Manly Girl, Girly Guy ! (9)
"It's hurts .."
Joel mulai sedar daripada pengsannya. Pemuda itu cuba menggerakkan badannya namun tidak berjaya kerana tangan dan kakinya diikat kemas. Pandangannya meliar. Dia dibiarkan terikat dengan keadaan terbaring dalam sebuah bilik usang yang dipenuhi dengan kotak - kotak minuman.
"Fuck ! I need to get out before they come !" dalam kalut Joel sedaya upaya menggerakkan tangannya untuk melonggarkan ikatan.
Hampir 15 minit mencuba, akhirnya Joel berjaya melonggarkan ikatan yang ada pada tangannya. Kini dia mulai melonggarkan ikatan yang ada pada kakinya.
"Oi ! Oi ! You go check with him. If he run away, our master will be mad at us !"
Joel yang mendengar suara orang bawahan Kaiser mengarahkan kawannya untuk melakukan pemeriksaan ke atasnya cepat - cepat baring semula dengan tangan seperti keadaan terikat. Jika dia keluar sekarang, dia mungkin akan kehilangan nyawanya.
KREKKK
Pintu bilik tersebut dibuka. Seorang lelaki bersenjata masuk ke dalam bilik untuk memantau Joel.
"Oi kids !" Kakinya menendang kepala Joel namun tiada reaksi yang diberikan olehnya.
"He's damn sleepy head," bebel pemuda tersebut. Baru sahaja tubuhnya dipusingkan, mulutnya ditekup dari belakang.
"EMM !! MMM !!"
Joel menghembuskan nafas lega. Pemuda yang menendang kepalanya tadi sudah pun dibaringkan. Tangan dan kakinya diikat kejap, manakala mulutnya disumbat kain agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi.
"You're damn stupid ojisan. You should know this sleepy head if mine is a brilliant one," hambur Joel dengan sinis. Uniform sekolah yang dipakainya dibuka dan dicampak ke lantai. Dia kemudian mengambil senjata yang digunakan oleh pemuda tadi untuk menjadi senjatanya. Beberapa batang peluru dari poket seluar pemuda itu turut diambilnya.
"Adios."
Dengan berhati - hati Joel memanjat kotak - kotak minuman tersebut untuk ke tingkap yang tinggi dari kedudukan lantai.
PRAKK !
Salah satu kotak yang dipijaknya terjatuh ke lantai.
"What is that noise ?"
"Ugh.. it is just rat. Just continue our play."
"You idiot ! I need to check !"
KREKKK
Pintu dibuka oleh pemuda kedua. Kelihatan Max sedang terbaring di lantai dengan tangan dan kaki berikat. Bayang Joel juga tiada kelihatan. Dia segera berlari ke arah rakan - rakannya yang masih sibuk bermain kad.
"He run away !" jeritnya.
"What ?! "
"That kids run away !"
"Search the whole area ! Don't let that brat escape !"
Joel yang masih lagi berada dalam bilik tersebut bersembunyi di dalam salah sebuah kotak melepaskan sebuah keluhan. Nasibnya kali ini malang. Kalau dia ditemui, dia pasti akan dibelasah teruk oleh orang bawahan Kaiser. Silap - silap, boleh melayang nyawanya. Beg galasnya juga tiada. Jika tidak, dia boleh meminta bantuan dengan pengikutnya.
"Ha.. ha.. ha.. is this the end of my life ? Anna..."
Comments
Post a Comment