Aku Dah Kahwin !
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh !
Setelah beberapa bulan menyepi, aku kembali bersiaran di blog yang sunyi sepi ini. To be frank, dalam beberapa bulan aku menyepi dari terus menulis di dalam blog aku adalah disebabkan kesibukan bekerja di samping kesibukan menguruskan persiapan perkahwinan. Ditambah lagi dengan masalah bertimpa - timpa setahun yang lalu, aku jadi agak malas dan berat untuk menaip. But well, here I am bebeh !
Btw, seperti tahun - tahun sebelum ni, Happy New Year buat semua orang. Walaupun terlalu lambat untuk aku wish, aku tetap mahu wish juga (hahaha) 😂
New Year, New Title for me. Selepas lapan tahun perkenalan, akhirnya aku berkahwin juga dengan encik suami. Alhamdulillah, memang tiada kata - kata yang dapat aku ungkapkan melainkan panjatkan kesyukuran pada Allah S.W.T atas anugerah yang terindah dalam hidup aku selepas my beloved family and friends.
Sedikit perkongsian, aku kenal suami aku selepas aku tamat peperiksaan SPM. Cara perkenalan kami tu melalui 'salah nombor'. Biasalah zaman dulu - dulu, whatsapp, wechat, telegram belum meluas lagi macam sekarang ni. Ceritanya bermula bila suami aku call nombor aku yang diingatnya nombor kawannya. Bila aku bagitau yang dia salah nombor, dengan dramatiknya dia end call.Syukur masa tu kesabaran aku tinggi haha.
Aku kira lepas end call tiada mesej akan masuk but wow, that's how Allah help me find my soulmate. Long short story, Jun 2018 kami bertunang dan 06 Disember 2019 kami sah menjadi suami isteri dengan satu lafaz sahaja.
Sejujurnya, semasa tengah akad nikah aku memang rasa cool gila. Suami aku saja yang nervous lebih haha. Tapi sebaik saja saksi cakap 'sah' diikuti dengan lafaz Alhamdulillah dari imam yang menikahkan kami, am kinda feel 'sojuk'. Mungkin sebab aku seketul manusia yang malu untuk bersweet depan orang ramai maka terjadilah sesi awkward semasa sesi menyarungkan cincin dan kiss dahi. Sampai berpeluh sejuk dibuatnya okey 😅
Selesai sesi sarung cincin, tibalah sesi bersalaman dengan kedua - dua family. Aku rasa mungkin benda ni normal la ya bila mana aku salam dengan orang tua aku, aku rasa sedih dan mahu nangis walaupun sebenarnya aku memang nangis kejap (tapi bila mengenangkan muka sudah bermekap, terbantut airmata huhu). Bukan aku sorang saja, suami aku yang muka cam hero hindustan pun nangis juga haha (muka ganas tapi dalam hati ada taman okey hahaha). Perasaan masa ni memang bercampur baur. Aku dulu - dulu bila dengar story kakak aku yang diorang menangis lepas majlis nikah, aku be like "duhhh... bukannya kau jadi anak tiri terus". Then bila terkena dekat aku, barulah aku faham kenapa dan mengapa airmata tumpah selepas akad nikah selesai. Mungkin sebab sedar diri lepas ni, aku di bawah tanggungan suami, bukan lagi family. Hmm....
Settle bab akad nikah, kitaorang pun bergambar - gambarlah dekat Masjid Ar Rahman Tenom untuk diabadikan sebagai kenangan di hari tua kelak. Btw, aku punya photographer tu muda lagi. Untuk yang berminat buat sesi ambik gambar, bolehlah risik - risik dekat :
Facebook : Mohd Syamim Omeng
Instagram : photoby.syamim
Whatsapp : 011 - 19534420
Based In Tenom
Harga InsyaAllah memang superb dan affordable. Buat masa ni aku masih tunggu gambar aku lagi disebabkan aku customer terakhir dia untuk tahun 2019. Nanti aku upload gambar aku lepas dapat. InsyaAllah.
