Mi Sensei (2)

Inari Hiryu duduk termenung di mejanya. Dia baru sahaja selesai menanda kertas soalan yang disediakan khas untuk anak didiknya itu. Perasaannya bercampur baur apabila melihat jawapan yang diberikan oleh mereka.

"Macam mana pengalaman hari pertama bertugas sebagai pendidik Cikgu Inari ?"tegur Anna Joshua. Wanita bermata sepet itu merupakan guru kelas bagi pelajar - pelajar harapan sekolah mereka.

Hiryu melontarkan senyum paksa.

"Not bad, Cikgu Anna. Cuma terfikir cara nak improve markah diaorang untuk subjek sejarah," balas Hiryu. Tangannya menongkat dagu.

Anna Joshua tergelak kecil.

"Bukan untuk subjek sejarah saja. Semua subjek pun macam tu. Adalah dalam beberapa orang pelajar dari kelas tu yang agak okey dari segi akademik. But the rest ...."

Hiryu mengangguk faham. Hendak komen lebih - lebih pun, dia baru kali pertama masuk ke kelas tersebut. Banyak lagi yang dia belum tahu mengenai anak didiknya dan juga "masalah" yang dikatakan oleh para guru - guru apabila dia diamanahkan untuk menggalas tugas sebagai guru kelas bagi kelas tersebut.

"Jangan risaulah cikgu. Everything will be okay."

Wanita itu melemparkan senyuman penguat semangat untuk guru muda tersebut. Dia pun pernah berada dalam situasi yang sama seperti guru muda itu, malah hampir patah semangat apabila ditempatkan di kelas yang jauh ketinggalan dari segi prestasi akademik dan kokurikulum. Namun disebabkan anak didiknya bersungguh - sungguh untuk belajar, dia berusaha semaksima yang mungkin untuk bantu. Hasilnya, anak didiknya berjaya merebut tangga prestasi kelas pertama. Mengingat semula detik manis itu membuatkan Anna Joshua tersenyum. Rindu pada sekolah lamanya terasa menggebu di sanubari.








Comments

Popular posts from this blog

KANSER BUAH ZAKAR BY DR. ERNA NADIA

Bahan Yang Perlu Ada Dalam Produk Bagi Kulit Berminyak Dan Berjerawat

TRIGGER FINGER by Doktor Mahyuddin (copypaste dari facebook)