Manly Girl, Girly Guy ! (2)
Joel duduk senyap di atas sofa. Di hadapannya, seorang pemuda lengkap bersut hitam sedang duduk menikmati kopi panas buatan pembantunya.
"Hmm... sangat sedap,"puji pemuda bersut itu. Cawan itu diletakkan semula di atas meja.
"Joel..."
Joel tunduk. Wajahnya kelihatan garis - garis keresahan.
"Aku dengar kau dibelasah oleh pelajar baru.."
GULP!
"Pergaduhan tu terhenti," jawab Joel perlahan.
Posisi duduk ditukar kepada posisi berdiri. Pemuda bersut itu berjalan menuju ke arah jendela biliknya. Matanya dihalakan ke luar jendela dengan tangan disilangkan ke dada.
"Siapa nama dia ?"
"Ren."
Joel hanya diam di tempat duduknya. Insiden beberapa hari yang lalu masih segar dalam ingatannya. Mana mungkin dia akan lupakan wajah dan nama pelajar yang berani memalukannya di khalayak ramai. Dalam diam, dia sudah merencanakan sesuatu dengan konco - konconya. Hanya perlu menunggu masa untuk dilaksanakan.
"Buat masa ni, kau jangan bertindak. Tunggu arahan dari aku. Tugasan kau hanya perlu merekod setiap perlakuan pelajar tu," tegas pemuda itu.
"Baik tuan," patuh Joel walaupun hatinya menjerit tidak mahu mengikuti arahan pemuda itu. Namun untuk mengatakan tidak, dia tidak punya kekuatan.
"Kau boleh keluar sekarang. Teruskan pembelajaran seperti biasa," arahnya tanpa memandang wajah pelajar bernama Joel itu.
"Ren huh ?" bisiknya pada diri sendiri selepas Joel bergegas keluar meninggalkan biliknya.
Seketika kemudian dia melambakkan ketawa seorang diri. Wajahnya bertukar ngeri.
Di dalam kelas, Anna masih lagi duduk termenung di tempat duduknya. Keadaan kelas yang hingar - bingar dengan telatah rakan sekelas yang lain tidak menarik minatnya untuk masuk campur. Ingatannya lebih tertumpu kepada kejadian di kafeteria yang berlaku beberapa hari lalu.
Disebabkan trauma dengan perubahan Joel, Anna memilih untuk terus balik ke rumah selepas tamat sesi persekolahan. Dia takut untuk bertembung dengan Joel dan konco - konconya. Bukannya dia tidak tahu bahawa Joel merupakan pelajar yang bermasalah di dalam sekolah mereka. Khabar angin mengenai Joel merupakan ahli kanan kepada ahli kongsi gelap yang terkenal di kawasan mereka tinggal juga sedikit sebanyak menambahkan rasa takut yang sedia ada kepada bekas teman lelakinya itu.
Keluhan berat dilepaskan.
"Eh! Tu pelajar yang heboh diperkatakan hari tu !" tiba - tiba Yoel menjerit teruja sambil menunjuk ke arah seorang pelajar yang sedang mengangkat buku.
"Eh! Mana ?"
Anna turut memalingkan kepalanya untuk melihat pelajar yang dimaksudkan oleh Yoel. Ketika itu Ren dan Miyu sedang lalu di hadapan kelas mereka. Mata Anna membulat bila melihat Ren yang menunjukkan wajah bengang. Memang tidak salah lagi, pelajar itu yang dicari olehnya.
"Kyaaa ! Too hot !" jerit para pelajar perempuan dengan muka teruja. Pelajar lelaki yang lain menunjukkan reaksi menyampah dengan perangai gedik pelajar perempuan di dalam kelas mereka.
KREKK !
Pintu kelas di buka. Anna bergegas mengejar langkah Ren yang semakin jauh di hadapan. Ada sesuatu yang ingin diperkatakannya !
Buku latihan dan nota rakan - rakan sekelas diletakkan di atas meja Daniel, guru kelas mereka.
