Time Travel (5)
Siulan burung - burung yang riang membuatkan Ryuu tersedar dari lenanya. Seluruh anggota tubuhnya terasa lenguh akibat tidur duduk di dahan pokok. Ryuu menguap kecil. Tangan kirinya menggosok kedua - dua matanya. Pancaran suria dari celah - celah daun pokok mengenai wajahnya.
Perlahan - lahan Ryuu turun dari dahan tempatnya bertenggek semalaman untuk meninjau keadaan di bawah. Risau jika kawanan serigala atau binatang buas yang lain masih berada di situ. Apabila dia sudah yakin tiada sebarang ancaman yang boleh mengancam keselamatan nyawanya, Ryuu terus meloncat turun.
Tangan kanan yang masih tergantung di dalam ikatan bajunya sejak semalam dikeluarkan. Terdapat benjolan bengkak pada tangannya. Ryuu menarik nafas panjang. Dengan keadaan tangannya seperti sekarang, peluang untuk melindungi diri berada di skala 5. Mahu tidak mahu, dia perlu mendapatkan rawatan segera. Dengan berhati - hati, Ryuu mulai mengorak langkah.
Setelah agak jauh berjalan, pendengarannya mulai menangkap bunyi air. Tanpa membuang masa Ryuu mencari sumber bunyi tersebut. Tidak jauh di hadapannya terdapat sebuah jeram dengan air yang jernih. Dengan pantas Ryuu menghampiri jeram tersebut. Dia kemudian mencuci mukanya dengan air jeram yang sejuk sebelum meminumnya.
Apabila tenaganya kembali pulih, Ryuu meneruskan perjalanan mengikut arah jeram itu mengalir. Hampir setengah jam perjalanan, Ryuu akhirnya tiba di sebuah kawasan perkampungan. Wajahnya kelihatan lega. Akhirnya dia boleh balik semula ke pantai untuk bertemu rakan - rakannya. Dengan perasaan yang lega, Ryuu melangkah menuju ke perkampungan tersebut.

Comments
Post a Comment