Time Travel (2)

Uhuk !

Ryuu yang pengsan selepas ditarik masuk oleh 'sesuatu' di dalam laut terbatuk - batuk. Serentak dengan itu matanya terbuka besar, tersedar daripada pengsan. Pandangannya meliar di setiap ceruk kawasan di tempat dia terbaring.

"Ehhh ?!!!!"

Riak wajahnya bertukar kepada kejutan apabila mendapati dia bukanlah berada di tepi pantai akibat dihanyutkan ombak, tapi sebaliknya berada di pinggir tasik. Paling tepat sekali, di kawasan hutan yang langsung tidak diketahui dilokasi mana.

Jika mengikut perkiraan logik akal manusia, mangsa lemas hanya ada dua kemungkinan. Sama ada mati lemas atau terdampar di mana - mana pulau. Tapi bagi Ryuu yang mengalami hal ganjil tersebut, terlalu jauh daripada logik akal.

"Aku dah mati ke ?", soal Ryuu pada dirinya sendiri. Tangan kanan cuba digerakkan.

"Arghh !" sekali lagi Ryuu terjerit kecil akibat kesakitan yang mulai menjalar apabila cuba menggerakan tangan kananya tadi.

Ryuu yang masih dalam keadaan terbaring cuba bangkit daripada pembaringan sambil tangan kiri memegang tangan kanannya. Dengan kesakitan yang makin menjalar, Ryuu membuka baju yang dipakainya. Baju itu kemudian diikat seketat yang mungkin sebelum dipakaikan pada tangan kanannya.

Hatinya sedikit lega kerana ajaran berguna daripada Hana ketika membantu seorang rakan kelas mereka yang mengalami patah tangan sewaktu melakukan pendakian masih mampu diingatinya.

"Thanks Hana chan. Huhu..." bisik Ryuu seorang diri.

Pandangannya dihalakan pada dada langit. Kelihatan warna jingga sudah menghiasi warna langit menunjukkan malam semakin menghampiri.

"Aku kena keluar dari tempat ni sebelum gelap. Ah.. semoga tak terserempak dengan benda - benda yang tak diingini," ujarnya sendiri. Dengan jalan yang terhincut - hincut, Ryuu mulai masuk ke dalam hutan tersebut. Berharap agar dapat menemui jalan keluar sebelum malam menjelma.




Di Pantai
06.00 p.m

Skuad keselamatan yang dipanggil untuk mencari mangsa lemas, Ryuu, masih lagi meneruskan misi pencarian yang diberikan kepada mereka walaupun matahari semakin semakin condong ke ufuk Barat.

"Lapor Tuan !"

Sarjan Aaric yang turut sama mengikuti misi pencarian mangsa lemas menghalakan pandangannya kepada Koperal Adam. Yang pastinya koperal muda itu dihantar oleh sub headquarter yang berpangkalan di timur pulau tersebut untuk menyampaikan maklumat penting.

"Leftenan Adrion mengarahkan semua skuad untuk menghentikan operasi pencarian sebentar kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan," dengan nada lantang dan jelas, Koperal Adam menyampaikan arahan yang diberikan terus kepadanya untuk dikhabarkan pada Sarjan Aaric yang mengetuai skuad pencarian kali ini.

"Roger."

Koperal Adam meminta izin untuk kembali semula ke sub headquarter untuk menyelesaikan tugasan lain selepas menyampaikan arahan tersebut.

"All squad may retreat for now !"




Comments

Popular posts from this blog

Bahan Yang Perlu Ada Dalam Produk Bagi Kulit Berminyak Dan Berjerawat

KANSER BUAH ZAKAR BY DR. ERNA NADIA

TRIGGER FINGER by Doktor Mahyuddin (copypaste dari facebook)