TIPS SEWAKTU MENYUSU BADAN by DR. ERNA (copypaste FB)

TIPS SEWAKTU MENYUSU BADAN

Alhamdulillah saya dapat menyusu badankan anak saya,Cempaka Rania sehingga setahun lima bulan.

Masa saya melahirkan dia, saya masih seorang doktor pelatih di posting terakhir iaitu di jabatan kecemasan. Ermm memang sibuk sungguh la kan. Tapi Alhamdulillah, saya berjaya juga cari masa untuk pam susu dalam 4-5 jam sekali.

Bukanlah mahu mendabik dada, saya pun masih amatur. Cuma apa yang saya mahu sampaikan adalah insha Allah kita boleh jika kita fikirkan yang kita boleh.Yang penting jangan stress stress ye๐Ÿ˜Š

Ok, ada beberapa tips untuk menyusu badan, badan kekal bertenaga dan mengekalkan susu badan.

1. Mulakan menyusu badan sejurus selepas bayi anda dilahirkan dengan merapatkan badan bayi ke badan anda(skin to skin contact). Sewaktu inilah (1-5 hari) susu badan yang dinamakan kolustrum terhasil dan ia adalah susu terbaik yang tidak boleh ditandingi. Namun, jika tiada susu atau tak sempat nak skin to skin, jangan berputus asa. Sabar, rileks, chill. Tak boleh hari ini, cuba esok lusa. Yang penting, cuba.

2. Cari posisi yang selesa untuk anda menyusu. Setiap orang adalah berlainan kan. Ada beberapa posisi untuk menyusu, contohnya : rugby hold, cradle hold, sit hold, biological hold,lying hold. Boleh cuba setiap satu posisi. Macam saya, saya suka tukar posisi supaya tak cepat jemu.

3. Fahami tanda tangisan bayi yang sedang lapar. Bayi tak pandai cakap jadi dia hanya tahu menangis saja untuk memberitahu kita. Kita sebagai ibu lah yang perlu faham kenapa bayi kita menangis. Mula mula memang blur tapi bila dah sebulan dua insha Allah dah boleh faham apa nada dan irama tangisan dia. Biasa bayi menangis disebabkan lapar, pampers dah sarat dengan kencing dan berak, perut tidak selesa, sejuk, panas, gatal gatal.

4. Jika bayi tengah menangis dengan kuat, jangan terus susukan dia. Bagi dia tenang dulu dan anda juga perlu bertenang. Bila tangisan reda, barulah susukan dia. Tidak elok pun sumbat susu semasa bayi menangis, dikhuatiri bayi tersedak dan termuntah.

5. Pastikan ada air masak atau apa apa bekalan makanan dengan anda sewaktu anda sedang menyusu badan atau mengepam susu. Untuk saya, air masak sudah mencukupi. Memang ibu yang menyusu perlukan air masak yang lebih dari biasa. Badan yang kurang air akan membuatkan susu badan berkurang juga. Ada yang kata minum itu ini untuk booster, tiada kajian tentang milk booster pun sebenarnya. Yang ada cuma kena pastikan badan tidak terdehidrasi. Jadi, tak perlu membazir ya.

6. Rajinkanlah diri untuk pam susu. Bila? Selepas menyusu dan 3-5 jam sekali. Selain tu, saya juga amalkan power pumping. Saya biasa bangun tengah malam untuk pam susu selama sejam ( 20minit pam, 10 minit rehat,20 minit pam, 10 minit rehat). Jika pam, tak ada susu, jangan stress. Pam sahaja untuk kelenjar susu diaktifkan untuk mengeluarkan susu. Inilah dia konsep demand and supply. Jika ada permintaan, barulah ada pengeluaran. Demand banyak, insha Allan supply pun akan bertambah.

7. Jangan stress. Stresslah yang membuatkan susu badan menjadi kering. Jadi,janganlah tengok sesuatu yang boleh membuatkan anda stress sewaktu menyusu atau mengepam susu. Buat sesuatu yang anda suka contohnya baca novel ke, layan drama ke. Kejap je menyusu dan mengepam ni.

8. Untuk yang bekerja,masa pam itulah yang digunakan untuk makan minum sebab kita dah minta masa sekejap untuk mengepam jadi takkan kita nak rehat lama juga kan? Saya beli pam yang boleh pam kiri dan kana terus sebab lebih mudah kan. Tapi tak kisah pun pam yang macam mana, asalkan kita tahu bahagi masa kita.

9. Dapatkan tidur yang betul. Ada yang kata kalau menyusu badan mesti tidur tidak cukup sebab malam malam kena bangun susukan bayi. Erm jadi ibu ini, kita dah tak boleh malas malas dah. Tak perlu tidur 8jam untuk tidur yang berkualiti. Tidur dua jam pun asalkan masa tidur, anda betul betul tidur ( tak fikir banyak benda dan pandai tenangkan minda sebelum tidur). Jangan tidur sewaktu susukan bayi. Risau tersedak. Bayi perlu disendawakan sejurus selepas menyusu, tak kira susu badan atau susu formula. Kalau tak, bayi boleh jadi kembung perut. Kembung perut bukan sebab tak pakai barut ye, tapi sebab cara sendawakan tu tak betul.

