Manly Girl, Girly Guy (12)

Tubuh Saeki yang terbaring berlumuran darah lunyai dibelasah oleh Ronald tanpa belas. Dalam situasi menahan kesakitan, Saeki cuba bangkit sambil memegang dada kanannya. 

Ronald yang baru ingin menapak meninggalkan tubuh lunyai Saeki, berpaling ke belakang apabila cuping telinganya mendengar bunyi pergerakan lawannya. Benar sangkaannya, pemuda itu masih mampu berdiri normal sepertinya walaupun sudah dibelasahnya sekuat hati. Tidak cukup dengan itu, tikaman juga turut dihadiahkannya. 

Tch !

Saeki membuang ludah diikuti darah hasil daripada penumbuk Ronald. 

"Fuck !" jerkah Ronald. 

Langkah larian dibukanya menuju ke arah Saeki. Dengan gerakan pantas, tangannya melayangkan sebuah penumbuk namun berjaya ditepis oleh Saeki dan dibalas semula oleh pemuda itu dengan menumbuk abdomennya. Sebuah tendangan lipatan tepat mengenai wajah Ronald sebelum lelaki itu terdorong ke belakang mengenai kotak kayu yang sudah usang. 

"ARGHHHH !!!!!!! "

Jeritan Ronald bergema menahan kesakitan. Kepalanya terasa sakit. Dengan tangan yang menggeletar Ronald meraba belakang kepalanya. Cecair hangat membasahi tangannya. Di hadapannya kelihatan Saeki berdiri bersama kayu besbol yang dibawa olehnya tadi. 

"D-d-d-dont c-c-c-come near m-m-m-me... !"

Tch !

Saeki menghampiri pemuda yang membelasahnya tadi. Pandangannya terarah pada botol kaca pecah yang tertusuk pada bahagian belakang kepala dan leher pemuda itu. 

"Don't move or else you'll die... I'll find some help, so stay here," ujar Saeki. 

Baru sahaja Saeki ingin menapak mencari bantuan, Ronald memanggil Saeki.

"Help... "

"Huh ? Yeah, I'm helping you. That's why I told you to stay here and wait for me."

"N-n-no.. help... t-t-th-that st-stu-dent..."

Saeki memandang tepat ke arah Ronald. Tanpa membalas apa - apa, dia berlalu untuk mendapatkan bantuan daripada orang awam.

Ronald semakin merasa sakit yang teramat pada bahagian belakang kepalanya. Wajahnya juga sudah bertukar warna menjadi pucat. Buat masa ini dia cuma mampu berharap agar kawan - kawannya yang lain menemuinya.




"Ronald ?!"

Matanya dibuka perlahan - lahan. Pandangannya menjadi silau dek cahaya torchlight yang dihalakan tepat pada wajah. 

"Jeorge...." panggilnya lemah.

Jeorge yang turut sama mencari Joel terkejut melihat Ronald, temannya sedang terbaring lemah bersama darah segar yang mengalir daripada bahagian belakang kepalanya.

"Help...me..." 





Comments

Popular posts from this blog

KANSER BUAH ZAKAR BY DR. ERNA NADIA

Bahan Yang Perlu Ada Dalam Produk Bagi Kulit Berminyak Dan Berjerawat

TRIGGER FINGER by Doktor Mahyuddin (copypaste dari facebook)