Ramadan , Dulu Dan Kini.... Catatan Seorang Adik



Sedar tidak sedar kita semakin menghampiri penghujung Ramadan. Lagi beberapa hari, tetamu baru kita iaitu Syawal akan datang berkunjung. Bulan kemenangan bagi seluruh umat Islam selepas sebulan berperang melawan hawa nafsu.

Ramadan tahun ni, alhamdulillah. Walaupun masih ada yang lompong tapi amat bermakna bagi aku. Mungkin satu titik permulaan bagi aku untuk kembali kepada Sang Khaliq selepas jauh tersesat lagi terpesong dari landasan yang Haq. Satu penghijrahan berskala kecil bagi diri aku sendiri.



Namun, Ramadan kali ini juga bukan seperti Ramadan yang sebelum - sebelum ini. Masih ada kekurangan yang aku rasakan. Kalau sebelum ni, setiap kali Ramadan semangat untuk menyambut Ramadan dengan keluarga begitu membara dan berkobar - kobar. Tapi kali ini, semua itu cuma kenangan lama yang entahkan mungkin akan berulang semula atau tidak. Wallahualam.



Ramadan kali ini juga, Ramadan kedua selepas kehilangan ahli keluarga dua tahun yang lalu. Ramadan yang mendidik dan mengajar aku dan semua orang untuk menghargai ahli keluarga, sahabat handai yang masih bersama kita sehingga kini. Kita tidak tahu bila hari terakhir kita dan mereka di dunia ini.

Semoga Arwah Pacik Yen ditempatkan dalam kalangan orang beriman

Ramadan... Menjelang 10 hari terakhir, aku berharap sangat Tuhan akan ubah takdir semua orang untuk menjadi yang lebih baik. Bagi keluarga yang berpecah belah, Tuhan eratkan lagi hubungan kekeluargaan. Bagi mereka yang kehilangan, Tuhan gantikan dengan sesuatu yang lebih bermakna. Bagi yang struggle untuk sembuh, Tuhan berikan mereka kesihatan yang tiada tara. Yang berduka, Tuhan hadiahkan kegembiraan. Yang dizalimi, Tuhan berikan kemenangan dan kebebasan.

Dan... aku harap Tuhan masih berikan kita semua peluang untuk bertemu Ramadan pada tahun hadapan bersama orang - orang yang tersayang.

Allahumma aaamiiin...




Comments

Popular posts from this blog

KANSER BUAH ZAKAR BY DR. ERNA NADIA

Bahan Yang Perlu Ada Dalam Produk Bagi Kulit Berminyak Dan Berjerawat

TRIGGER FINGER by Doktor Mahyuddin (copypaste dari facebook)