Posts

Showing posts from May, 2019

Ramadan , Dulu Dan Kini.... Catatan Seorang Adik

Image
Sedar tidak sedar kita semakin menghampiri penghujung Ramadan. Lagi beberapa hari, tetamu baru kita iaitu Syawal akan datang berkunjung. Bulan kemenangan bagi seluruh umat Islam selepas sebulan berperang melawan hawa nafsu. Ramadan tahun ni, alhamdulillah. Walaupun masih ada yang lompong tapi amat bermakna bagi aku. Mungkin satu titik permulaan bagi aku untuk kembali kepada Sang Khaliq selepas jauh tersesat lagi terpesong dari landasan yang Haq. Satu penghijrahan berskala kecil bagi diri aku sendiri. Namun, Ramadan kali ini juga bukan seperti Ramadan yang sebelum - sebelum ini. Masih ada kekurangan yang aku rasakan. Kalau sebelum ni, setiap kali Ramadan semangat untuk menyambut Ramadan dengan keluarga begitu membara dan berkobar - kobar. Tapi kali ini, semua itu cuma kenangan lama yang entahkan mungkin akan berulang semula atau tidak. Wallahualam. Ramadan kali ini juga, Ramadan kedua selepas kehilangan ahli keluarga dua tahun yang lalu. Ramadan yang mendidik dan me

Time Lover

Image
Hi guys it's me again, blogger-san ! First of all, Happy Fasting Month to all Muslim who celebrate it. May Allah shower Ramadan's blessings on all of us and bestow His acceptance of our prayers and fasts. Allahumma aamiin.  So, hari ini aku ingin mengulas mengenai satu manhua daripada China yang bertajuk Time Lover . Sedikit pengenalan untuk Time Lover , manhua ini adalah hasil garapan idea daripada Bless (author) dan juga Chang Shu Kou (artis). Manhua ini diterbitkan di bawah syarikat  Tencent pada tahun 2017. Setakat ni, terdapat 99 episod yang telah disiarkan di negara asal iaitu China dan hanya 58 episod yang baru berjaya disiarkan di dalam laman web bacaan percuma bagi translasi Inggeris.  Di sini aku kongsikan sinopsis Time Lover ; Seorang pegawai polis daripada Unit Siasatan, Hei Tian Yi maut akibat letupan bom yang dipasang pada bahagian bawah kereta peronda pada 2014 sekaligus meninggalkan tunangnya, Yuan Xiao Jia keseorangan. 2 tahun selepas