Posts

Showing posts from April, 2017

Manly Girl, Girly Guy ! (2)

Joel duduk senyap di atas sofa. Di hadapannya, seorang pemuda lengkap bersut hitam sedang duduk menikmati kopi panas buatan pembantunya. "Hmm... sangat sedap,"puji pemuda bersut itu. Cawan itu diletakkan semula di atas meja.  "Joel..." Joel tunduk. Wajahnya kelihatan garis - garis keresahan.  "Aku dengar kau dibelasah oleh pelajar baru.." GULP! "Pergaduhan tu terhenti," jawab Joel perlahan.  Posisi duduk ditukar kepada posisi berdiri. Pemuda bersut itu berjalan menuju ke arah jendela biliknya. Matanya dihalakan ke luar jendela dengan tangan disilangkan ke dada.  "Siapa nama dia ?" "Ren." Joel hanya diam di tempat duduknya. Insiden beberapa hari yang lalu masih segar dalam ingatannya. Mana mungkin dia akan lupakan wajah dan nama pelajar yang berani memalukannya di khalayak ramai. Dalam diam, dia sudah merencanakan sesuatu dengan konco - konconya. Hanya perlu menunggu masa untuk dilaksanak

Manly Girl, Girly Guy ! (1)

" I want to break with you Joel," pinta Anna tiba - tiba kepada teman lelakinya, Joel yang sedang duduk bertentangan dengannya. Suasana kafeteria sekolah pada waktu itu masih lengang memandangkan pelajar - pelajar dari kelas lain masih berada dalam proses PnP. "What are you talking about Anna ? What did I do ?" soal Joel yang bingung dengan permintaan Anna untuk putuskan hubungan dengannya. Suapan yang tadi rancak mulai bertukar rentak menjadi perlahan. "I said, I want to break with you and it's not your fault." "Habis tu, kalau saya tak salah kenapa Anna nak putuskan hubungan dengan saya ? Kita dah lama bersama Anna !" Anna menarik nafas panjang. Gadis itu cuba mengumpul kekuatan untuk berterus terang dengan Joel. Dia tidak mahu Joel terluka sekiranya pemuda itu mengetahui dari mulut orang lain..  "Anna... sebenarnya suka dekat orang lain." Joel terkedu. Akalnya seperti tidak mampu mencerna apa yang diperkat

Time Travel 1

  Suasana  di pantai pada hari itu sangat meriah dengan  gelak tawa pelajar daripada Kelas Seni dan Reka Bentuk. Bukan selalu mereka dapat menghabiskan masa di tempat awam seperti itu kerana kekangan masa yang sangat terhad. Tambahan pula mereka merupakan pelajar yang berada di tahun akhir pengajian. Sudah tentu banyak tesis yang perlu disiapkan demi meraih segulung sijil yang berharga. “Weh Ryuu ! Kyorin ! Jomlah join kitaorang main bola tampar !” laung Shu pada dua orang gadis yang sedang duduk bersantai di atas tikar. Pemuda itu berlari - lari anak menuju ke arah dua gadis yang sedang bersantai itu dengan bola di tangan.   “ What ? ” soal Ryuu dengan penuh malas.  Wajahnya langsung tidak menunjukkan ekspresi teruja. Menyampah lagi adalah. Kyorin yang berada di sebelahnya duduk santai dengan novel yang baru di beli sebelum mereka berangkat ke pantai tersebut pada pagi tadi. “Janganlah asyik terperap Ryuu. Kau ni dahlah tiap kali waktu lawatan kelas selalu  skip ,