Aku Dan PCOS

Assalamualaikum dan selamat petang guys ! Apa khabar ? Semenjak hari pertama PKP berjalan, aku lepak dekat rumah ja 😫. Tapi okeylah demi untuk memutuskan rangkaian Covid-19 ni, kita bertabah saja duduk dalam rumah. Haa cuma yang aku geram sangat bila masih ada segelintir yang bapak degil bila PKP dibuat. Cmon la guys. Inilah masanya kita chillex dekat dalam rumah sambil membantu para frontliners dengan memberi kerjasama yang sewajarnya. 

Baru masuk bulan ke empat ditahun 2020 ni, terlalu banyak benda yang jadi. Tapi impak yang paling besar adalah berkaitan Covid-19 memandangkan ianya sudah berada pada tahap pandemik di seluruh negara. Selain daripada isu pandemik, pergolakan politik dalaman di negara kita juga turut menjadi liputan yang agak meluas apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dinaungi oleh PM ke 7 bubar dan beralih kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) setelah diperkenankan oleh DYMM berserta perlantikan PM ke 8 dan ahli kabinet yang baharu melalui lantikan DYMM. 

Tidak habis dengan perlantikan PM yang baharu, timbul pulak puak - puak yang acah - acah ambil berat pasal politik dengan trademark keropok Super Ring 😂 yang ni serius aku takleh hadam haha. Dalam keadaan konflik politik, cluster Covid-19 berlaku di mana disebabkan oleh salah seorang jemaah tabligh yang baru balik dari Korea menyertai perhimpunan itjimak tabligh di Sri Petaling. FYI, arahan mengenai larangan gathering mass ataupun perhimpunan beramai - ramai ini cuma dikeluarkan selepas PM-8 ambil alih pentadbiran kerajaan terkini. Jadi tidak valid untuk keep blaming peserta tabligh ya. Then Perintah Kawalan Pergerakan fasa 1 diperkenalkan dan hanya essential services sahaja yang dibenarkan beroperasi dengan bantuan PDRM, ATM, RELA, JPAM. 

Okey fullstop dalam sesi mengenang rentetan peristiwa yang berlaku dalam negara. Now aku mahu menceritakan bagaimana aku tahu aku ada PCOS. Untuk yang tidak tahu apa itu PCOS PCOS adalah Polycystic Ovarian Syndrome. Benda ni boleh berlaku dekat mana - mana individu yang bergelar perempuan sahaja. 

Sedikit pengenalan PCOS :

PCOS atau Polycystic Ovarian Syndrome merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh gangguan hormon di dalam badan dan sehingga kini belum ada penawar untuk penyakit ini. Antara ciri - ciri yang biasanya ada pada penghidap PCOS adalah : 

  • Pertumbuhan bulu yang lebat pada badan (hirsutism)
  • Period yang tidak teratur 
  • Obesiti / Berat badan
  • Jerawat
  • Rambut gugur / botak di sesetengah kawasan kepala
  • Heavy bleeding (sebab jarang period)

So, normally bila orang yang ada PCOS memang kebanyakkannya kau akan jumpa orang yang mempunyai berat badan yang berlebihan. So lepas ni bila kita nampak orang yang gemuk, janganlah kita kutuk. Berkemungkinan dia ada masalah pada hormon badan.

Ok so how I know I am one of those PCOSERS ? 

Masuk bulan ketiga aku berkahwin, aku sudah start stress sebab aku masih belum period walaupun UPT malar negatif (1 line) dalam masa yang sama aku langsung tiada period. Last period aku Disember tahun lalu. Oleh sebab aku sangat teringin ada baby (since aku berPJJ dengan husband atas sebab pekerjaan), so aku pun memberanikan diri aku untuk consult doktor melalui doctoroncall.com. Dekat situ aku bagitau aku ada masalah apa. Then aku bayar sekitar RM5 untuk consult terus dengan doktor. Daripada chat, doktor yang ambil kes aku tu buat panggilan (free of charge ya) dan bertanyakan beberapa soalan yang berkaitan. Settle jawab soalan, doktor bagi aku referral letter untuk dibawa berjumpa dengan Obgyn. 

Keesokan harinya, aku pun decide untuk ke Hospital Tenom dengan membawa surat referral. Sampai giliran aku, doktor yang in charge periksa bahagian abdomen aku dan suruh aku buat urine test untuk pastikan yang aku memang tidak pregnant sebelum dirujuk ke bilik kecemasan untuk scan. 

Aku skip bahagian urine test, sampai dekat bilik kecemasan aku diarahkan untuk minum air banyak - banyak sebelum scan. Serius masa ni mau termuntah aku menelan air haha. Hampir setengah jam aku minum air bergelas - gelas, Doktor Bell pun bagi aku baring dekat katil. Scan punya scan, doktor bagitau tidak nampak apa - apa. So dia bagi pilihan sama ada masuk kamera melalui vagina atau minum lagi. Disebabkan aku taubat sudah minum air banyak, so aku pilih untuk masuk kamera. 

Kredit : Women's Health

Once kamera masuk, doktor pun bagitau dekat aku yang telur tu banyak bahagian sebelah kiri tapi ianya berada dalam follicle (kantung). So doktor tunjuk dekat aku kalau bahagian yang dia tunjukkan tu penuh dengan follicle yang menyebabkan telur aku tidak matang. 


Ni antara gambar rajah berkaitan PCOS untuk kamu lebih faham : 



Okey dari rajah di atas penghidap PCOS punya telur mengalami masalah untuk jadi matang disebabkan oleh folikel yang membungkus telur tu. Jadi bila folikel bungkus telur, proses ovulasi tidak akan terjadi. Hasilnya, period akan jadi tidak teratur dan kita ulang semula kepada pengenalan PCOS, ianya terjadi sebab masalah hormon di dalam badan. 

Menurut apa yang Doktor Bell bagitau dekat aku, kekurangan penghasilan hormon estrogen dan progesteron yang rendah menyebabkan aku ada masalah untuk period. So Doktor Bell suggest dengan aku untuk kurangkan berat badan dan sentiasa kekal aktif bersenam untuk membantu rangsang dua hormon aku yang kurang tadi. 

Dalam 6 bulan ni (bermula Mac - Aug), aku kena berusaha turunkan berat badan dan sentiasa aktif bersenam untuk tengok macam mana perkembangan PCOS aku. Sekiranya aku masih gagal untuk kurangkan PCOS, mungkin aku akan on treatment sama ada melalui terapi hormon (on pil perancang selama 3 bulan untuk stabilkan hormon) ataupun melalui treatment ubat - ubatan (metformin, clomid).

Doakan aku semoga aku berjaya turunkan berat badan dan dapatkan semula period aku. Apa pun stay safe guys ! 😘

Ps : Aku belanja sikit gambar kahwin aku 😆


Comments

Popular posts from this blog

Bahan Yang Perlu Ada Dalam Produk Bagi Kulit Berminyak Dan Berjerawat

KANSER BUAH ZAKAR BY DR. ERNA NADIA

TRIGGER FINGER by Doktor Mahyuddin (copypaste dari facebook)