Time Lover
Hi guys it's me again, blogger-san !
First of all, Happy Fasting Month to all Muslim who celebrate it. May Allah shower Ramadan's blessings on all of us and bestow His acceptance of our prayers and fasts. Allahumma aamiin.
So, hari ini aku ingin mengulas mengenai satu manhua daripada China yang bertajuk Time Lover. Sedikit pengenalan untuk Time Lover, manhua ini adalah hasil garapan idea daripada Bless (author) dan juga Chang Shu Kou (artis). Manhua ini diterbitkan di bawah syarikat Tencent pada tahun 2017. Setakat ni, terdapat 99 episod yang telah disiarkan di negara asal iaitu China dan hanya 58 episod yang baru berjaya disiarkan di dalam laman web bacaan percuma bagi translasi Inggeris.
Di sini aku kongsikan sinopsis Time Lover ;
Seorang pegawai polis daripada Unit Siasatan, Hei Tian Yi maut akibat letupan bom yang dipasang pada bahagian bawah kereta peronda pada 2014 sekaligus meninggalkan tunangnya, Yuan Xiao Jia keseorangan. 2 tahun selepas letupan maut itu berlaku, Yuan Xiao Jia berhasrat untuk meninggalkan rumah di mana dia dan tunangnya tinggal bersama dahulu. Namun semuanya berubah apabila Yuan Xiao Jia membuka kotak yang berisi telefon bimbit milik tunangnya. Ketika telefon bimbit itu dihidupkan, Yuan Xiao Jia menerima mesej daripada seseorang...
Nota : Telefon bimbit tu tiada simkad
Komen aku sebagai pembaca,
Time Lover sedikit sebanyak mengingatkan aku dekat movie Kimi No Nawa (Your Name) yang ditayangkan beberapa tahun lalu. Bagi yang sudah tengok movie tu mesti tahu macam mana lelaki tu reverse masa supaya perempuan tu tidak mati masa hujan meteor. Yup, it's all about parallel world. Kalau ikut apa yang dikatakan oleh Zamir Mohyedin (boleh cek facebook, dia popular dengan video video fakta dekat ML Studio), ianya berkaitan dengan teori fizik (aku lupa sudah dengan teori mana satu since aku pun tidak jumpa sudah sama video tu). Well, manhua logic so sebagai pembaca go on sahaja.
Cerita ni memang berbaloi untuk dibaca bagi yang minat benda - benda berkaitan parallel universe. Walaupun macam tahyul, tapi feeling tu zaappppp... bila masuk bab sedih. Selain tu, cerita ni kurang babak percintaan sangat. Penulis lebih titik beratkan dengan crime investigation dan perjalanan cerita 2 lead (masa kini dan msa lalu). Jamin puas hati punya kalau baca.
Untuk membaca : Mangarock Version
:
Comments
Post a Comment