Prosedur Mendaftarkan Sijil Kelahiran Anak Yang Baru Lahir

Assalamualaikum uols ! Sihat ? Semoga sentiasa berada dalam keadaan sihat hendaknya. Bagi yang tengah berjuang untuk sembuh, fight all heart out. You can do it and survive again like before 😊

Seperti tajuk di atas, hari ni aku akan kongsikan prosedur mendaftarkan sijil kelahiran anak bagi mereka yang baru melahirkan anak. Peringatan, jenis borang adalah berbeza mengikut tempat disebabkan oleh undang - undang yang dipakai adalah berbeza mengikut negeri.



Umum kita tahu bahawa pendaftaran kelahiran dan kematian di Semenanjung Malaysia berada di bawah akta iaitu Akta Pendaftaran Kelahiran & Kematian 1957 (Akta 299) manakala pendaftaran kelahiran dan kematian bagi negeri Sabah dan Sarawak termaktub di bawah ordinan iaitu Ordinan Pendaftaran Kelahiran & Kematian 1951 (Sabah Cap.123) untuk Sabah, (Sarawak Cap. 10) untuk Sarawak.

Sumber : Google
Peruntukan Undang - Undang Yang Terpakai 


JENIS BORANG KELAHIRAN MENGIKUT NEGERI

Semenanjung - Borang JPN.LM01 , JPN.LM12

Sabah - Borang A, N1

Sarawak - Borang I, Borang X


INDIVIDU YANG BOLEH MENDAFTARKAN KELAHIRAN

1. Ibu / bapa
2. Adik beradik ibu / bapa
3. Datuk, nenek kepada ibu / bapa
4. Adik - beradik kandung



Sumber : Google
Buku Klinik Ibu


DOKUMEN YANG PERLU DISERTAKAN SEMASA PENDAFTARAN KELAHIRAN

1. Dokumentasi ibu bapa / pemaklum (asal dan salinan)
2. Sijil perkahwinan (asal dan salinan)
3. Buku rekod pranatal ibu (asal dan salinan)
4. Buku pemeriksaan anak (asal dan salinan)




PROSEDUR PENDAFTARAN

1. Lengkapkan borang daftar kelahiran yang diperoleh daripada hospital / klinik
2. Sertakan salinan dokumen yang berkaitan (rujuk senarai dokumen yang diperlukan di atas)
3. Datang ke JPN yang berhampiran untuk membuat permohonan daftar sijil kelahiran


TEMPOH MASA PENDAFTARAN KELAHIRAN YANG PERLU IBU BAPA ALERT

1. Pendaftaran Kelahiran Biasa -

  • Semenanjung : 60 hari dari tarikh kelahiran kanak tersebut dilahirkan
  • Sabah & Sarawak : 14 hari dari tarikh kelahiran kanak tersebut dilahirkan
2. Pendaftaran Kelahiran Lambat -

  • Sabah & Sarawak : Hari ke 15 hingga 42 selepas kanak tersebut dilahirkan

3. Pendaftaran Lewat Kelahiran -

  • Semenanjung : selepas 60 hari dari tarikh kelahiran kanak tersebut
  • Sabah & Sarawak : selepas 42 hari dari tarikh kelahiran kanak tersebut

Comments

Popular posts from this blog

KANSER BUAH ZAKAR BY DR. ERNA NADIA

Bahan Yang Perlu Ada Dalam Produk Bagi Kulit Berminyak Dan Berjerawat

TRIGGER FINGER by Doktor Mahyuddin (copypaste dari facebook)