Posts

Showing posts from October, 2017

Manly Girl, Girly Guy ! (11)

Melihat Saeki mulai membuka langkah untuk berlawan dengannya, Ronald mara ke hadapan melayangkan sebuah tendangan yang padu ke arah Saeki. Saeki yang sudah menduga gerak pemuda tersebut terus menepis tendangan itu menggunakan tangannya. Serentak dengan itu dia menghadiahkan sedas penumbuk padu pada perut Ronald. Ronald terdorong ke belakang sebaik sahaja penumbuk sulung pemuda itu menghentam abdomennya. Tangan kiri menekan - nekan perut yang terasa sakit akibat hentaman tersebut.  Saeki berdiri sambil berpeluk tubuh. Matanya memandang tepat ke arah Ronald yang cuba bangun selepas mendapat penumbuk sulungnya.  "You bastard !" jerit Ronald dengan wajah yang memerah. Dengan sisa kekuatan yang masih berbaki, dia bangkit daripada baring.  "Woah man ! You're amazing ! It is impossible to stand again after got punch from me," ujar Saeki. Dia melepaskan ketawa sambil matanya menancap pada susuk tubuh Ronald yang sudah pun berdiri dengan keadaan tidak betu