Manly Girl, Girly Guy ! (4)
Pelajar yang berada di dalam kelas tersebut mulai menjerit ketakutan apabila melihat Anna sudah bermandi darah. Baju uniform sekolah yang dipakainya juga sudah dibasahi dengan darah. Joel mengalih pandangan ke arah pelajar - pelajar lain yang berada di dalam kelas tersebut dengan pandangan seperti mahu membunuh. Dia masih belum puas untuk membelasah bekas kekasihnya itu.
Melihat saja renungan maut Joel, pelajar - pelajar tersebut menjadi semakin ketakutan. Konco - konco Joel yang berada di dalam kelas tersebut turut 'bermain' dengan pelajar - pelajar perempuan yang diamuk ketakutan. Tubuh mereka diraba tanpa kerelaan.
Joel ketawa puas hati apabila konco - konconya melakukan perbuatan terkutuk itu dengan rakus.
"S-s-s-st-stop i-i-it J-j-j-joel..."rayu Anna yang berada dalam keadaan lemah. Dia tidak betah melihat rakan - rakan sekelasnya menjadi mangsa buas Joel disebabkan olehnya. Tangannya memaut kaki Joel. Merayu agar Joel akan menghentikan semua perbuatan konco - konconya.
Joel memandang ke arah Anna yang sedang memaut erat kakinya. Di matanya Anna bukan lagi kekasih yang diagungkan olehnya seperti dahulu. Kini gadis itu dilihatnya laksana perempuan pelepas nafsu serakah.
PHUH !
Ludahnya dibuang ke arah wajah Anna yang sedang berlinangan airmata merayu kepadanya. Kaki kanan sedia diangkatnya untuk menerajang gadis tersebut.
STKRETTTTT !!!
Joel dan Anna sama - sama memandang ke arah pintu kelas yang ditarik dengan kasar. Begitu juga dengan konco - konco Joel yang sedang gembira 'bermain' dengan pelajar perempuan daripada kelas tersebut. Kelihatan Ren sedang berada di hadapan kelas tersebut dengan nafas yang tercungap - cungap. Wajahnya juga kelihatan merah kerana berlari menuju ke blok kelas tersebut setelah diseret oleh gadis yang tidak dikenalinya.
Wajah Joel bertukar gembira apabila Ren terjengul di depan pintu kelas.
"Nice to meet you again fucker !"
Sebaik sahaja menyapa Ren, Joel terus menerkam ke arah Ren. Shin yang baru tiba dari mengekori Ren tersentak apabila melihat tubuh Ren terpelanting ke luar kelas.
"RENNNN !!!" jerit Anna dan Shin serentak.
Joel menarik kolar baju Ren lalu membawa kepalanya ke arah cermin kelas namun sempat ditahan oleh Ren. Dengan menggunakan kekuatan kaki, Ren melompat ke atas. Tangan Joel yang memegang kejap kepalanya dipaut kemas dan dipulas sehingga pemuda itu menjerit kesakitan. Dengan sekelip mata tubuh Joel terhempas ke lantai.
Shin yang menjadi penonton tidak berbayar terkejut melihat ketangkasan Ren melepaskan diri daripada genggaman Joel sekaligus menyerang.
"Get him now !" arah Joel kepada konco - konconya. Dalam masa yang sama, Joel menuju ke arah Anna yang terbaring lemah di lantai.
Ren yang masih tidak menyedari tindakan Joel terus mempertahankan diri dan menyerang konco - konco Joel dengan cekap. Kekuatan fizikal yang digunakan olehnya juga tidak digunakan sepenuhnya.
Shin yang menyedari kelicikan Joel berlari masuk ke dalam kelas tersebut untuk mendapatkan Joel yang semakin menghampiri Anna. Sebuah tendangan dilepaskan tepat ke arah ligamen Joel sehingga pemuda itu terjatuh. Shin tanpa membuang masa terus melepaskan tumbukan bertubi - tubi ke arah wajah Joel sehingga dia terdorong ke belakang.
Anna yang melihat kemunculan Shin berusaha untuk mengensot keluar daripada kelas tersebut. Namun perbuatannya sempat disedari Joel.
"You're too slow shit !" jerit Joel lalu melepaskan tumbukan padu ke arah wajah Shin. Pemuda itu terpelanting ke belakang. Darah mulai mengalir keluar daripada celah bibirnya. Joel mara ke arah Shin yang masih cuba bangkit. Matanya meliar mencari alat yang boleh digunakannya untuk 'menidurkan' pemuda tersebut daripada mengganggu rancangannya.
Ren yang menyedari kehadiran Shin tidak sempat mengelak daripada terkena libasan kayu besbol tepat pada tulang tibianya tersembam jatuh ke lantai.
PRAKKKK !!!
ARGHHHHH !!!
Shin menjerit kesakitan sebaik sahaja Joel tanpa belas kasihan menghayun meja pelajar tepat mengenai bahagian dadanya. Serentak dengan itu darah segar tersembur keluar daripada mulutnya.
"SHINNNNN !!!!"
"Sensei ! Ada pergaduhan di blok 6-D !" tegas Aoi dengan wajah yang serius. Sebaik saja menolak Ren ke blok tersebut, gadis itu terus berlari menuju ke bilik guru.
Kelihatan hanya Daniel yang sedang berada di dalam bilik guru ketika itu. Tanpa bertangguh terus menerjah guru muda tersebut dan menceritakan apa yang terjadi sebelum tergesa - gesa keluar.
Daniel yang masih dalam keadaan terkejut setelah diterjah oleh pelajar bernama Aoi itu terus bangkit dari tempat duduknya lalu keluar dengan tergesa - gesa. Wajahnya sudah bertukar riak risau. Risau sekiranya insiden yang tidak diingini berlaku di sekolah tersebut.
Shay yang menuju ke arah bilik guru untuk menghantar laporan kesihatan pelajar sekolah tersebut terserempak dengan Daniel. Namun disebabkan Daniel berada dalam keadaan tergesa - gesa, Shay tidak jadi menyapa guru muda tersebut.
Pintu bilik guru dibuka. Kelihatan Sebastian sedang kalut mengemaskan mejanya yang dipenuhi dengan laporan prestasi murid.
"What's up Betsy ?" sapa Shay pada Sebastian. Laporan kesihatan pelajar yang dibawanya tadi diletakkan di atas meja.
"Uh.. Shay, have you heard bout the fight just now ?" balas Sebastian dengan kalut.
Shay mengangkat keningnya. "What fight ? Catfight ?"
"Uh not that. About that 6-D class. Daniel already went to that block."
Shay baru tersedar sesuatu.
"Gotta go ! Thanks for the info just now Betsy."
Shay meninggalkan bilik guru tersebut dan terus menuju ke arah bangunan tersebut.

Comments
Post a Comment