Untuk Yang Kesekian Kalinya...

Assalamualaikum dan salam Ramadhan 1441H



Dalam kita sibuk menyambut kedatangan tetamu istimewa iaitu Ramadhan, Perdana Menteri kita mengumumkan bahawa PKP masih diteruskan untuk tempoh dua minggu lagi. Aku pasti ada di antara kita yang mengeluh, apatah lagi bagi mereka yang telah hilang punca pendapatan sepanjang PKP ini. Aku mengerti semuanya. Namun apalah daya kita, dek kerana wabak virus Covid-19 itu tersangatlah kecil dan hampir tidak kelihatan pada pandangan kasar mata kita (tanpa menggunakan alatan sepatutnya), maka inilah yang terbaik. Duduk di rumah, sama - sama berganding bahu memutuskan rangkaian wabak ini. Dalam masa yang sama, kita yang berkemampuan ini bersama - samalah dalam membantu golongan yang telah kehilangan punca pendapatan. Moga dengan bantuan kita yang tidak seberapa itu, Allah limpahkan rezeki yang tidak disangka - sangka.





Semenjak dua menjak ini, facebook kita menjadi platform yang hangat apabila UEL 'dikecam' oleh seorang ustaz yang kononnya mendakwa aktiviti derma yang dilakukan oleh UEL dan kumpulannya itu sebagai mengaibkan si penerima bantuan. Of course ramai yang mengikuti kes ini sejak ustaz berkenaan menaikkan postingan tersebut di media sosialnya. Aku kira, ramai yang triggered dengan akhlak yang ditunjukkan oleh ustaz tersebut.

Secara jujurnya, aku juga tidak berkenan dengan apa yang dilakukan oleh ustaz tersebut. Bagi aku, UEL itu seorang yang penuh dengan kasih sayang. Apabila dia berkata - kata, dia berkata - kata dengan lembut. Tiada maki hamun atau kejian pun keluar dari mulutnya. Ayat yang selalu keluar, "Allah sayang kamu." Usaha memberikan bantuan kepada semua frontliners, orang susah tanpa mengira status agama dan bangsa yang giat dilakukan oleh UEL juga sedikit sebanyak mengajak masyarakat untuk sama - sama menghulurkan bantuan pada mereka yang dalam kesusahan. Kalau ada yang kata UEL itu riak kerana menunjuk - nunjuk dalam memberi sumbangan dan dakwah, tanyalah diri kita balik. Apakah ilmu kita sudah cukup hebat menginjak level Tuhan sampai tahu apa yang ada pada dalam seketul daging bernama hati ? 




Beberapa hari lalu aku dihubungi oleh sahabat aku, Inda. Seperti biasa kami bertukar khabar dan sama - sama berkongsi cerita. Bila aku lihat perjalanan hidup sahabat aku ini, sangat sukar dan penuh dengan ujian yang besar. Yang aku kira, kalau aku berada pada tempatnya sekarang, aku pasti minta Tuhan untuk cabut nyawa aku. Namun Allah itu tidak kejam. Disebalik kesukaran dan ujian yang dihadapi oleh sahabat aku, Allah sedang mengangkat darjatnya jauh lebih baik dari aku. Mungkin jauh lebih baik daripada kita semua. Sahabat aku ini, aku kenal sejak 16 tahun lepas. Kemudian bertemu semula pada zaman sekolah menengah, sekelas sampailah habis sekolah. Malahan sebilik semasa di asrama. Keluarga aku sudah menganggapnya seperti anak, dan keluarganya juga sudah menganggap aku seperti anak mereka. Dia sahabat aku dunia akhirat. Di penghujung tahun lepas, sahabat aku disahkan menghadapi masalah kegagalan buah pinggang. Kedua - dua buah pinggangnya sudah rosak dan hanya bergantung pada dialisis sahaja seumur hidup. Disebabkan oleh Covid-19 dan jangkitan kuman pada jantung, dia sekarang warded di hospital besar di bawah pantauan doktor pakar. Dialah sahabat yang selalu setia ada dengan aku. Semoga kau sihat macam sedia kala sahabat.




Saat aku mendengar bunyi guruh yang berdentum di langit pekat malam, aku terasa sunyi dan sangat down. Seperti previous entri, aku si pcoser yang berharap agar Tuhan berikan aku zuriat dari rahim aku sendiri. Mungkin sebab perjalanan aku untuk menurunkan berat badan sangat menyesakkan di dada, ditambah lagi dengan masalah menses yang belum ada sampai sekarang walaupun selepas aku hilang hampir 6 kg, aku jadi down. 

Untuk yang kesekian kalinya, aku rasa akulah manusia yang paling rapuh walaupun ujian aku tidaklah sehebat sahabat aku. Entahlah. Aku buntu dan penat. Aku cuba positifkan diri aku, tapi bila aku sendirian macam ni, isu zuriat bermain dekat kepala. Aku rasa macam aku ini gagal sebagai seorang perempuan, apatah lagi isteri. 

Betul, suami aku sentiasa bagi sokongan pada aku mengenai hal anak. Katanya, "itukan urusan Allah, kita banyakkan berdoa saja insyaAllah nanti Allah kurniakan kita zuriat. Jangan sedih okey, bae tetap sayangkan isteri bae.".Aku bersyukur dan berterima kasih pada Allah sebab kurniakan suami yang memahami dan sentiasa sokong aku dari semua sudut. Tapi jauh di sudut hati, aku mahukan anak.




Haa... doakan aku, doakan sahabat aku. Semoga di bulan yang penuh keberkatan ini, Allah berikan bungkusan hadiah yang istimewa unuk kita semua. Allahumma aamiin. 


Seorang Perempuan,
Ryuu


Comments

Popular posts from this blog

Bahan Yang Perlu Ada Dalam Produk Bagi Kulit Berminyak Dan Berjerawat

KANSER BUAH ZAKAR BY DR. ERNA NADIA

TRIGGER FINGER by Doktor Mahyuddin (copypaste dari facebook)