Posts

Showing posts from 2020

Aku Dan Biskut Raya

Image
Assalamualaikum dan selamat petang ! Apa khabar semua ? Sihat ? Aku alhamdulillah sihat. Sepatutnya hari ni bersamaan 4 Mei 2020 selaras dengan ucapan PM kita pada Jumaat lalu, beberapa sektor perkhidmatan sudah mulai dibuka dan antara sektor perkhidmatan yang mulai dibuka. Namun apakan daya, our current CM don't even want to follow it. So hari ni aku masih terperap dalam rumah. For sure apabila pejabat dibuka beban kerja akan melampau - lampau 😅.  Back to my story, actually tahun ni punya raya memang aku azam untuk buat biskut sendiri since tahun lalu semua biskut aku tempah saja. Kononnya penat bekerja seharian. Tapi bila kakak - kakak aku brainwash aku pasal biskut, maka tahun ni aku pun dengan senang hatinya mencuba untuk membiskut.  Btw, aku bukanlah sejenis yang minat buat biskut. Mungkin sebab kesabaran aku ni senipis kulit bawang, jadi benda - benda yang memerlukan aku duduk tekun membiskut sangat - sangat menggugat kesejahteraan tulang belakang aku almaklumlah or

Untuk Yang Kesekian Kalinya...

Image
Assalamualaikum dan salam Ramadhan 1441H .  Dalam kita sibuk menyambut kedatangan tetamu istimewa iaitu Ramadhan, Perdana Menteri kita mengumumkan bahawa PKP masih diteruskan untuk tempoh dua minggu lagi. Aku pasti ada di antara kita yang mengeluh, apatah lagi bagi mereka yang telah hilang punca pendapatan sepanjang PKP ini. Aku mengerti semuanya. Namun apalah daya kita, dek kerana wabak virus Covid-19 itu tersangatlah kecil dan hampir tidak kelihatan pada pandangan kasar mata kita (tanpa menggunakan alatan sepatutnya), maka inilah yang terbaik. Duduk di rumah, sama - sama berganding bahu memutuskan rangkaian wabak ini. Dalam masa yang sama, kita yang berkemampuan ini bersama - samalah dalam membantu golongan yang telah kehilangan punca pendapatan. Moga dengan bantuan kita yang tidak seberapa itu, Allah limpahkan rezeki yang tidak disangka - sangka. Semenjak dua menjak ini, facebook kita menjadi platform yang hangat apabila UEL 'dikecam' oleh seorang

Aku Dan PCOS

Image
Assalamualaikum dan selamat petang guys ! Apa khabar ? Semenjak hari pertama PKP berjalan, aku lepak dekat rumah ja 😫. Tapi okeylah demi untuk memutuskan rangkaian Covid-19 ni, kita bertabah saja duduk dalam rumah. Haa cuma yang aku geram sangat bila masih ada segelintir yang bapak degil bila PKP dibuat. Cmon la guys. Inilah masanya kita chillex dekat dalam rumah sambil membantu para frontliners dengan memberi kerjasama yang sewajarnya.  Baru masuk bulan ke empat ditahun 2020 ni, terlalu banyak benda yang jadi. Tapi impak yang paling besar adalah berkaitan Covid-19 memandangkan ianya sudah berada pada tahap pandemik di seluruh negara. Selain daripada isu pandemik, pergolakan politik dalaman di negara kita juga turut menjadi liputan yang agak meluas apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dinaungi oleh PM ke 7 bubar dan beralih kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) setelah diperkenankan oleh DYMM berserta perlantikan PM ke 8 dan ahli kabinet yang baharu melalui lantikan DYMM.

Aku Dah Kahwin !

Image
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh ! Setelah beberapa bulan menyepi, aku kembali bersiaran di blog yang sunyi sepi ini. To be frank, dalam beberapa bulan aku menyepi dari terus menulis di dalam blog aku adalah disebabkan kesibukan bekerja di samping kesibukan menguruskan persiapan perkahwinan. Ditambah lagi dengan masalah bertimpa - timpa setahun yang lalu, aku jadi agak malas dan berat untuk menaip. But well, here I am bebeh ! Btw, seperti tahun - tahun sebelum ni, Happy New Year buat semua orang. Walaupun terlalu lambat untuk aku wish, aku tetap mahu wish juga (hahaha) 😂 New Year, New Title for me. Selepas lapan tahun perkenalan, akhirnya aku berkahwin juga dengan encik suami. Alhamdulillah, memang tiada kata - kata yang dapat aku ungkapkan melainkan panjatkan kesyukuran pada Allah S.W.T atas anugerah yang terindah dalam hidup aku selepas my beloved family and friends.  Sedikit perkongsian, aku kenal suami aku selepas aku tamat peperiksaan S