Wanita, Hymen Dan Perkahwinan : Ada Apa Dengan Hymen ?

Gambar Hiasan

Hymen aka selaput dara tidak boleh tumbuh balik.

Selaput dara bukanlah penentu seseorang itu masih dara atau tidak walaupun dia tidak pernah melakukan hubungan seksual. Selaput dara adalah berbeza dari segi bentuk dan tahap nipis untuk setiap wanita. Wanita yang Allah ciptakan wanita ya, bukan wanita jadian.


Selaput dara boleh cedera atau pecah akibat dari aktiviti fizikal lain juga. Dan tak semestinya hanya dengan hubungan senggama pertama kali akan pecah dara dan berdarah. No no no. Jadi, katalah isteri anda tidak berdarah pada malam pertama, ini bukanlah bermakna dia takdak dara dah. Stop being prejudice ok. Niat kahwin lillahita’ala.

Dan kepada penjual produk yang saya taktahu mana sifat malu ( Malu itu sebahagian dari iman), please tolonglah berhenti mengiklanlan dengan ayat ayat yang saya rasa sangat lucah. Semalam, sepanjang perjalanan dari selatan ke utara, saya lihat papan iklan di highway, betapa banyaknya iklan yang memalukan sebagai seorang Islam.

Iklan produk produk untuk wanita dan lelaki. Semuanya dengan ayat untuk ketat,untuk tahan lama, untuk lebih besar, untuk kuat yada yada yada. Masha Allah. Kita bising kes rogol, zina, maksiat makin bertambah, tapi kita lupa iklan iklan kita yang saya rasa lebih bersifat mengundang zina.



Berhentilah menjual produk yang anda sendiri tidak pasti apa yang anda jual. Selaput dara tidak dapat diwujudkan semula melainkan dengan pembedahan, itupun jarang dibuat. Faraj tak akan ketat hanya dengan produk. Ianya adalah otot dan untuk menguatkan otot, anda perlu bersenam dan jaga makanTahan lama atau tidak, itu bergantung kepada stamina. Get a healthy lifestyle and be happy.

Suami sayang jika ketat?
Suami sayang jika Allah sayang.


Apa apa yang kita nak buat, nak kata, nak iklan, nak jual biarlah kita kaji dahulu. Lebih lebih produk berkenaan kesihatan. Tak boleh salah claims.

Ingat, apa yang kita ungkapkan adalah cerminan diri kita, suami kita, mak ayah kita dan agama kita. Tak segankah anda bila keluarkan iklan dengan ayat ayat begitu? Kalau tak segan dengan manusia, seriously seganlah dengan Allah, Sang Pencipta kita. Nyawa pun Allah bagi kita pinjam saja. Hargailah dengan amal dan berbuat kebaikan. Berhentilah berkata lucah dan caci maki. Malu laaaaaaa. Dan pembeli pun tolonglah faham yang testimoni boleh direka dan disuruh suruh. Jadi, tak perlu pun jamu makjun bagai jika yang asas pun kita tak jaga.

Jaga hubungan dengan Allah, inshaAllah terjaga semuanya.
Solat pun di akhir akhir waktu, macam manalah kan kita ni?

Nota kaki : Berhentilah dari menguningkan otak dan akal golongan muda

Hidup ini ada banyak benda yang perlu dirisaukan dan dikejarkan. Bukan kaya dunia,tapi bahagia akhirat sana

Comments

Popular posts from this blog

Bahan Yang Perlu Ada Dalam Produk Bagi Kulit Berminyak Dan Berjerawat

KANSER BUAH ZAKAR BY DR. ERNA NADIA

TRIGGER FINGER by Doktor Mahyuddin (copypaste dari facebook)