Fakta Kentut Dan Berat Badan




Kentut boleh menyebabkan kalori terbakar dan kurus?
Benda ni dah lama viral sebenarnya tapi ianya taklah betul mana. Kentut adalah aktiviti yang pasif. Kenapa pasif? Sebab kentut berlaku apabila otot dalam keadaan rehat/relaks dan gas tersebut ditolak keluar oleh usus badan.

Aktiviti yang pasif tidak akan menyebabkan kalori terbakar. Tapi kalau tahan, boleh buat kalori terbakar sebab otot tak rileks dah. Cuma taklah banyak mana kalori terbakar dan of kos ianya tak bagus untuk kita, sebab gas tak elok ditahan tahan, baik dilepaskan sahaja.

So, jangan tahan kentut ok.

Apa yang menyebabkan gas atau dikenali dengan lebih glamer sebagai angin terbentuk di dalam badan ni?

1. Mengunyah makanan dengan laju.
2. Mengunyah sambil bercakap atau bersulam minum air.
3. Makan makanan yang bergas seperti kobis, kekacang, keju.
4. Banyak makan makanan yang berlemak dan bergoreng.
5. Minum minuman bergas.
6. Merokok.
7. Ada masalah perut atau usus.
8. Minum guna straw.
9. Makan cheewing gum atau gula gula getah.
10. Jangkitan kuman di dalam usus.
11. Stress atau anxiety.

Kentut adalah bagus. Kentut yang normal adalah 10-20 kali sehari. 

Apa yang selalu berlaku adalah bila tak kentut atau separa sembelit, maksudnya nak buang air besar tapi tak berapa lawas. Ini menyebabkan gas tidak dapat keluar dan berkumpul di dalam usus kita menyebabkan kita rasa kembung.

Bila dah kembung, mulalah pening kepala, loya, perut tak selesa, makan tak lalu dan rasa letih saja. Jadi, semaklah balik penyebab gas di atas dan cuba elakkan ya.  Ouh ya, kalau nak kalori cepat terbakar, kenalah bersenam. Tidak ada makanan atau minuman yang boleh menyebabkan sesiapa kurus. Tidak ada istilah makanan atau minuman detox sebab setiap organ badan yang Allah kurnia pada kita sudah ada fungsi detox.

So, jangan terpedaya dengan iklan iklan produk detox ya.

Detox paling mudah adalah dengan makan banyak sayur dan buah serta bersenam. Kuruslah dengan cara yang sihat okay. Tiada jalan mudah untuk berjaya melainkan dengan usaha. Dannn. Bila dapat sesuatu whatsapp atau berita tular, semaklah dahulu sebelum sebar dan percaya.

Jangan jari kita lebih laju dari akal waras yang Allah kurnia.

Nota kaki : Kalau nak kentut, kentutlah di tempat yang tak ramai orang. Adab pun penting juga😎
Dr. Erna Nadia
Smoking is bad. Fartingis good😝

Comments

Popular posts from this blog

Bahan Yang Perlu Ada Dalam Produk Bagi Kulit Berminyak Dan Berjerawat

KANSER BUAH ZAKAR BY DR. ERNA NADIA

TRIGGER FINGER by Doktor Mahyuddin (copypaste dari facebook)