Time Travel (6)

Chalet Persendirian
Pantai


Sir Gerrald melangkah masuk ke dalam chalet yang disewa khas hanya untuk pelajarnya yang berada dalam Kelas Seni dan Reka Bentuk tahun akhir. Kelihatan Madam Roselle sedang menanti kepulangannya di meja makan. Wajah wanita itu kelihatan gusar dan letih. Para pelajarnya yang lain juga masih setia menanti kepulangannya.

"Macam mana ?" soal Madam Roselle.

Sir Gerrald menanggalkan jaket hitam yang dipakai olehnya lalu menyangkutnya di tempat penyangkut pakaian.

"Saya hanya mampu berharap dia selamat.." balas pemuda itu dengan satu keluhan yang berat.

Suasana yang memang suram bertambah suram apabila tiada khabar gembira yang mampu dikhabarkan oleh Sir Gerrald kepada mereka.

"Ryuu gonna be okay sir. Don't blame yourself.." celah Hana. Setelah sekian lama membisu, akhirnya gadis itu mula mengeluarkan suara.

Semua mata memandang ke arah Hana. Shu dan Kyorin juga turut memandang ke arah Hana.

Madam Roselle yang turut terkesan dengan perubahan Hana.

"Yeah. It's okay Gerrald.. don't push yourself. Lets eat with everyone," tambah Madam Roselle. Tangannya menepuk lembut bahu pemuda itu.

"Thanks..." balas Sir Gerrald dengan suara yang hampir tidak kedengaran.




Setelah selesai menghabiskan makan malam, masing - masing melayan perasaan sendiri. Hana duduk menghadap laut di beranda chalet yang disewa mereka. Angin bayu darat yang segar terasa menampar lembut tubuhnya. Pandangan dilempar ke arah laut yang luas terbentang di hadapan. Dengan bantuan cahaya bulan penuh, hampir seluruh di kawasan pantai itu dapat dilihat dengan agak jelas.

"Do you think she gonna be okay Shu ?"

Shu yang baru sahaja menyertai Hana di beranda chalet membuang pandangan ke hadapan. Menatap pantulan cahaya bulan pada permukaan air laut.

"She will be okay. We will meet her soon."

Hana mengeluh kecil.

"To be frank, I don't know what exactly happens."

Shu mengalihkan pandangannya pada Hana.

"What do you mean by that Hana ?" soal Shu. Riak hairan terpapar pada wajahnya.

"Before I'm drowning, I felt something pulling me down into the water. As soon as I lost my conscious, Ryuu come to me and save me."

Shu agak terkejut apabila mendengar kejadian yang menimpa pada Hana sebelum kejadian Ryuu lemas berlaku.

"Takkanlah tu hantu air ?" tukas Shu.

Hana menjongketkan bahunya. Dia sendiri tidak mengetahui 'benda' yang cuba menariknya ke dasar laut.

Shu melepaskan keluhan.  Pandangan dilontarkan semula pada laut. Otaknya sebu. Dalam masa yang sama, dia risau dengan keselamatan Ryuu.




Markas
10.00 p.m

Bunyi guruh yang berdentum diikuti dengan petir yang sambar - menyambar membuatkan semua skuad berada di dalam markas. Hanya petugas - petugas yang perlu berjaga saja yang berada di luar markas namun masih berada dalam lingkungan yang tidak terkena hujan.

Sementara itu, semua skuad yang menyertai misi pencarian sedang berkumpul di dalam bilik mesyuarat.

Setiap skuad memberikan laporan kepada Leftenan Bardalph yang menjadi ketua bagi keseluruhan skuad.

Pemuda bertubuh tegap itu mendengar dengan penuh teliti setiap laporan yang disampaikan oleh anak buahnya.

"Sebagaimana kita tahu, kes pengunjung hilang kerana lemas di pantai ni bukan sesuatu yang baharu. Setiap tahun pasti ada kehilangan berlaku." ujar seorang ahli skuad. Memandangkan dia merupakan orang yang paling lama berada di pulau itu dan sentiasa mengikuti misi pencarian pengunjung hilang, maka hal kehilangan pelajar ketika di laut menjadi sesuatu yang biasa.

"Betul, perkara ni memang kerap berlaku. Hanya beberapa orang mangsa hilang sahaja yang berjaya ditemui. Tapi..." sokong Charl. Charl merupakan penduduk asal di pulau tersebut.

"Tapi apa ?" soal Garry tidak sabar.

Masing - masing menunjukkan muka ingin tahu. Sarjan Aaric turut memasang telinga. Kehilangan yang agak misteri.

"Tapi mereka seperti hilang ingatan."

Semuanya kelihatan terkejut.


Comments

Popular posts from this blog

KANSER BUAH ZAKAR BY DR. ERNA NADIA

Bahan Yang Perlu Ada Dalam Produk Bagi Kulit Berminyak Dan Berjerawat

TRIGGER FINGER by Doktor Mahyuddin (copypaste dari facebook)