Manly Girl, Girly Guy ! (11)

Melihat Saeki mulai membuka langkah untuk berlawan dengannya, Ronald mara ke hadapan melayangkan sebuah tendangan yang padu ke arah Saeki. Saeki yang sudah menduga gerak pemuda tersebut terus menepis tendangan itu menggunakan tangannya. Serentak dengan itu dia menghadiahkan sedas penumbuk padu pada perut Ronald.

Ronald terdorong ke belakang sebaik sahaja penumbuk sulung pemuda itu menghentam abdomennya. Tangan kiri menekan - nekan perut yang terasa sakit akibat hentaman tersebut. 

Saeki berdiri sambil berpeluk tubuh. Matanya memandang tepat ke arah Ronald yang cuba bangun selepas mendapat penumbuk sulungnya. 

"You bastard !" jerit Ronald dengan wajah yang memerah. Dengan sisa kekuatan yang masih berbaki, dia bangkit daripada baring. 

"Woah man ! You're amazing ! It is impossible to stand again after got punch from me," ujar Saeki. Dia melepaskan ketawa sambil matanya menancap pada susuk tubuh Ronald yang sudah pun berdiri dengan keadaan tidak betul.

Sebelah tangannya menarik sebuah pisau lipat yang tersemat daripada poket kanannya. Pisau lipat itu memang sentiasa dibawa ke mana - mana namun tidak pernah digunakan olehnya untuk mencederakan orang. 

HIYARGHHHHHHHHHHHHH !!!!!!

Tanpa sebarang amaran Ronald berlari ke arah Saeki. Pisau lipat dihayun sekuat tenaga ke arah Saeki tanpa sempat ditepis olehnya tepat mengenai dada kanan.

ARGHHHHHHHHHHHHHHH !!!!!!!!!!

Darah merah memancut keluar dari dada kanan Saeki. Serentak dengan itu Ronald menarik pisau itu keluar. Saeki terbaring menahan kesakitan kesan daripada tikaman pisau lipat yang diguna oleh Ronald. 

Melihat saja Saeki terbaring kesakitan, Ronald mengambil peluang itu untuk membelasah tubuh pemuda tersebut.









- Ada idea tapi dengan suasana yang bising, susah mau terjemah kepada ayat :(


Comments

Popular posts from this blog

KANSER BUAH ZAKAR BY DR. ERNA NADIA

Bahan Yang Perlu Ada Dalam Produk Bagi Kulit Berminyak Dan Berjerawat

TRIGGER FINGER by Doktor Mahyuddin (copypaste dari facebook)