Posts

Showing posts from August, 2017

Manly Girl, Girly Guy ! (10)

Saeki yang baru selesai melakukan kerja separuh masanya mengambil tindakan untuk merehatkan otaknya berhampiran di sebuah kilang pembuatan minuman yang lama. Sebagai anak sulung dalam keluarganya, Saeki memilih untuk membantu ibunya yang sudah tua untuk mencari rezeki bagi menanggung kehidupan mereka anak - beranak setelah bapanya meninggalkan mereka untuk hidup bersama teman wanitanya. Sebatang rokok dikeluarkan dari kotak lalu disisip. Pemetik api dinyalakan dan disua pada hujung rokok. Seketika kemudian, kepulan - kepulan asap rokok dihembus keluar.  Ingatannya mengimbas semula insiden dia membantu seorang lelaki tua mendapatkan semula beg yang mengandungi dokumen penting setelah dirompak oleh seorang perompak ketika sedang menanti pemandu peribadinya. Setelah mengucapkan terima kasih, lelaki tua tersebut menawarkan pekerjaan kepadanya. Saeki yang kebetulan sedang mencari pekerjaan menerima tawaran tersebut dengan senang hati.  Keesokan harinya, dia diminta untuk datang

Manly Girl, Girly Guy ! (9)

"It's hurts .."  Joel mulai sedar daripada pengsannya. Pemuda itu cuba menggerakkan badannya namun tidak berjaya kerana tangan dan kakinya diikat kemas. Pandangannya meliar. Dia dibiarkan terikat dengan keadaan terbaring dalam sebuah bilik usang yang dipenuhi dengan kotak - kotak minuman.  "Fuck ! I need to get out before they come !" dalam kalut Joel sedaya upaya menggerakkan tangannya untuk melonggarkan ikatan.  Hampir 15 minit mencuba, akhirnya Joel berjaya melonggarkan ikatan yang ada pada tangannya. Kini dia mulai melonggarkan ikatan yang ada pada kakinya.  "Oi ! Oi ! You go check with him. If he run away, our master will be mad at us !"  Joel yang mendengar suara orang bawahan Kaiser mengarahkan kawannya untuk melakukan pemeriksaan ke atasnya cepat - cepat baring semula dengan tangan seperti keadaan terikat. Jika dia keluar sekarang, dia mungkin akan kehilangan nyawanya.  KREKKK  Pintu bilik tersebut dibuka. Seorang lel

Manly Girl, Girly Guy ! (8)

Seminggu telah berlalu dari insiden yang hampir meragut nyawa Joel telah berlalu. Sejak dari hari itu Joel dan pengikutnya dihukum gantung sekolah selama dua minggu. Dan selama dua minggu itu, mereka terpaksa datang ke sekolah setiap hari untuk melakukan kerja amal membersihkan kawasan sekolah.  "Hey you ! Stop sitting and start doing your job !" arah Saeki selaku janitor sekolah.  Joel yang sedang duduk santai terbejat apabila janitor sekolah itu menjerit kepadanya. Dengan serta - merta dia bangkit dari tempat duduk. Penumbuknya dikepal.  Dia mara ke hadapan, menuju ke arah Saeki yang kembali menyambung tugasannya menyapu daun - daun kering.  Dengan sepenuh tenaga penumbuk dihayun ke arah Saeki.  PAKK ! "Haa... Your punch is still like a cat paw," ujar Saeki.  Joel terkejut. Penumbuknya ditahan dengan mudah oleh Saeki.  Saeki memalingkan wajahnya ke arah Joel. Tanpa sebarang amaran, dia melayangkan sebuah penumbuk padu pada Joel namun

Time Travel (6)

Chalet Persendirian Pantai Sir Gerrald melangkah masuk ke dalam chalet yang disewa khas hanya untuk pelajarnya yang berada dalam Kelas Seni dan Reka Bentuk tahun akhir. Kelihatan Madam Roselle sedang menanti kepulangannya di meja makan. Wajah wanita itu kelihatan gusar dan letih. Para pelajarnya yang lain juga masih setia menanti kepulangannya. "Macam mana ?" soal Madam Roselle. Sir Gerrald menanggalkan jaket hitam yang dipakai olehnya lalu menyangkutnya di tempat penyangkut pakaian. "Saya hanya mampu berharap dia selamat.." balas pemuda itu dengan satu keluhan yang berat. Suasana yang memang suram bertambah suram apabila tiada khabar gembira yang mampu dikhabarkan oleh Sir Gerrald kepada mereka. "Ryuu gonna be okay sir. Don't blame yourself.." celah Hana. Setelah sekian lama membisu, akhirnya gadis itu mula mengeluarkan suara. Semua mata memandang ke arah Hana. Shu dan Kyorin juga turut memandang ke arah Hana. Madam Roselle yang turu

Time Travel (5)

