TRIGGER FINGER by Doktor Mahyuddin (copypaste dari facebook)

Jari tangan lekat & sangkut (Trigger Finger) - Rawatan Alternatif atau Hospital?
**************************************


Ada sahabat meminta saya komen mengenai video dimana seorang perawat alternatif menekan pangkal jari dengan kayu dan membilang sampai 10 bagi mengubati seorang wanita yang mengalami jari tersangkut-sangkut. Perawat ini begitu tangkas & meyakinkan.

Pada mulanya saya keberatan kerana ini adalah pilihan alternatif bagi pesakit. Anda berhak memilih apa dan di mana anda mahu menerima rawatan. Saya juga tidak mahu menimbulkan konflik. Namun kemudiannya saya berubah fikiran kerana berpendapat masyarakat perlu diberitahu bahawa:

1) Trigger Finger sebenarnya adalah kondisi yang amat kerap berlaku. Kami melihat kondisi ini hampir setiap hari di hospital

2) Ia boleh dirawat dengan mudah

3) Anda berhak mendengar daripada Pakar Ortopedik dan pihak hospital juga sebelum anda buat keputusan

Jari Auntie ini sebenarnya mengalami masalah Trigger finger. Apabila ia berlaku, jari pesakit menjadi tersangkut apabila dibengkokkan dan tidak boleh atau sukar diluruskan. Ada masanya ia terus jammed.

Trigger finger berlaku akibat radang yang berlaku pada A1 Pulley iaitu satu lapisan yang melapisi flexor tendon iaitu urat yang membolehkan kita membengkokkan jari-jari kita. A1 pulley ini terletak pada garisan  yang paling hujung pada tapak tangan kita. (Lihat gambar: A1 Pulley berwarna Purple).

Keradangan ini menyebabkan laluan tendon menjadi sempit dan ketat. Ia menyebabkan pesakit sukar meluruskan jari yang telah dibengkokkan dan menjadi tersangkut (jammed).  Ada masanya ia sukar dibengkokkkan dan adakalanya pula terdapat nodule atau biji kecil pada bahagian A1 pulley ini.



Ia mempunyai beberapa tahap:

• Tahap 1: Pesakit merasa sakit pada bahagian pangkal jari (A1 pulley) tapi jari tidak tersangkut (jammed)

• Tahap 2: Jari ketat dan sangkut tapi pesakit boleh luruskan kembali jari tersebut tanpa kesukaran

• Tahap 3: Jari tersangkut setiap kali pesakit membengkokkan jari & pesakit perlu menggunakan tangan sebelah bagi meluruskan kembali jari yang sangkut tersebut.

• Tahap 4: Jari tersangkut & langsung tidak dapat diluruskan kembali.

Ada yang takut ke hospital kerana tidak mahu dibedah. Tuan-tuan, bukan semua perkara perlukan pembedahan.

Daripada pemerhatian saya, Auntie dalam video ni mengalami Trigger Finger tahap 2 dimana jari tersangkut tapi masih boleh diluruskan kembali. Di hospital, kami akan merujuk pesakit Tahap 2 seperti ini ke fisioterapi bagi melakukan “wax therapy” dan “gentle massaging”.

Yer Tuan-tuan, kami pun ada teknik urutan juga. Kami gunakan tangan untuk melonggarkan lapisan selaput (tendon sheath) yang ketat. Jika menggunakan alatan (seperti dalam video ini), ia kami panggil sebagai “instrument assisted soft tissue mobilization (IASTM)”. Anda juga akan dibekalkan dengan ubat anti-radang.

Namun urutan & fisioterapi hanya berkesan untuk tahap 1 & 2. Bagi pesakit tahap 3 atau 4, memang masih boleh buat fisioterapi namun hasilnya pelbagai. Ada yang sembuh tetapi ramai yang tidak. Cara yang paling berkesan bagi Tahap 3 dan 4 ialah dengan melakukan pembedahan kecil. Doktor Ortopedik akan buat luka sekecil 1-2cm bagi membebaskan urat yang tersepit tu.

Anda boleh baca artikel saya di Malaysian Medical Gazette (www.mmgazette.com) untuk info lanjut. Trigger Finger boleh dirawat dengan mudah, efektif dan jayanya di hospital.

Saya tidak tahu keberkesan rawatan perawat alternatif ini. Soalan ini anda perlu tanya beliau sendiri. Apa yang pasti, beliau tahu lokasi masalah yang berlaku dan beliau juga mempunyai showmanship yang hebat, umpama Hugh Jackman dalam The Greatest Showman. Begitu memukau.

Inilah skill setiap doktor kena kuasai. Mempunyai ilmu dan skills, dan pada masa yang sama boleh menerangkan & meyakinkan pesakit mengenai rawatan kita di Hospital. Mungkin inilah kelemahan yang kita perlu tambahbaik. Mungkin dengan great showmanship ini kita tidak akan kehilangan pesakit kita kepada perawat alternatif, doula dan bomoh tulang.

Be the greatest showman!

Link post saya berkenaan Trigger finger:
https://www.facebook.com/drmahyuddin/posts/10210481204339413

Anda boleh lihat Video #TriggerFinger (koleksi saya) di post tersebut
* Tangan kanan: Trigger finger (Tahap 3)
* Tangan kiri: Trigger finger (Tahap 2)



Gambar Pulley: Sumber dari Google

#DrMahyuddin
Pakar Ortopedik
#MedicalMythbustersMalaysia
#MedTweetMY
#MalaysianMedicalGazette
(www.mmgazette.com)

#TriggerFinger

9/03/2018

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bahan Yang Perlu Ada Dalam Produk Bagi Kulit Berminyak Dan Berjerawat

KANSER BUAH ZAKAR BY DR. ERNA NADIA