Bab pakaian pulak, baju nikah aku ditaja oleh sahabat baik aku sendiri, Norsinah Binti Mahadi. Walaupun dia kurang sihat, dia tetap bertegas mahu jahitkan aku baju nikah. Alhamdulillah, rezeki. Terima kasih sahabat dunia akhiratku 💕 Cuma Allah saja mampu balas segala pertolonganmu. Semoga Allah berikan kesembuhan pada kau, Allahumma aamiin.
Untuk baju sanding, aku sewa dekat satu butik ni di area KK. Tbh, aku MEMANG tidak puas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh butik tu. Ni antara sebab - sebab aku geram gila :
1. Masa datang untuk kutip baju,
- zip rosak
- baju di alter tidak siap
- kotor
- aku request seinci orang butik tidak mahu kasi
- 2 hari sebelum nikah aku ulang alik Tenom - KK untuk ambil
2. Hidden Charge
- ni memang paling suwey. Kisahnya, semasa kitaorang datang cari baju sanding, owner butik bagitahu cuma perlu bayar jumlah sekian - sekian dan mempelai akan dapat 1 set baju L/P beserta AKSESORI. Mark ayat aku ya, AKSESORI full maksudnya. Sebab katanya masa tu butik diorang tengah promosi. Tapi bila aku datang kutip, ayatnya lain lagi. Kena tambah RM300 untuk wang cagaran (sekiranya baju rosak, duit hangus) dan RM150 untuk aksesori yang terlalu usang dan KOTOR. Pendek kata, memang tidak boleh guna langsung.
3. Masa Sewaan
- Dalam resit, masa sewaan (ambil baju) dari tarikh 2 hari sebelum majlis dan 3 hari selepas majlis. Tapi bila kami datang untuk pulangkan baju, owner butik argue dengan kami pasal masa. Aku serius rasa bengang teramat dengan perangai owner.
Fyi, baju sanding memang aku sendiri yang basuh termasuklah samping dengan tanjak tu. Bertabah ja hati aku masa membasuh baju - baju tu walaupun sebenarnya aku punya carutan sudah sampai tahap planet Pluto.
Nasihat aku dekat bakal pengantin, carilah butik yang betul - betul berkualiti. Jangan jadi macam kitaorang, baju sanding memang ditahap terburuk yang pernah aku jumpa. Hmm... InsyaAllah anniversary pertama nanti, aku akan ambik gambar balik guna baju kahwin yang lagi lawa 😗 (kalau masa tu perut tidak memboyotlah haha).
Untuk pelamin, memang aku minta pelamin yang lebih kepada motif minimalis. Tapi lepas settle pelamin, Allahu.. teruk aku dikecam. Maka malam sebelum sanding tu, aku dan sepupu aku dibantu oleh macik - macik dan pacik aku menambah perhiasan untuk pelamin tu selepas dapat persetujuan dari tukang buat pelamin. Hasilnya memang MasyaAllah ! Subhanallah !
Bahagian makanan pulak, sepanjang majlis aku berjalan, family aku gotong royong memasak sediakan juadah. Memang tidak menang tangan ya. Semua ada bahagian masing - masing. Pendek kata, masa majlis aku la semua keluarga aku busy mengurus dari A ke Z. Kalau masa kakak - kakak aku kahwin dulu, makan minum semua dari orang yang sama pasang pelamin. So family aku banyak relax. Mungkin next majlis, kalau adik aku yang tengah study tu berkahwin, kitaorang akan follow katering semula 😂
Haa.. bapak panjang post aku kali ni. So this is the end of my post today. Thanks for reading my story 😘
Ps : Aku dan suami tengah TTC (try to conceive) sekarang ni. But the problem is, aku mengalami masalah irregular period. Bila irregular, aku pun tidak pasti bila masa ovulasi berlaku. Ada sesiapa yang mengalami masalah yang sama dengan aku ? 😟
Comments
Post a Comment