Siulan burung - burung yang riang membuatkan Ryuu tersedar dari lenanya. Seluruh anggota tubuhnya terasa lenguh akibat tidur duduk di dahan pokok. Ryuu menguap kecil. Tangan kirinya menggosok kedua - dua matanya. Pancaran suria dari celah - celah daun pokok mengenai wajahnya. Perlahan - lahan Ryuu turun dari dahan tempatnya bertenggek semalaman untuk meninjau keadaan di bawah. Risau jika kawanan serigala atau binatang buas yang lain masih berada di situ. Apabila dia sudah yakin tiada sebarang ancaman yang boleh mengancam keselamatan nyawanya, Ryuu terus meloncat turun. Tangan kanan yang masih tergantung di dalam ikatan bajunya sejak semalam dikeluarkan. Terdapat benjolan bengkak pada tangannya. Ryuu menarik nafas panjang. Dengan keadaan tangannya seperti sekarang, peluang untuk melindungi diri berada di skala 5.  Mahu tidak mahu, dia perlu mendapatkan rawatan segera. Dengan berhati - hati, Ryuu mulai mengorak langkah. Setelah agak jauh berjalan, pendengarannya mulai menangkap b

Time Travel (4)

Di Hutan Malam Suara jeritan bergema di setiap pelusuk hutan menarik minat beberapa kawanan serigala liar untuk mencarinya. Seekor serigala yang bertindak sebagai ketua kawanan serigala itu berlari pantas. Dengan menggunakan deria bau, mereka akhirnya sampai di tempat Ryuu sedang terbaring keletihan. Dari jauh kawanan serigala itu bergerak dengan penuh tertib agar mangsa mereka tidak lepas. Dengusan demi dengusan mulai kedengaran menandakan bahawa mereka sedang kelaparan. Tidak jauh dari tempat kawanan serigala itu sedang bergerak, Ryuu tersedar dari tidurnya. Bau hamis darah dan bangkai yang begitu menyesakkan saluran pernafasannya menyedarkannya bahawa ada makhluk lain yang sedang memerhatikannya. Menunggu masa untuk menerkamnya. "Damn !" maki Ryuu perlahan. Dia perlu mencari jalan untuk menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa kawanan buas itu. Perlahan - lahan, seekor demi seekor serigala mulai menghampiri Ryuu yang telah berdiri tegak. Bau hamis yang semakin

Time Travel (3)

9.00 p.m Chalet Hana duduk sambil memeluk kedua belah kakinya. Di sebelahnya Kyorin sedang diam membisu. Seluruh penghuni chalet itu gempar dengan tragedi yang baharu saja dialami mereka. Tidak disangka mereka, percutian sebelum menghadapi peperiksaan akhir yang akan berlangsung tidak lama lagi telah bertukar menjadi mimpi ngeri bagi mereka. Shu yang sedang duduk di bangku menghadap ke luar beranda juga kelihatan sugul. Dalam diam, dia menyalahkan dirinya kerana membiarkan gadis itu menyelamatkan Hana seorang diri. Kalaulah dia juga turut mengikut jejak langkah Ryuu, pasti saat ini mereka akan menghabiskan masa dengan parti barbeku. Madam Roselle yang sedang berdiri sambil memeluk tubuh masih menanti kepulangan Sir Gerrald. Pemuda itu awal - awal lagi sudah menawarkan diri untuk mengikuti misi pencarian pelajarnya. Bagi pemuda itu, tragedi yang menimpa mereka hari itu merupakan suatu tamparan yang hebat baginya. Sebagai seorang pendidik, dia merasa bahawa dirinya gagal untuk mel

Time Travel (2)

Uhuk ! Ryuu yang pengsan selepas ditarik masuk oleh 'sesuatu' di dalam laut terbatuk - batuk. Serentak dengan itu matanya terbuka besar, tersedar daripada pengsan. Pandangannya meliar di setiap ceruk kawasan di tempat dia terbaring. "Ehhh ?!!!!" Riak wajahnya bertukar kepada kejutan apabila mendapati dia bukanlah berada di tepi pantai akibat dihanyutkan ombak, tapi sebaliknya berada di pinggir tasik. Paling tepat sekali, di kawasan hutan yang langsung tidak diketahui dilokasi mana. Jika mengikut perkiraan logik akal manusia, mangsa lemas hanya ada dua kemungkinan. Sama ada mati lemas atau terdampar di mana - mana pulau. Tapi bagi Ryuu yang mengalami hal ganjil tersebut, terlalu jauh daripada logik akal. "Aku dah mati ke ?", soal Ryuu pada dirinya sendiri. Tangan kanan cuba digerakkan. "Arghh !" sekali lagi Ryuu terjerit kecil akibat kesakitan yang mulai menjalar apabila cuba menggerakan tangan kananya tadi. Ryuu yang masih dalam keada