Posts

Showing posts from April, 2020

Untuk Yang Kesekian Kalinya...

Image
Assalamualaikum dan salam Ramadhan 1441H .  Dalam kita sibuk menyambut kedatangan tetamu istimewa iaitu Ramadhan, Perdana Menteri kita mengumumkan bahawa PKP masih diteruskan untuk tempoh dua minggu lagi. Aku pasti ada di antara kita yang mengeluh, apatah lagi bagi mereka yang telah hilang punca pendapatan sepanjang PKP ini. Aku mengerti semuanya. Namun apalah daya kita, dek kerana wabak virus Covid-19 itu tersangatlah kecil dan hampir tidak kelihatan pada pandangan kasar mata kita (tanpa menggunakan alatan sepatutnya), maka inilah yang terbaik. Duduk di rumah, sama - sama berganding bahu memutuskan rangkaian wabak ini. Dalam masa yang sama, kita yang berkemampuan ini bersama - samalah dalam membantu golongan yang telah kehilangan punca pendapatan. Moga dengan bantuan kita yang tidak seberapa itu, Allah limpahkan rezeki yang tidak disangka - sangka. Semenjak dua menjak ini, facebook kita menjadi platform yang hangat apabila UEL 'dikecam' oleh seorang

Aku Dan PCOS

Image
Assalamualaikum dan selamat petang guys ! Apa khabar ? Semenjak hari pertama PKP berjalan, aku lepak dekat rumah ja 😫. Tapi okeylah demi untuk memutuskan rangkaian Covid-19 ni, kita bertabah saja duduk dalam rumah. Haa cuma yang aku geram sangat bila masih ada segelintir yang bapak degil bila PKP dibuat. Cmon la guys. Inilah masanya kita chillex dekat dalam rumah sambil membantu para frontliners dengan memberi kerjasama yang sewajarnya.  Baru masuk bulan ke empat ditahun 2020 ni, terlalu banyak benda yang jadi. Tapi impak yang paling besar adalah berkaitan Covid-19 memandangkan ianya sudah berada pada tahap pandemik di seluruh negara. Selain daripada isu pandemik, pergolakan politik dalaman di negara kita juga turut menjadi liputan yang agak meluas apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dinaungi oleh PM ke 7 bubar dan beralih kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) setelah diperkenankan oleh DYMM berserta perlantikan PM ke 8 dan ahli kabinet yang baharu melalui lantikan DYMM.