Posts

Showing posts from June, 2018

Fearless Advocacy : Sinopsis

Pertemuan yang tidak dirancang antara Amz Ryuren, Keiharu Kei dan Yuki Futarin semasa pencerobohan pelesit di Bandar Prosperous telah mengubah perjalanan takdir hidup mereka. Kehebatan mereka dalam menangani pencerobohan pelesit heboh diperkatakan oleh penduduk yang tinggal di sekitar bandar itu sekaligus menjadi batu loncatan kepada Amz Ryuren dan Keiharu Kei masuk ke dalam Institut HILS sebagai pelajar istimewa. Yuki Futarin dalam masa yang sama turut berpeluang masuk ke dalam kelas yang selama ini diidam - idamkan olehnya. Tidak lama selepas pengrekrutan pelajar baharu yakni pelajar istimewa, Negara Cahaya menerima serangan demi serangan daripada Negara Kegelapan. Atas saranan daripada pemerintah - pemerintah kanan di bawah Kerajaan Cahaya, Raja Abraham IV telah mengeluarkan titah kepada semua institut untuk mempersiapkan para pelajar agar turut bersedia untuk maju ke medan tempur sekiranya peperangan lama antara dua negara tercetus semula.

PENJAGAAN KAKI PESAKIT KENCING MANIS by Doktor Mahyuddin (copypaste dari facebook)

Image
Penjagaan Kaki Pesakit Kencing Manis **************************************** Pagi tadi saya sempat bertanya kabar dengan seorang sahabat. Kaki isterinya yang menghidap kencing manis telah dijangkiti kuman 2 tahun yang lalu. Kakinya membusuk dan bernanah sehingga terpaksa dipotong pada paras atas lutut. Cara yang paling baik bagi mengelakkan jangkitan kuman pada kaki pesakit kencing manis ialah dengan mengelakkan luka berlaku pada kaki & memastikan bacaan gula adalah terkawal. Jangkitan kuman senang berlaku kerana kaki pesakit kencing manis kurang deria rasa akibat kerosakan saraf (sensory neuropathy), kurang daya pertahanan (Immunopathy) dan mengalami kekurangan aliran darah yang baik bagi proses penyembuhan (vasculopathy). Ini adalah TRIAD of Diabetic Foot Ulcer. Berikut adalah beberapa langkah yang saya cadangkan buat anda (atau isteri, saudara-mara & kawan) anda lakukan jika anda menghidap kencing manis: 1. Kaki yang terlalu kering adalah TIDAK baik kerana ia sena...

TRIGGER FINGER by Doktor Mahyuddin (copypaste dari facebook)

Image
Jari tangan lekat & sangkut (Trigger Finger) - Rawatan Alternatif atau Hospital? ************************************** Ada sahabat meminta saya komen mengenai video dimana seorang perawat alternatif menekan pangkal jari dengan kayu dan membilang sampai 10 bagi mengubati seorang wanita yang mengalami jari tersangkut-sangkut. Perawat ini begitu tangkas & meyakinkan. Pada mulanya saya keberatan kerana ini adalah pilihan alternatif bagi pesakit. Anda berhak memilih apa dan di mana anda mahu menerima rawatan. Saya juga tidak mahu menimbulkan konflik. Namun kemudiannya saya berubah fikiran kerana berpendapat masyarakat perlu diberitahu bahawa: 1) Trigger Finger sebenarnya adalah kondisi yang amat kerap berlaku. Kami melihat kondisi ini hampir setiap hari di hospital 2) Ia boleh dirawat dengan mudah 3) Anda berhak mendengar daripada Pakar Ortopedik dan pihak hospital juga sebelum anda buat keputusan Jari Auntie ini sebenarnya mengalami masalah Trigger finger. Apabila ...