Manly Girl, Girly Guy ! (1)

" I want to break with you Joel," pinta Anna tiba - tiba kepada teman lelakinya, Joel yang sedang duduk bertentangan dengannya. Suasana kafeteria sekolah pada waktu itu masih lengang memandangkan pelajar - pelajar dari kelas lain masih berada dalam proses PnP.

"What are you talking about Anna ? What did I do ?" soal Joel yang bingung dengan permintaan Anna untuk putuskan hubungan dengannya. Suapan yang tadi rancak mulai bertukar rentak menjadi perlahan.

"I said, I want to break with you and it's not your fault."

"Habis tu, kalau saya tak salah kenapa Anna nak putuskan hubungan dengan saya ? Kita dah lama bersama Anna !"

Anna menarik nafas panjang. Gadis itu cuba mengumpul kekuatan untuk berterus terang dengan Joel. Dia tidak mahu Joel terluka sekiranya pemuda itu mengetahui dari mulut orang lain.. 

"Anna... sebenarnya suka dekat orang lain."

Joel terkedu. Akalnya seperti tidak mampu mencerna apa yang diperkatakan oleh Anna. 

"Ulang sekali lagi ?"

"Anna sukakan orang lain," ulang Anna sekali lagi. Dia berharap agar pemuda itu mengerti bahawa perasaan tidak boleh dipaksa. 

DUMMM !

Joel menumbuk meja kafeteria dengan sekuat tenaga. Wajahnya yang sejak tadi tenang bertukar merah akibat menahan rasa marah yang menggebu di dada. 

"Tell me, who is that bastard ?!" 

Beberapa orang pelajar yang turut berada di dalam kafeteria itu menjadi kaku apabila mendengar Joel menjerit marah. Ada di antara mereka yang sudah mula berbisik sesama sendiri. Ada yang merakam insiden itu menggunakan telefon pintar. Tiada satu orang pun antara mereka yang berani mengambil tindakan untuk meleraikan pergaduhan tersebut.

Anna tersentak. Wajahnya kelihatan pucat. 

Joel memandang tepat ke arah Anna yang sedang terbungkam di kerusi tempatnya melabuhkan duduk. Wajahnya yang bengis membuatkan gadis itu hampir menangis.

"Aku tanya, siapa orang tu ?! Jawab sundal !"

Joel sudah mulai berdiri. Rambut Anna ditariknya kasar sehingga gadis itu terjerit kesakitan. 

"Aku tanya sia..... "

PAPPP !!!

"Arghhhh !!!"

"Kau lepaskan dia sekarang," sampuk seorang pelajar yang lengkap berpakaian sukan sedang menahan tangan Joel dari terus menarik rambut Anna. 

Joel melepaskan genggaman rambut Anna. Gadis itu terduduk lemah di atas lantai kafeteria sambil menangis ketakutan. 

"Kau siapa hah setan ?!" jerit Joel sambil melayangkan sebuah penumbuk padu ke arah pelajar yang berani masuk campur dalam urusannya. 

PAKKK !!!

Dengan pantas tumbukan tersebut dielak oleh pelajar tersebut seraya menendang kaki Joel. Pemuda itu kemudian terjatuh kerana tidak mampu mengimbangi badannya.

Joel meraung kesakitan sambil memegang lututnya yang dijadikan sasaran oleh pelajar tersebut ketika membalas serangannya. 

Aksi pelajar tersebut yang berjaya menumbangkan Joel mendapat perhatian semua pelajar yang berada di situ. Anna yang masih duduk di atas lantai memandang pelajar yang menyelamatkannya itu dengan pandangan tidak percaya.

"You should learn how to respect lady.." 

Tangan dihulurkan pada Joel yang masih mengerang kesakitan. 

"I don't need your help you fuck !"

Pelajar tersebut menarik balik huluran tangannya. Dia melompat ke arah Joel yang masih terbaring Wajahnya yang tenang bertukar seram. 

"If you want to die so badly, I guess it can be helped ... " kepala Joel di pegangnya dengan satu tangan. Baru saja dia ingin melayangkan sebuah penumbuk, namanya dijerit oleh seseorang dengan lantang.

"RENNNN !"

Joel, Anna dan pelajar yang dipanggil Ren itu segera berpaling. Begitu juga dengan pelajar yang berkumpul melihat pergelutan itu. Mereka turut berpaling ke belakang untuk melihat siapa yang menjerit. 

Kelihatan seorang gadis dengan nafas tercungap - cungap berlari ke arah Joel dan Ren.

"Stop causing trouble !" marah gadis berkaca mata itu. Kolar baju sukan yang dipakai oleh Ren ditarik oleh gadis itu dengan muka yang bengang. 

"W-w-w-waittt ! I'm not finish yet !"







Kolar baju sukan Ren dilepaskan membuatkan pelajar tersebut terduduk. Wajah dipalingkan menghadap Ren.

"What are you doing Ren ?!"

Ren kaku. Wajah gadis di hadapannya ditatap dengan muka bersalah. Gadis itu kalau sudah marah, dia sendiri tidak berani membuka mulut. Kaki disilangkan. Wajahnya yang sejak tadi menatap gadis itu dikalihkan melihat ke arah lain.

"This is your last chance Ren. I don't want you to get involve in any fight again.." suara yang tadi lantang memarahi Ren sudah mulai kendur. Berubah rentak menjadi lirih.

"Sorry..." ucap Ren perlahan.

Senyap.

Ren bangun dari duduk. Wajah gadis itu yang sedang tunduk mengesat air mata dipandang sekilas.

"Don't cry Miyu. Sorry okay ?" pujuk Ren lembut. Rambut Miyu diusap lembut. Cuba meredakan kesedihan gadis itu.

"Tsk.. Tsk... You're mean Ren !" tangis Miyu sambil memukul bahu Ren.

Ren hanya melambakkan ketawa bila Miyu sudah mula memarahinya dalam tangisan.










Comments

Popular posts from this blog

KANSER BUAH ZAKAR BY DR. ERNA NADIA

Bahan Yang Perlu Ada Dalam Produk Bagi Kulit Berminyak Dan Berjerawat

TRIGGER FINGER by Doktor Mahyuddin (copypaste dari facebook)