Violet Evergarden : Review


Assalamualaikum semua ! Sihat ? Semoga semuanya berada dalam kesihatan yang membaik dan sentiasa positif dengan semua ujian yang dihadapi. Keep fighting until you achieve your own freedom. 

Semalam aku layan satu anime series bertajuk Violet Evergarden. Buat yang tertanya - tanya Violet Evergarden tu apa benda, you guys kena baca entry ni sampai habis 😘. Sebelum aku masuk pada review, aku akan cerita sikit mengenai Violet Evergarden. 


sumber : Google Images

LATAR BELAKANG 

Violet Evergarden merupakan light novel bersiri yang diilhamkan oleh Kana Akatsuki dan diilustrasikan oleh Akiko Takase. This is a Japanese light novel yang mana novel ni telah memenangi hadiah pertama pada tahun 2014 dalam Kyoto Animation Award's yang kelima bagi kategori novel (dalam masa yang sama, novel ni menang untuk tiga kategori sekaligus). Untuk pengetahuan pembaca, Violet Garden disiarkan oleh Kyoto Animation kali pertama pada 25 Disember 2015 melalui cetakan Esuma Bunko. Pada Januari hingga April 2018, Violet Evergarden ditayangkan secara rasmi di Netflix melalui adaptasi animasi sebanyak 13 episode yang mana berdurasi lebih kurang 30 minit. Kemudian pada Julai 2018, satu episode OVA telah dikeluarkan.


SINOPSIS

Mengisahkan misi seorang gadis bernama Violet Evergarden untuk memahami 'command' terakhir dari mejar yang menjaganya sebelum letupan bom memisahkan mereka. Claudia Hodgins membawa Violet ke Bandar Leiden untuk Violet memulakan kehidupan baru di sana untuk menunaikan janji Major Gilbert. Hodgins percaya bahawa tindakan dia untuk menyerahkan Violet kepada keluarga Evergarden, yang mana telah kehilangan anak adalah tindakan yang tepat dan boleh membahagiakan Violet. Namun sikap Violet yang terlalu berterus terang membuatkan Hodgins membawanya bersama ke Syarikat CH, iaitu syarikat yang menjalankan perkhidmatan menghantar surat dan menaip surat untuk pelanggan. Di syarikat itu, Violet belajar banyak perkara baharu yang selama ini dia tidak pernah tahu. 


WATAK 

1. Violet Evergarden - bekas tentera yang telah kehilangan kedua tangan, kini bekerja sebagai DOLL di syarikat Hodgins

2. Claudia Hodgins - bekas Leftenan dan juga kawan baik Major Gilbert

3. Gilbert Bougainvillea - Major dalam angkatan tentera Leidenschaftlich, 'MIA' dalam pertempuran terakhir dengan musuh dan dianggap telah 'terkorban' walaupun tiada mayat dijumpai


REVIEW 

Seriously, aku tidak ambil port sangat cerita ni walaupun banyak orang post cerita ni sedih. Tapi semalam, masa aku tengah layan youtube, keluar satu video 'LEMON' dengan short clip dari cerita ni. Aku sejenis yang kurang rajin baca lirik lagu, tapi semalam masa tengah layan short clip tu mata aku tetiba rajin melirik makna lagu tu. So aku rasa macam, "why I feel this way ?". Rasa macam sedih. Then aku paused video tu and search Violet Evergarden punya anime.

I told you ah, masuk saja episode satu airmata aku berderai. Mungkin sebab aku letak diri aku sebagai Violet, jadi aku rasa sedih dan terkesan dengan story tu. Episode by episode aku layan memang berair mata. Lebih - lebih lagi bila si Violet sudah faham mengenai 'perasaan' dan 'ekspresi' apa yang perlu dia buat. 

Setiap episode membawa kepada pendedahan mengenai perasaan, kehidupan dan pengajaran. Since Violet ni dia kurang faham apa tu 'perasaan', dan usaha dia untuk cuba interpret semua tu dekat surat membuatkan aku rasa 'wow' plus sedih sekali.

Part yang aku sedih bila mana masuk part dia buat surat untuk anak client dia. Yang mana si ibu (client) sakit tenat dan tidak akan ada untuk si anak lagi selepas tu. Sepanjang dia buat surat untuk anak client dia, dia tahan diri untuk tidak menangis. Part ni memang aku nangis gila - gila. Haha. 


Part sedih lagi, bila dia tahu Major Gilbert sudah tiada. Perasaan sedih dan kehilangan tu rasa real sangat. You know that feeling ? Bila kau balik rumah parents kau, but they are not there anymore. Sedih dan sakit... 😭😭



Part sedih lagi.... sebab Violet tahu sakitnya perasaan 'tidak tahu' khabar dari orang yang tersayang, dia nekad ke army camp untuk jumpa client dia, Aiden, seorang tentera. But it's too late. Masa Violet sampai situ, Aiden sudah tenat sebab ditembak oleh sniper anti-peace army. Yang mana anti-peace tu adalah orang yang sama dia fight dengan Major Gilbert. Violet bawa Aidan ke tempat persembunyian untuk taip surat bagi pihak Aidan. Surat pertama untuk ibu bapa dia, sedih oiii. Surat kedua, untuk Maria. Walaupun Aidan mati dalam episode ni, Violet berada di samping Aidan di saat terakhir dia. Keesokan harinya, Violet hantar surat tu dekat ibu bapa Aidan dan orang yang dicintai Aidan, Maria. Dalam scene ni, bila Violet berjalan meninggalkan keluarga Aidan, ibu Aidan ucap terima kasih. As she turned her back, Aidan's mom hugs Violet and say 'Thank you... for bringing back our son to us.' Then Violet start burst into tears, 'I'm sorry... I'm sorry I can't protect him..'

Conclusion, you guys need to watch this story. Cerita ni bukan tipikal cerita cinta anime jepun. It's more than that. Aku akhiri review aku dengan video Violet Evergarden.




sumber : youtube
Song title : Lemon




 sumber : youtube
song title : Letter / Tegami









Comments

Popular posts from this blog

KANSER BUAH ZAKAR BY DR. ERNA NADIA

Bahan Yang Perlu Ada Dalam Produk Bagi Kulit Berminyak Dan Berjerawat

TRIGGER FINGER by Doktor Mahyuddin (copypaste dari facebook)