Posts

Showing posts from May, 2017

Manly Girl, Girly Guy ! (4)

Pelajar yang berada di dalam kelas tersebut mulai menjerit ketakutan apabila melihat Anna sudah bermandi darah. Baju uniform sekolah yang dipakainya juga sudah dibasahi dengan darah. Joel mengalih pandangan ke arah pelajar - pelajar lain yang berada di dalam kelas tersebut dengan pandangan seperti mahu membunuh. Dia masih belum puas untuk membelasah bekas kekasihnya itu. Melihat saja renungan maut Joel, pelajar - pelajar tersebut menjadi semakin ketakutan. Konco - konco Joel yang berada di dalam kelas tersebut turut 'bermain' dengan pelajar - pelajar perempuan yang diamuk ketakutan. Tubuh mereka diraba tanpa kerelaan. Joel ketawa puas hati apabila konco - konconya melakukan perbuatan terkutuk itu dengan rakus. "S-s-s-st-stop i-i-it J-j-j-joel..."rayu Anna yang berada dalam keadaan lemah. Dia tidak betah melihat rakan - rakan sekelasnya menjadi mangsa buas Joel disebabkan olehnya. Tangannya memaut kaki Joel. Merayu agar Joel akan menghentikan semua perbuatan konc

Manly Girl, Girly Guy ! (3)

Anna dan Ren duduk di kafeteria. Jus oren yang tadi di dalam genggaman Anna sudah bertukar pemilik. Penutup botol jus oren dibuka oleh Ren. Minuman itu dicicipnya sedikit. Sekadar melegakan rasa dahaga. Gadis yang memanggilnya tadi duduk tenang di hadapannya. "Nak apa ?" soal Ren dengan nada mendatar. "Emm.. I want to thank you for helping me the other day," balas Anna sopan. Matanya tidak lepas daripada terus menatap wajah Ren. "Pardon ?" Ren tunjuk muka tidak faham. Seingatnya, dia tidak pernah membantu gadis itu. Apatah lagi berborak empat mata dengan gadis tersebut. Dahinya dikerutkan cuba mengingati jika dia pernah membantu. Buntu. Anna tergelak kecil melihat ekspressi Ren berubah. "Sorry, sorry. Maybe you already forgot about the incident here back then. You help me from that scary guy," tutur Anna. Kening Ren yang bertaut akibat kerutan terangkat ke atas. "Oh I see. Now I remember. You're that girl from before. Sor