KANSER BUAH ZAKAR BY DR. ERNA NADIA

KANSER BUAH ZAKAR

Saja share sebab haritu baru dapat pesakit yang baru habis chemotherapy sebab ada masalah kanser testis

Sebelum lahir, buah zakar berada di bahagian abdomen, namun apabila sudah cukup bulan dan selepas dilahirkan, ia akan turun dan masuk ke dalam kantung aka skrotum.




Ia adalah proses semula jadi namun ada bayi yang dilahirkan, buah zakar yang masih berada di dalam abdomen sedangkan suhu tubuh yang tinggi tidak sesuai untuk buah zakar dan ia boleh merosakkan sel testikel seterusnya mengubah ia menjadi sel kanser. Ianya kadangkala mengambil masa mungkin setahun atau dua tahun untuk buah zakar bayi masuk ke dalam kantungnya dan ianya memerlukan suhu di luar badan yang tidak terlalu panas.

Bagaimanapun, jika buah zakar masih belum turun ke dalam skrotum dalam tempoh tersebut, ada kemungkinan ia akan kekal di dalam abdomen dan ini akan merosakkannya, seterusnya menjejaskan sistem reproduktif, penghasilan hormon testosteron dan mendedahkan pesakit kepada kanser.

Sekiranya itu berlaku, perkembangan lelaki akan terjejas kerana hormon testosteron berperanan memberi sifat kelelakian termasuk suara, pembentukan otot, keinginan seksual dan sistem pembiakan, malah testikel penting bagi penghasilan sperma.

Jika hormon testosteron tidak dapat dihasilkan, bukan saja sifat kelelakian tidak dapat dibentuk, malahan lelaki tadi akan mempunyai sifat kewanitaan lebih tinggi kerana memiliki lebih banyak kandungan hormon estrogen. Tapi ini tidaklah bermakna anda perlu mengubah jantina anda ye. Mengubah jantina asal adalah berdosa besar.

Bayi yang lahir sebegitu biasanya disebabkan oleh masalah genetik dan perlu mendapatkan rawatan doktor sekiranya buah zakar masih berada dalam bahagian abdomen.

Please jangan suka urut urut dan tuam tuam bayi jika ternampak ketulan atau benjolan ya.
Dapatkan rawatan yang betul.



Kanser testis atau kanser buah zakar bukanlah perkara yang boleh diambil enteng wahai tuan tuan sekalian. Walaupun bunyinya sedikit comel, namun bilangannya semakin meningkat.










Nota kaki : Bukan wanita sahaja yang perlu memeriksa payudara setiap bulan sekal, lelaki juga perlu melakukan perkara yang sama ya

Dr. Erna Nadia
Terlebih steroids , pengawalan kencing manis yang tak bagus boleh menyebabkan kemandulan. Sayangi sperma anda.



Sumber gambar : Francisca Nasis.
Credit : Dr. Erna Nadia
Facebook : Erna Nadia

Comments

  1. Salam dr.. Adakah selepas pembedahan hernia.. Memberi kesan pd kedudukan testis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, adalah lebih baik untuk tuan bertanya pada yang pakar. Artikel ini adalah daripada laman facebook Erna Nadia, seorang doktor. Di bahagian post akhir saya sudah kreditkan nama beliau sebagai penulis catatan ini. Terima kasih.

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Salam doktor, saya nak tanya jika selepas buang kecil, keluar sekali air mani sedikit. Apakah penyebabnya?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bahan Yang Perlu Ada Dalam Produk Bagi Kulit Berminyak Dan Berjerawat

TRIGGER FINGER by Doktor Mahyuddin (copypaste dari facebook)