Aku Dan Biskut Raya

Assalamualaikum dan selamat petang ! Apa khabar semua ? Sihat ? Aku alhamdulillah sihat. Sepatutnya hari ni bersamaan 4 Mei 2020 selaras dengan ucapan PM kita pada Jumaat lalu, beberapa sektor perkhidmatan sudah mulai dibuka dan antara sektor perkhidmatan yang mulai dibuka. Namun apakan daya, our current CM don't even want to follow it. So hari ni aku masih terperap dalam rumah. For sure apabila pejabat dibuka beban kerja akan melampau - lampau 😅. 

Back to my story, actually tahun ni punya raya memang aku azam untuk buat biskut sendiri since tahun lalu semua biskut aku tempah saja. Kononnya penat bekerja seharian. Tapi bila kakak - kakak aku brainwash aku pasal biskut, maka tahun ni aku pun dengan senang hatinya mencuba untuk membiskut. 

Btw, aku bukanlah sejenis yang minat buat biskut. Mungkin sebab kesabaran aku ni senipis kulit bawang, jadi benda - benda yang memerlukan aku duduk tekun membiskut sangat - sangat menggugat kesejahteraan tulang belakang aku almaklumlah orang tua huhu 🤭

Disebabkan puasa tahun ni aku membusuk di rumah saja (work from home), maka aku pun merajinkan diri untuk mencuba biskut - biskut raya. Yang berminat untuk buat biskut raya, di bawah aku ada sertakan resepi sekali. 

1. Ulat Bulu



Bahan - bahan :
1 kg tepung gandum 
500 gm butter 
1 biji kuning telur
1 penutup esen vanila
1 penutup pewarna hijau
Kurma untuk inti
Gula kastor untuk hiasan

Cara :
1. Masukkan tepung gandum, butter dan kuning telur, kemudian uli hingga sebati. 
2. Masukkan esen vanila dan pewarna hijau, uli hingga sebati. 
3. Gulungkan doh menjadi panjang - panjang dan masukkan kurma di dalam doh. 
4. Susun dalam tray dan bakar. 

Ps : Ni resepi mama aku ya. Of course banyak lagi resepi ulat bulu. Tapi yang ni pun aku sudah ampus membuat huhu. 

2. Semperit / Dahlia Susu


Bahan - bahan : 
250 gm butter
1 cawan susu pekat 
1 biji kuning telur
1/2 cawan susu tepung (aku guna nespray)
1 cawan tepung jagung
2 cawan tepung kastad
2 cawan tepung gandum (aku ubah guna 3 cawan) 
Ceri (sebagai hiasan)

Cara :
1. Masukkan butter, susu pekat dan kuning telur di dalam bekas dan pukul sehingga sebati. Ps : aku pukul guna whisk ya, mixer aku enda guna. 
2. Masukkan tepung jagung, tepung kastad dan tepung gandum di dalam adunan tadi dan gaul hingga sebati.
3. Pastikan doh tidak melekat di tangan dan tidak terlalu lembik, ambil sedikit - sedikit doh tadi dan bagi panjang - panjang untuk memudahkan proses menyemperit guna nozel. 
4. Gunakan nozel untuk menyemperit, kemudian letakkan ceri di tengah - tengah kuntuman bunga biskut anda dan bakar sehingga masak. 

Ps : Resepi ni aku ambil daripada  Azlina Ina Fans. 

3. Red Velvet


Bahan - bahan : 
200 gm butter
100 gm gula perang
50 gm gula kastor
1 biji telur
1 sd teh esen vanila
250 gm tepung gandum
20 gm tepung koko
200 gm coklat cips
200 gm badam cincang
1 sd teh pewarna merah

Cara : 
1. Masukkan butter, gula perang, gula kastor dan telur di dalam bekas dan pukul hingga sebati. Ps : once again gais, aku guna whisk saja. 
2. Masukkan esen vanila dan pewarna merah lalu gaul hingga sebati. 
3. Masukkan coklat cips dan badam cincang kemudian gaul lagi. 
4. Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama serbuk koko ke dalam adunan, kemudian gaul hingga sebati. 
5. Apabila sudah sebati, sudukan adunan tadi mengikut sebanyak mana yang anda suka kemudian bakar hingga masak. 

Ps : Resepi ni aku gugel ya. Tapi aku lupa apa nama blog ni. Oh btw, biskut aku ni endada badam cincang sebab enda cukup bahan. Itu coklat cips pun 80 gm ja ada 😂

4. Tart Nenas


Bahan - bahan : 
1 cawan butter
2 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar susu pekat
1 biji kuning telur
1 sudu esen vanila
1 sudu pewaran kuning
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kastad
3 1/4 cawan tepung gandum
Inti nenas
Air pewarna kuning (untuk hiasan atas)

Cara : 
1. Masukkan butter, minyak sapi, susu pekat, kuning telur, esen vanila dan pewarna kuning kemudian pukul sebati. Ps : aku masih guna whisk ya
2. Masukkan tepung jagung, tepung kastad dan 1 cawan tepung gandum kemudian gaul hingga sebati. 
3. Masukkan baki tepung gandum ke dalam adunan dan uli hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan. 
4. Gunakan nozel bermulut panjang untuk paipkan doh kemudian letakkan inti nenas dan gulung. Sapukan air pewarna kuning / kuning telur pada atas doh sebelum siap untuk dibakar. 

Ps : Ini pun resepi daripada page Azlina Ina Fans ya. Btw sukatan tepung gandum tu aku kasih lebih sebab bila aku follow sukatan tepung dia, doh jadi sangatlah lembik dan masih melekat. Kau agak ja sampai doh kau enda terlampau lembut, baru stop tambah tepung gandum. 

Sekian inilah biskut - biskut yang sudah aku buat. InsyaAllah di hari yang akan datang aku akan buat biskut lain pulak. Btw malam takbiran aku akan buat kek. Mengimbau balik kenangan masa budak - budak dulu, bila malam takbiran mesti semua akan tidur lambat sebab tengah semangat membuat kek minyak. Rumah pun riuh rendah sebab kena pasang lapik kusyen baru, langsir baru, alas meja baru. Rindu sangat. 

Apa pun stay safe semua. Walaupun pkp kita dilonggarkan sedikit, tapi jangan lupa untuk follow sop KKM ya gais. 


Kaki Yang Bengkak,
Ryuu

Comments

Popular posts from this blog

KANSER BUAH ZAKAR BY DR. ERNA NADIA

Bahan Yang Perlu Ada Dalam Produk Bagi Kulit Berminyak Dan Berjerawat

TRIGGER FINGER by Doktor Mahyuddin (copypaste dari facebook)