Time Travel 1

 
Suasana di pantai pada hari itu sangat meriah dengan gelak tawa pelajar daripada Kelas Seni dan Reka Bentuk. Bukan selalu mereka dapat menghabiskan masa di tempat awam seperti itu kerana kekangan masa yang sangat terhad. Tambahan pula mereka merupakan pelajar yang berada di tahun akhir pengajian. Sudah tentu banyak tesis yang perlu disiapkan demi meraih segulung sijil yang berharga.


“Weh Ryuu ! Kyorin ! Jomlah join kitaorang main bola tampar !” laung Shu pada dua orang gadis yang sedang duduk bersantai di atas tikar.

Pemuda itu berlari - lari anak menuju ke arah dua gadis yang sedang bersantai itu dengan bola di tangan.
 What ?” soal Ryuu dengan penuh malas. Wajahnya langsung tidak menunjukkan ekspresi teruja. Menyampah lagi adalah. Kyorin yang berada di sebelahnya duduk santai dengan novel yang baru di beli sebelum mereka berangkat ke pantai tersebut pada pagi tadi.


“Janganlah asyik terperap Ryuu. Kau ni dahlah tiap kali waktu lawatan kelas selalu skip, kali ni bila dah join kau terperuk pula dengan game kau yang entah apa - apa. Cmon’ la Ryuu. Ceria sikit macam kitaorang ni. Kan Rin ?” bebel Shu. Matanya ralit memandang wajah 'whatever' Ryuu yang masih kaku memandang skrin handphonenya.

“Betul, betul, betul !” sokong Kyorin walaupun matanya masih belum berganjak daripada membelek novel terbaru HE, penulis novel thriller yang sangat diminatinya.



Ryuu tayang muka tidak puas hati. Handphone yang berada di tangan disimpan dalam poket seluarnya. Matanya dialihkan ke wajah pemuda berdarah Cina itu. Pemuda yang agak popular dalam kalangan senior dan junior perempuan di tempat mereka sama - sama menimba ilmu.

“Apasal kau membebel dekat aku ni Shu ? Kalau ikutkan hati aku ni, lebih baik aku buat parttime dekat tempat kerja aku tu daripada joining trip ni. Tapi sebab kali ni Madam Roselle dah kata WAJIB ikut, aku nak tak nak kena datang juga. Karang aku tak datang, markah tesis aku kena potong pula. Ishh !” bidas Ryuu dengan wajah yang masam mencuka.

Shu lambakkan gelak. Bukan selalu gadis yang terkenal dengan sikap ‘pendiam’ itu buka mulut keluarkan ayat berdesap - desup. Selalunya gadis bernama Ryuu itu hanya tunjuk muka toya bila berada dalam kelas. Selebihnya Ryuu lebih suka menghabiskan masa bersama dengan Kyorin dan Hana. Seorang dengan dunia novel dan seorang pula lebih kepada neutral.

“Kau dah kenapa gelak ?”

Tanpa rasa bersalah Shu menarik pipi gadis itu sebelum berlari - lari anak meninggalkan Ryuu yang terkebil - kebil dengan tindakan berani matinya. Wajahnya bertukar bengang bila tersedar dengan usikan pemuda itu.

PAPPP !

Ryuu pandang Kyorin dengan muka pelik.

Unrequited love.

Heh ?

Kyorin tepuk bahu Ryuu. Wajahnya menggambarkan perasaan teruja melebihi rasa keterujaannya apabila membaca novel garapan HE.

Ryuu tepuk dahi. Baru faham apa yang dimaksudkan oleh Kyorin.




Ryuu berdiri di tepi pantai bersama pelampung itik miliknya. Melihat Hana dan rakan - rakanperempuan sekelas yang sedang gembira bermain air membuatkannya bersemangat untuk bermain air laut sekali. Kyorin juga diajaknya, namun gadis itu lebih memilih untuk menghabiskan masa dengan membaca novel sahaja.

Tidak jauh daripada tempatnya berdiri, Shu dan rakan - rakan sekelas yang lain sedang ghairah bermain bola tampar. Mata pemuda itu sempat melirik pada Ryuu yang gigih bermain air laut dengan pelampung itik. Ekspressi wajah Ryuu yang berubah seratus peratus ketika bermain dengan air laut menyebabkan Shu kehilangan fokus dalam game bola tampar mereka.


"First sight love is blooming now !" jerit rakan - rakan sekelas yang turut sama bermain bola tampar apabila mereka menyedari bahawa Prince Of Art and Design itu sedang ralit mencuri pandang pada Ryuu. 

Wajah Shu bertukar merah. 

"I am not !"

"Ryuu !!" jerit mereka beramai - ramai.

Gadis itu menoleh ke arah mereka. 

"Your prince is here !" jerit mereka sambil menarik lengan Shu yang sudah bertukar wajah menjadi merah padam menahan malu kerana diusik sedemikian rupa.

Dari jauh kelihatan Ryuu menunjukkan muka menakutkan sebelum berlari - lari anak. Telatahnya yang seperti kanak - kanak riang membuatkan semua ahli kumpulan itu terpegun.

"Aku tak pernah tahu kalau Ryuu ni sebenarnya comel.." bisik mereka masing - masing.

Shu meraup wajahnya. Now everyone saw it, Ryuu. Your rare expression....

Madam Roselle dan Sir Gerrald juga yang turut sibuk menyediakan juadah tengah hari untuk para pelajar juga sambil dibantu oleh Kelab Memasak turut menjadi penonton drama sebaba antara pelajar Kelab Bola Tampar dengan gadis bernama Ryuu itu.

