Time Travel (4)
Di Hutan
Malam
Suara jeritan bergema di setiap pelusuk hutan menarik minat beberapa kawanan serigala liar untuk mencarinya. Seekor serigala yang bertindak sebagai ketua kawanan serigala itu berlari pantas. Dengan menggunakan deria bau, mereka akhirnya sampai di tempat Ryuu sedang terbaring keletihan.
Dari jauh kawanan serigala itu bergerak dengan penuh tertib agar mangsa mereka tidak lepas. Dengusan demi dengusan mulai kedengaran menandakan bahawa mereka sedang kelaparan.
Tidak jauh dari tempat kawanan serigala itu sedang bergerak, Ryuu tersedar dari tidurnya. Bau hamis darah dan bangkai yang begitu menyesakkan saluran pernafasannya menyedarkannya bahawa ada makhluk lain yang sedang memerhatikannya. Menunggu masa untuk menerkamnya.
"Damn !" maki Ryuu perlahan. Dia perlu mencari jalan untuk menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa kawanan buas itu.
Perlahan - lahan, seekor demi seekor serigala mulai menghampiri Ryuu yang telah berdiri tegak. Bau hamis yang semakin kuat apabila kawanan serigala itu mendekati membuatkan Ryuu menjadi loya.
Grrrr....
Kawanan serigala tadi mulai menderam. Bersedia untuk melakukan serangan balas terhadap mangsa mereka.
Ryuu cuba menenangkan dirinya. Nafas diatur dengan baik. Dalam pada dia mencari akal untuk melarikan diri, Ryuu dengan sedaya upaya cuba untuk menggerakkan satu - pesatu anggota tubuhnya. Tersilap langkah, pasti dia akan menjadi habuan besar.
Imbas Semula,
Kelas Seni Bela Diri
"Sir, what we need to do if a pack of wolves trying to attack us ?" soal Jared, salah seorang pelajar seni bela diri yang berjaya menempatkan diri dalam pertandingan peringkat kebangsaan.
Saat itu, Ryuu yang sedang sibuk mencatat sesuatu di dalam buku nota menghentikan perbuatannya. Topik yang dibawa oleh Jared menarik perhatiannya disebabkan oleh minat Kyorin dan Hana terhadap cerita Twilight yang ada memaparkan kawanan serigala.
"Good question Jared," puji Sir Ackerman. Pensyarah yang hampir masuk ke alam warga emas itu berdiri di hadapan semua pelajarnya. Silibus yang digunapakai untuk menerangkan kawalan motor terhadap setiap pergerakan yang diajar dalam seni mempertahankan diri diletakkan di atas meja.
"Now class, I would like to ask your answer. What will you do if you meet wolves on your way home ?"
"Run, sir !" balas Adrian dengan penuh keyakinan.
"Run ? Wolves are one of the fastest animal. How can you save yourself if you are not Usain Bolt ?" balas Sir Ackerman dengan usikan.
Adrian hanya tersengih bagai kerang busuk.
"If running wasn't valid, then we should just stay freeze," jawab Rose.
"How long you gonna stay freeze Rose ? Wolves is not bear. Unless if you do that trick to bear, you'll live longer."
Semua pelajar senyap.
"According to Oliver Starr who has raised dozens of wolves and did field work for Yellowstone wolf reintroduction, when you meet a packs of wolves you mustn't run. Remember, wolves will hunts their prey when they're running. Second, you need to make yourself look bigger. If you're wearing a jacket, try raise your hand to your head and shouting to them. Third, back step slowly to the safe place with your eyes wide open. This is to make sure that they're not doing any movements. Last, if they are still want to attack you, make sure you make yourself as a roll ball and protect your own face," ucap Sir Ackerman.
Ryuu yang memasang telinga segera mencatatkan isi - isi penting ke dalam buku notanya. Mana tahu ianya akan menjadi sesuatu yang berguna buatnya pada masa akan datang.
Dalam Hutan
Malam
Grrrr....
Dengan pergerakan perlahan - lahan, Ryuu membongkokkan badannya dan menguti sesuatu daripada lantai hutan. Matanya mengawasi setiap pergerakan yang dibuat oleh kawanan serigala tersebut.
"Now !"
Sepantas kilat Ryuu membaling tanah ke arah kawanan serigala itu sebelum memanjat pokok yang menjadi tempat teduhannya. Tindakannya membaling tanah ke arah kawanan serigala itu untuk mencuri masa bagi memanjat pokok kelihatan berkesan.
Buat seketika kawanan serigala itu menderam - deram marah sambil menggeleng - gelengkan kepala mereka untuk membuang habuk tanah yang dibaling ke arah mereka.
Dengan berbekalkan kudrat yang ada, Ryuu memanjat dahan demi dahan pokok itu untuk menyelamatkan diri. Pandangan dihalakan ke bawah, kelihatan kawanan serigala itu mendengus marah sambil melolong sebelum meninggalkan Ryuu seorang diri.
Ryuu menghela nafas panjang. Dia memegang dadanya. Tangannya dapat merasa degupan jantung yang tidak sekata.
"Nampaknya aku kena keluar juga dari hutan ni esok. Kalau tak... erghh..." tekad hatinya.

Comments
Post a Comment