Posts

Showing posts from April, 2018

Mi Sensei (2)

Inari Hiryu duduk termenung di mejanya. Dia baru sahaja selesai menanda kertas soalan yang disediakan khas untuk anak didiknya itu. Perasaannya bercampur baur apabila melihat jawapan yang diberikan oleh mereka. "Macam mana pengalaman hari pertama bertugas sebagai pendidik Cikgu Inari ?"tegur Anna Joshua. Wanita bermata sepet itu merupakan guru kelas bagi pelajar - pelajar harapan sekolah mereka. Hiryu melontarkan senyum paksa. "Not bad, Cikgu Anna. Cuma terfikir cara nak improve markah diaorang untuk subjek sejarah," balas Hiryu. Tangannya menongkat dagu. Anna Joshua tergelak kecil. "Bukan untuk subjek sejarah saja. Semua subjek pun macam tu. Adalah dalam beberapa orang pelajar dari kelas tu yang agak okey dari segi akademik. But the rest ...." Hiryu mengangguk faham. Hendak komen lebih - lebih pun, dia baru kali pertama masuk ke kelas tersebut. Banyak lagi yang dia belum tahu mengenai anak didiknya dan juga "masalah" yang dikatakan o

Mi Sensei

Kringgggggg !!!! Deringan bunyi loceng menunjukkan sesi pertama pembelajaran telah pun bermula. Seorang guru perempuan berambut panjang yang digayakan ponytail menyusun langkah menuju ke lokasi yang diamanahkan olehnya. Dari kejauhan cuping telinganya sudah mendengar hiruk pikuk jerit tawa bakal anak didiknya. Sebagai seorang guru baru yang baharu memulakan karier sebagai pendidik, mengajar kelas yang dikatakan bermasalah membuatkanya sedikit gementar. Langkahnya berhenti tepat pada pintu bilik darjah. Nafas ditarik dan dihembus bagi menghilangkan rasa gemuruh. Strechhhh Semua mata tertumpu ke arahnya. Keadaan kelas yang seperti tongkang pecah hanya dipandangnya sekilas sebelum pandangannya beralih menjamah wajah bakal anak didiknya. Buku kehadiran yang dikeleknya tadi diletakkan atas meja guru. "Selamat pagi, saya guru baru yang akan menggantikan guru kelas kamu. Sebelum saya kenalkan diri, saya minta kamu semua berada di tempat masing - masing," dengan sekali

Manly Girl, Girly Guy (12)

Tubuh Saeki yang terbaring berlumuran darah lunyai dibelasah oleh Ronald tanpa belas. Dalam situasi menahan kesakitan, Saeki cuba bangkit sambil memegang dada kanannya.  Ronald yang baru ingin menapak meninggalkan tubuh lunyai Saeki, berpaling ke belakang apabila cuping telinganya mendengar bunyi pergerakan lawannya. Benar sangkaannya, pemuda itu masih mampu berdiri normal sepertinya walaupun sudah dibelasahnya sekuat hati. Tidak cukup dengan itu, tikaman juga turut dihadiahkannya.  Tch ! Saeki membuang ludah diikuti darah hasil daripada penumbuk Ronald.  "Fuck !" jerkah Ronald.  Langkah larian dibukanya menuju ke arah Saeki. Dengan gerakan pantas, tangannya melayangkan sebuah penumbuk namun berjaya ditepis oleh Saeki dan dibalas semula oleh pemuda itu dengan menumbuk abdomennya. Sebuah tendangan lipatan tepat mengenai wajah Ronald sebelum lelaki itu terdorong ke belakang mengenai kotak kayu yang sudah usang.  "ARGHHHH !!!!!!! " Jeritan Ro