"Youth... where love is blooming," gumam Madam Roselle sambil tangannya lincah menyediakan satey. 

Sir Gerrald yang sejak tadi memanggang satey turut tersenyum. Terkenang zaman mudanya semasa hendak mengurat Madam Roselle.






                                                                               


“Jyeah ! This is my last holiday with them so I should enjoy my time !” bisik Ryuu dengan senyuman teruja.

“Hana - chan ! I’m coming !”

Ryuu melambai - lambaikan tangannya sebelum berlari - lari anak menuju ke dalam air.

DEBUSHHHH !


 Puas bermandi - manda, mereka semua kembali ke pantai semula untuk mengisi perut. Ketika mereka semua sedang menikmati makanan, tiba - tiba sayup - sayup kedengaran suara Hana menjerit meminta bantuan. Dari jauh gadis itu kelihatan sedang tercungap - cungap di permukaan air. Buat seketika keadaan menjadi huru - hara kerana panik melihat Hana hampir lemas.

"Stay calm everyone !" jerit Madam Roselle kepada semua pelajar yang kelihatan panik. 

"Gerrald, you go seek for help !" arah Madam Roselle kepada Sir Gerrald yang sudah pun berlari ke luar.

"Now everyone help me ... " kata - kata Madam Roselle terhenti apabila matanya menangkap kelibat Ryuu sedang berlari laju menuju ke arah laut sambil diikuti Kyorin. 

Shu yang terkejut dengan aksi spontan turut berlari mengejar langkah gadis itu. Namun belum sempat dia menghentikan Ryuu, gadis itu sudah terlebih dahulu masuk ke dalam air dan berenang menuju ke arah Hana yang semakin tidak berdaya. 

Kyorin yang mengejar Ryuu juga turut terhenti langkahnya di tepi gigi air. Dia juga ingin menyelamatkan Hana, namun disebabkan dia tidak pandai berenang, langkahnya berhenti sampai di situ sahaja. 

 
 
 
 
SPLASHHHH ! 
 

Tubuh Hana yang samkin lemah dipautnya dan di bawa menuju ke batuan yang terdekat dengan pantai kerana kakinya terasa semakin sakit. Sekiranya dia kembali ke persisiran pantai, peluangnya untuk tenggelam bersama - sama Hana lebih besar. Jadi sebagai langkah bijak, Ryuu mengambil keputusan untuk bertenggek di batu sementara menanti bantuan daripada rakan sekelas yang lain. Tubuh Hana di baringkan di atas batu. Pipi gadis yang sedikit pucat itu dipukul - pukul lembut untuk menyedarkannya daripada ‘lena’.

 
“Uhuk ! Uhuk !”
 
Hana mulai sedar daripada pengsannya. Mata dan hidungnya terasa perit akibat termasuk air laut semasa dia meronta - ronta memohon pertolongan ketika hampir lemas. Hana cuba bangkit dari pembaringan sambil memegang kepalanya yang masih terasa pening.
 
“Yo !”


Di depannya, Ryuu sedang bertenggek separuh badan di atas bongkah batu tempat dia dibawa. Wajah gadis itu kelihatan pucat. Kesejukkan.


“Kita dekat mana ni ?”
 
“Dekat tepi pantai. Kita tunggu kejap dekat sini. Nanti diaorang yang lain akan datang selamatkan kita,” jawab Ryuu. 
 
“Kau apasal tadi ? Kau tahu tak kitaorang panik sangat bila tengok kau hampir lemas.”
 
Hana mengurut pelipisnya. Kepalanya agak berdenyut - denyut. 
 
“Aku rasa macam aku ditarik ‘sesuatu’ tadi,” balas Hana. Keningnya berkerut cuba mengingati apa yang jadi. Namun hampa, tiada yang mampu dia ingat secara jelas. 
 
Ryuu mengangguk faham.


"Kau rehatlah. Aku bagitahu kau nanti kalau bot dah sampai," ujar Ryuu. Kakinya yang sejak tadi terasa sakit mula terasa berat. Seperti ada pemberat yang diikat pada kakinya. Pandangannya dikalihkan pada bahagian pantai. Kelihatan Kyorin dan Shu sedang berdiri di gigi air.

Ryuu melambai - lambaikan tangan menunjukkan isyarat okey kepada mereka. Tidak jauh dari tempat Kyorin dan Shu berdiri, kelihatan Sir Gerrald bersama - sama pasukan keselamatan pantai sedang bergegas menuju ke arah pantai. 

 
Tiba - tiba Ryuu merasakan seperti ada 'sesuatu' sedang membelit kakinya. Kedua - dua belah kakinya cuba digerakkan untuk melepaskan daripada 'belitan' tersebut. Tanpa teragak - agak Ryuu memasukkan kepalanya ke dalam air untuk melihat apa yang membelit kakinya. Namun keadaan dalam air tersebut tiba - tiba bertukar menjadi gelap. 


Ryuu mengeluarkan semula kepalanya dari dalam air dan mencuba sedaya upaya untuk melepaskan kakinya dari belitan tersebut. Tangannya mencengkam bongkah batu dengan lebih kuat. Namun... 

“Hana...”

“Ya ?”

 
DEBUSHHH !!!!

Comments

Popular posts from this blog

KANSER BUAH ZAKAR BY DR. ERNA NADIA

Bahan Yang Perlu Ada Dalam Produk Bagi Kulit Berminyak Dan Berjerawat

TRIGGER FINGER by Doktor Mahyuddin (copypaste dari facebook)