam . Yang pastinya, ada 3 orang yang mau jadi ketua pejabat kitaorang. Allahu .... aku harap bukan si XXX la yang jadi bos kami. I can't stand it kalau orang bujang juga yang jadi ketua 😶 Arghhhh ! Stress 😣 sebab a

Mi Sensei (2)

Inari Hiryu duduk termenung di mejanya. Dia baru sahaja selesai menanda kertas soalan yang disediakan khas untuk anak didiknya itu. Perasaannya bercampur baur apabila melihat jawapan yang diberikan oleh mereka. "Macam mana pengalaman hari pertama bertugas sebagai pendidik Cikgu Inari ?"tegur Anna Joshua. Wanita bermata sepet itu merupakan guru kelas bagi pelajar - pelajar harapan sekolah mereka. Hiryu melontarkan senyum paksa. "Not bad, Cikgu Anna. Cuma terfikir cara nak improve markah diaorang untuk subjek sejarah," balas Hiryu. Tangannya menongkat dagu. Anna Joshua tergelak kecil. "Bukan untuk subjek sejarah saja. Semua subjek pun macam tu. Adalah dalam beberapa orang pelajar dari kelas tu yang agak okey dari segi akademik. But the rest ...." Hiryu mengangguk faham. Hendak komen lebih - lebih pun, dia baru kali pertama masuk ke kelas tersebut. Banyak lagi yang dia belum tahu mengenai anak didiknya dan juga "masalah" yang dikatakan o

Mi Sensei

Kringgggggg !!!! Deringan bunyi loceng menunjukkan sesi pertama pembelajaran telah pun bermula. Seorang guru perempuan berambut panjang yang digayakan ponytail menyusun langkah menuju ke lokasi yang diamanahkan olehnya. Dari kejauhan cuping telinganya sudah mendengar hiruk pikuk jerit tawa bakal anak didiknya. Sebagai seorang guru baru yang baharu memulakan karier sebagai pendidik, mengajar kelas yang dikatakan bermasalah membuatkanya sedikit gementar. Langkahnya berhenti tepat pada pintu bilik darjah. Nafas ditarik dan dihembus bagi menghilangkan rasa gemuruh. Strechhhh Semua mata tertumpu ke arahnya. Keadaan kelas yang seperti tongkang pecah hanya dipandangnya sekilas sebelum pandangannya beralih menjamah wajah bakal anak didiknya. Buku kehadiran yang dikeleknya tadi diletakkan atas meja guru. "Selamat pagi, saya guru baru yang akan menggantikan guru kelas kamu. Sebelum saya kenalkan diri, saya minta kamu semua berada di tempat masing - masing," dengan sekali

Manly Girl, Girly Guy (12)

Tubuh Saeki yang terbaring berlumuran darah lunyai dibelasah oleh Ronald tanpa belas. Dalam situasi menahan kesakitan, Saeki cuba bangkit sambil memegang dada kanannya.  Ronald yang baru ingin menapak meninggalkan tubuh lunyai Saeki, berpaling ke belakang apabila cuping telinganya mendengar bunyi pergerakan lawannya. Benar sangkaannya, pemuda itu masih mampu berdiri normal sepertinya walaupun sudah dibelasahnya sekuat hati. Tidak cukup dengan itu, tikaman juga turut dihadiahkannya.  Tch ! Saeki membuang ludah diikuti darah hasil daripada penumbuk Ronald.  "Fuck !" jerkah Ronald.  Langkah larian dibukanya menuju ke arah Saeki. Dengan gerakan pantas, tangannya melayangkan sebuah penumbuk namun berjaya ditepis oleh Saeki dan dibalas semula oleh pemuda itu dengan menumbuk abdomennya. Sebuah tendangan lipatan tepat mengenai wajah Ronald sebelum lelaki itu terdorong ke belakang mengenai kotak kayu yang sudah usang.  "ARGHHHH !!!!!!! " Jeritan Ro

Time Travel (7)

Di Perkampungan Sepanjang Ryuu berjalan di perkampungan itu untuk mencari seseorang yang boleh membantunya ke pantai semula, tiada sesiapa pun yang memakai pakaian sepertinya. Rata - rata penduduk yang menetap di perkampungan tersebut memakai pakaian tradisional yakni pakaian yang dipakai sebelum era modenisasi. Dalam masa yang sama, semua penduduk itu kelihatan takut untuk berbicara dengannya.  "Err.. sorry for disturbing. Are you shooting some historical drama or movie sir ?"  Puas berjalan akhirnya Ryuu berhenti di sebuah gerai yang menjual ubi kayu panggang dan memberanikan dirinya untuk menegur peniaga tersebut.  "...." Peniaga tersebut kelihatan terkejut apabila Ryuu menegurnya. Kerutan di dahinya jelas menunjukkan bahawa dia tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh gadis muda itu. "Emm, pakcik tengah berlakonkah ?" soal Ryuu semula sambil membuat mimik seolah - olah sedang berlakon. Peniaga tersebut cepat - cepat menggelengkan kep