"Ren! Miyu! Terima kasih sebab tolong," ucap Daniel sebaik sahaja melihat kelibat pelajar kelasnya meletakkan buku latihan dan nota yang dimintanya di atas meja. Senyuman dilakar sebagai tanda terima kasih.
"It's okay Dannie," balas Ren. Miyu yang berdiri di sebelahnya menjadi kaku. Wajahnya berubah merah.
"Eh ? Miyu ? Awak okey tak ?" soal Daniel kepada gadis berkaca mata itu. Tangannya menyentuh dahi gadis itu.
"Err.. s-s-sa.."
"Ya ?"
"Erk !"
Miyu tiba - tiba rebah tidak sedarkan diri. Daniel dan Ren masing - masing panik melihat insiden tersebut.
"Saya bawa dia ke infirmary untuk segera dapatkan rawatan !" ujar Ren. Tubuh Miyu dicempungnya sambil berlari menuju ke arah bilik rawatan.
Daniel yang masih dalam terkejut tidak mampu membuat apa - apa.
"Araa.. Daniel Sensei, nampaknya pelajar sensei dah jatuh hati dekat sensei," tegur Sebastian dengan senyuman mengusik. Di tangannya masih terdapat mug berisi coklat panas yang baru dibancuh dari pantry.
Daniel hanya ketawa.
Wajah tidur Miyu ditatap dengan keluhan kecil. Gadis itu dibaringkan di atas katil rawatan.
"Nothing serious," ujar Shay setelah selesai memeriksa keadaan Miyu. Pemuda yang berkot putih itu ralit mencatat sesuatu di atas kertas putih.
"What is her name just now ?"
"It is Miyu," balas Ren. Tubuh Miyu diselimutkan hingga ke paras dada.
Perlakuan Ren diperhatikan oleh Shay walaupun dia masih lagi mencatat butiran lengkap pelajar yang menerima rawatan di bilik itu.
"And you ?"
"Ren."
Shay menuju ke meja kerjanya.
"Ren, so why are you wearing a boy uniform ?" soal Shay. Tangannya mengetuk - ngetuk papan kekunci memasukkan butiran Miyu.
"I am a guy !" tegas Ren.
Ren memandang tepat ke arah Shay dengan muka bengang.
"Really ?"
Tangan kirinya menongkat dagu. Shay turut membalas tatapan Ren yang sudah mulai berubah cuak. Dia bangkit dan menapak ke arah Ren yang berdiri berdepan dengannya.
"What ?"
Tubuh Ren ditolak ke belakang sehingga pelajar tersebut terduduk di atas meja. Shay menghadang Ren dengan kedua belah tangannya. Sengaja dia mengunci pergerakan pelajar tersebut untuk melihat sejauh mana keberanian yang ditunjukkan tadi.
"What are you doing ?!"
Tubuh Shay cuba ditolaknya sekuat hati. Namun disebabkan gagap, semua perlakuannya menjadi sumbang. Yang lebih malang, pemuda berkot putih itu terlalu hampir dengannya.
"Say it. You're girl," arah Shay.
PAPPP !
"Baka !" jerit Ren sebelum menolak tubuh Shay dan menendang lutut pemuda itu sebelum bergegas keluar dengan wajah yang merah.
Shay tertunduk. Hampir dia terduduk akibat ditendang oleh Ren. Pipinya yang pijar disentuh. Gelak kecil tercetus dari mulutnya.
"After all.. you're really girl Ren.."
Shay menjenguk keadaan Miyu yang masih lena sebelum kembali semula ke meja kerjanya.
Ren menendang mesin air di hadapannya. Wajahnya menunjukkan ekspresi bengang. Bengang dengan pemuda bernama Shay itu.
"Stupid school ! Stupid teacher ! Stupid students !" maki Ren.
"Ano..."tegur satu suara halus dari belakang.
Ren berpaling ke belakang. Kelihatan seorang gadis berambut panjang separas bahu berdiri di belakangnya dengan jus oren di dalam genggaman.
"Oh, sorry. You can use it," ucap Ren sebelum berjalan melepasi gadis itu.
"REN !"
Langkahnya terhenti.
"I want to talk with you !"
Comments
Post a Comment