PENJAGAAN KAKI PESAKIT KENCING MANIS by Doktor Mahyuddin (copypaste dari facebook)

Penjagaan Kaki Pesakit Kencing Manis
****************************************
Pagi tadi saya sempat bertanya kabar dengan seorang sahabat. Kaki isterinya yang menghidap kencing manis telah dijangkiti kuman 2 tahun yang lalu. Kakinya membusuk dan bernanah sehingga terpaksa dipotong pada paras atas lutut.

Cara yang paling baik bagi mengelakkan jangkitan kuman pada kaki pesakit kencing manis ialah dengan mengelakkan luka berlaku pada kaki & memastikan bacaan gula adalah terkawal.

Jangkitan kuman senang berlaku kerana kaki pesakit kencing manis kurang deria rasa akibat kerosakan saraf (sensory neuropathy), kurang daya pertahanan (Immunopathy) dan mengalami kekurangan aliran darah yang baik bagi proses penyembuhan (vasculopathy). Ini adalah TRIAD of Diabetic Foot Ulcer.

Berikut adalah beberapa langkah yang saya cadangkan buat anda (atau isteri, saudara-mara & kawan) anda lakukan jika anda menghidap kencing manis:

1. Kaki yang terlalu kering adalah TIDAK baik kerana ia senang merekah dan dijangkiti kuman. Jika kaki anda kering, anda boleh sapukan minyak zaiton (Olive oil)

2. Periksa kaki setiap hari. Gunakan cermin untuk periksa tapak kaki jika anda tidak mampu melipat kaki atau membongkok. Periksa jika ada sebarang luka, cairan berbau atau nanah.

3. Periksa stokin dan kasut sebelum memakainya. Pastikan tiada batu, serpihan kayu atau benda tajam yang mungkin melukakan kaki anda.

4. Pastikan anda lap celah-celah jari dengan kain bersih setiap kali selepas mandi dan berwuduk. Keadaan basah memudahkan jangkitan kulat air berlaku.

5. Elakkan berkaki ayam kerana kebanyakan kaki pesakit kencing manis tiada atau kurang deria rasa (KEBAS). Ia memudahkan kaki anda terluka.

6. Elakkan kasut yang ketat kerana geseran berterusan pada kulit boleh menyebabkan luka.

7. Luka perlu dicuci (dressing) dengan sebaiknya bagi mengelakkan jangkitan kuman.

SEGERA berjumpa Doktor sekiranya anda ada luka yang berbau, berair atau bernanah.

Moga tips di atas bermanfaat buat anda. Kongsikan.

#drmahyuddin
#ortopedik
#diabeticfootulcer
#saynotoamputation

Gambar: sumber daripada pencarian Google.

Comments

Popular posts from this blog

KANSER BUAH ZAKAR BY DR. ERNA NADIA

Bahan Yang Perlu Ada Dalam Produk Bagi Kulit Berminyak Dan Berjerawat

TRIGGER FINGER by Doktor Mahyuddin (copypaste dari facebook)