10. Jangan banding. Inilah salah satu punca terbesar susu badan segan nak keluar.  Perbandingan. Kalau masuk satu tempat untuk mengepam dan ada beberapa orang lagi yang mengepam, kalau boleh elakkan duduk dekat dekat sebab bila dekat, kita mula akan membandingkan. Eh banyaknya susu dia, kenapa susu aku sikit. BIG NO NO ok.Bukan setiap masa susu kita akan meriah, jadi bila sedikit janganlah putus semangat.

11. Pastikan kelengkapan untuk mengepam dan menyusu lengkap.Tak perlu alatan yang mahal pun. Cuma perlu ilmu dan semangat waja sahaja insha Allah.

12. Sediakan suasana yang selesa supaya anda boleh bertenang dan selesa juga sewaktu menyusu atau mengepam. Suasana yang huru hara disebabkan anda yang gelabah, hanya akan membuatkan anda serabut dan susu badan menyusut.

13. Beli pakaian dalam yang sesuai untuk menyusu badan. Ianya untuk memudahkan diri anda sewaktu menyusu atau mengepam susu. Ada satu cara lain dinamakan Marmet, di mana sebelah susu badan sebelah lagi anda pam susu anda. Atau anda boleh sahaja beli cup kecil yang boleh diletakkan di dalam pakaian dalam anda di sebelah yang tidak menyusu kerana biasanya jika anda menyusu badan, bahagian buah dada yang sebelah lagi juga akan mengalirkan susu.

14. Boleh minta suami untuk belajar teknik mengurut untuk membanyakkan susu. Anda boleh bertanya di hospital atau klinik untuk pelajari teknik ini kemudian aplikasikan di rumah.

15. Pastikan ada tempat yang sesuai untuk diletakkan stok susu anda. Macam saya, saya beli satu freezer kecil khas untuk letak stok susu sahaja kerana saya tak mahu campurkan stok susu dengan bahan mentah lain. Ikut keselesaan anda ya.

16. Bincang dengan suami tentang hasrat anda untuk menyusu badan penuh 2 tahun seperti sunnah. Insha Allah suami akan cuba untuk memahami rutin anda untuk menyusu dan mengepam susu. Bolehlah dia bantu untuk jaga anak yang lain atau uruskan sedikit hal hal rumah. Jika ada pembantu rumah, maklumkan juga padanya. Tapi janganlah malas sampai takboleh nak buat kerja lain, kerja nak mengepam aje ye.

17. Cuci botol dan alatan untuk mengepam dengan sebaiknya untuk mengelakkan jangkitan kuman atau mengundang kuman. Kuman memang suka pada suasana yang lembab dan tidak bersih. Bayi mudah terkena jangkitan kuman kerana imun badan mereka masih tidak begitu kebal.Jadi,kitalah yang kena pastikan kebersihan mereka terjamin.

Ok, boleh?
Insha Allah boleh!๐Ÿ’ช

Yang penting, usaha dahulu.
Janganlah asyik kata susu tak ada, susu tak cukup, sebab kata kata itu doa,
Jika kita doa yang tak elok,yang tak eloklah yang jadi.

Dan tolonglah jangan beli susu formula lagi.
Bila ada susu formula di rumah, dalam kepala kita sudah set yang ' Oh tak apalah tak cukup, nanti boleh bagi susu formula yang beli tu'. No no please๐Ÿ™

Perut bayi adalah sangat kecil.
Dan susu badan adalah sangat mudah dihadam.
Jangan pelik jika bayi yang menyusu badan kerap mahu menyusu ye. Susu badan akan terus dihadam jadi tenaga untuk dia dan digunakan untuk tumbesarannya.
Jadi, berhentilah cakap : bayi yang menyusu badan ini asyik nak mengendeng saja.

Harap tips ini dapat menaikkan semangat anda semua untuk menyusu badankan anak anak anda.

Untuk mereka yang sudah berusaha sehabis daya, jangan sedih. Allah tahu anda sudah berusaha. Setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anak mereka kan.

Tak perlu hina atau kutuk sesama kita pun.

Untuk bulan Ramadan ini, pastikan anda minum dengan cukup ya๐Ÿ˜Š

Nota kaki : Tegakkan cita-cita lebih dahulu sebelum berusaha ( Buya Hamka)

Dr. Erna Nadia
Kita hanya akan dipertemukan dengan apa yang kita cari. Jangan cari nasik pulak tengah tengah hari ni ye๐Ÿ˜œ

Comments

Popular posts from this blog

KANSER BUAH ZAKAR BY DR. ERNA NADIA

Bahan Yang Perlu Ada Dalam Produk Bagi Kulit Berminyak Dan Berjerawat

TRIGGER FINGER by Doktor Mahyuddin (copypaste dari facebook)