Time Travel (7)

Di Perkampungan

Sepanjang Ryuu berjalan di perkampungan itu untuk mencari seseorang yang boleh membantunya ke pantai semula, tiada sesiapa pun yang memakai pakaian sepertinya. Rata - rata penduduk yang menetap di perkampungan tersebut memakai pakaian tradisional yakni pakaian yang dipakai sebelum era modenisasi. Dalam masa yang sama, semua penduduk itu kelihatan takut untuk berbicara dengannya. 

"Err.. sorry for disturbing. Are you shooting some historical drama or movie sir ?" 

Puas berjalan akhirnya Ryuu berhenti di sebuah gerai yang menjual ubi kayu panggang dan memberanikan dirinya untuk menegur peniaga tersebut. 

"...."

Peniaga tersebut kelihatan terkejut apabila Ryuu menegurnya. Kerutan di dahinya jelas menunjukkan bahawa dia tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh gadis muda itu.

"Emm, pakcik tengah berlakonkah ?" soal Ryuu semula sambil membuat mimik seolah - olah sedang berlakon.

Peniaga tersebut cepat - cepat menggelengkan kepalanya sebelum menghalau Ryuu supaya beredar dari gerainya kerana banyak mata yang sedang memerhati.

Ryuu yang tidak mengerti kenapa peniaga itu menghalaunya cepat - cepat beredar dari situ. Ditambah lagi dengan pandangan penduduk yang menjadi penonton drama tidak berbayar, lagilah dia bertambah bengang dan ingin cepat menghilangkan diri.

"Entahlah dekat mana aku berada sekarang ni.." keluh Ryuu sambil menggosok - gosok perutnya yang mulai berirama nyaring kerana kelaparan.





"Apa yang kau buat tu Hiraoka ?" tegur suatu suara dari arah belakang. 

Hiraoka yang sedang membuntuti pergerakan seseorang secara senyap - senyap itu terus berpaling ke belakang dan membuat isyarat senyap. 

"Kenapa kena senyap ?" Soalnya lagi. 

Kanak - kanak yang berusia 10 tahun itu terus mengepit mulut sahabatnya, Handa agar orang yang dibuntutinya itu tidak tahu ketahuan. 

Handa menepis tangan Hiraoka dari terus mengepit mulutnya. Dia kemudian melihat apa yang sedang diintip oleh sahabatnya itu. Kelihatan seorang gadis yang berpakaian pelik sedang bercakap seorang diri. 

Kanak - kanak itu terlopong melihat perkara yang dirasakan luar biasa itu. Tanpa menghiraukan Hiraoka yang masih lagi mengekori gadis pelik itu, Handa terus menapak ke arahnya. 





Comments

Popular posts from this blog

Bahan Yang Perlu Ada Dalam Produk Bagi Kulit Berminyak Dan Berjerawat

KANSER BUAH ZAKAR BY DR. ERNA NADIA

TRIGGER FINGER by Doktor Mahyuddin (copypaste dari facebook)