Mi Sensei
Kringgggggg !!!!
Deringan bunyi loceng menunjukkan sesi pertama pembelajaran telah pun bermula. Seorang guru perempuan berambut panjang yang digayakan ponytail menyusun langkah menuju ke lokasi yang diamanahkan olehnya.
Dari kejauhan cuping telinganya sudah mendengar hiruk pikuk jerit tawa bakal anak didiknya. Sebagai seorang guru baru yang baharu memulakan karier sebagai pendidik, mengajar kelas yang dikatakan bermasalah membuatkanya sedikit gementar.
Langkahnya berhenti tepat pada pintu bilik darjah. Nafas ditarik dan dihembus bagi menghilangkan rasa gemuruh.
Strechhhh
Semua mata tertumpu ke arahnya. Keadaan kelas yang seperti tongkang pecah hanya dipandangnya sekilas sebelum pandangannya beralih menjamah wajah bakal anak didiknya.
Buku kehadiran yang dikeleknya tadi diletakkan atas meja guru.
"Selamat pagi, saya guru baru yang akan menggantikan guru kelas kamu. Sebelum saya kenalkan diri, saya minta kamu semua berada di tempat masing - masing," dengan sekali nafas ayat itu meluncur keluar dari mulutnya.
Langkahnya beralih di hadapan meja guru untuk berdiri sambil bersandar pada meja. Kedua tangannya disilangkan ke dada.
"Kamu semua sudah sedia maklum bahawa Cikgu Lily telah berpindah ke sekolah lain. So, sekarang ni saya teacher incharge untuk kelas kamu. Ada apa - apa masalah boleh terus jumpa saya. By the way nama saya Inari Hiryu. Sebelum saya teruskan kelas, ada apa - apa soalan ?"
Tiada reaksi daripada pelajarnya. Masing - masing hanya melihatnya dengan pandangan kosong. Hanya beberapa orang pelajar saja nampak bersungguh dengan kehadirannya.
Hiryu melepaskan hela. Dia mengambil buku kehadiran dan membelek senarai nama - nama pelajar di dalam kelas itu.
"Saya akan panggil nama kamu satu persatu, so bila saya sebut nanti sila berdiri untuk memudahkan saya kenal," tambah Hiryu.
"Nao Shun" panggil Hiryu. Pandangannya melilau.
Senyap. Tiada sahutan.
"Nao Shun" ulang Hiryu.
"Weh Shun, nama kau" bisik Hajime yang duduk di sebelah pelajar lelaki berambut perang itu. Sejak daripada mula guru baru tersebut masuk ke dalam kelas mereka, pelajar lelaki bernama Shun itu hanya membiarkan. Dia lebih berminat untuk tidur.
"So I guess dia tidak ha..."
"Datang cikgu," potong Hajime sambil menarik tangan Shun sehingga pelajar itu turut terbangun.
"What the fuck Hajime !" tepis Shun dan duduk semula.
Hiryu hanya memandang sekilas wajah pelajar bernama Shun sebelum menanda laporan kehadiran pelajar tersebut.
"Nampaknya kehadiran kamu memuaskan. Sekarang saya akan edarkan ujian untuk subjek sejarah. Sebarang buku berkaitan sejarah adalah dilarang untuk guna sebagai rujukan. Ujian ni untuk semak sejauh mana pemahaman kamu terhadap apa yang kamu belajar sebelum ni."
"Pelajar paling hadapan pass soalan dekat kawan sampai ke barisan belakang," arah Hiryu. Tangannya lincah memberikan kertas ujian kepada pelajar barisan hadapan.

Comments
Post a Comment