Posts

KANSER BUAH ZAKAR BY DR. ERNA NADIA

Image
KANSER BUAH ZAKAR Saja share sebab haritu baru dapat pesakit yang baru habis chemotherapy sebab ada masalah kanser testis .  Sebelum lahir, buah zakar berada di bahagian abdomen, namun apabila sudah cukup bulan dan selepas dilahirkan, ia akan turun dan masuk ke dalam kantung aka skrotum. Ia adalah proses semula jadi namun ada bayi yang dilahirkan, buah zakar yang masih berada di dalam abdomen sedangkan suhu tubuh yang tinggi tidak sesuai untuk buah zakar dan ia boleh merosakkan sel testikel seterusnya mengubah ia menjadi sel kanser. Ianya kadangkala mengambil masa mungkin setahun atau dua tahun untuk buah zakar bayi masuk ke dalam kantungnya dan ianya memerlukan suhu di luar badan yang tidak terlalu panas. Bagaimanapun, jika buah zakar masih belum turun ke dalam skrotum dalam tempoh tersebut, ada kemungkinan ia akan kekal di dalam abdomen dan ini akan merosakkannya, seterusnya menjejaskan sistem reproduktif, penghasilan hormon testosteron dan mendedahkan pesa...

Fakta Kentut Dan Berat Badan

Image
Kentut boleh menyebabkan kalori terbakar dan kurus? Benda ni dah lama viral sebenarnya tapi ianya taklah betul mana.  Kentut adalah aktiviti yang pasif.  Kenapa pasif? Sebab kentut berlaku apabila otot dalam keadaan rehat/relaks dan gas tersebut ditolak keluar oleh usus badan. Aktiviti yang pasif tidak akan menyebabkan kalori terbakar.  Tapi kalau tahan, boleh buat kalori terbakar sebab otot tak rileks dah. Cuma taklah banyak mana kalori terbakar dan of kos ianya tak bagus untuk kita, sebab gas tak elok ditahan tahan, baik dilepaskan sahaja. So, jangan tahan kentut ok. Apa yang menyebabkan gas atau dikenali dengan lebih glamer sebagai angin terbentuk di dalam badan ni? 1. Mengunyah makanan dengan laju. 2. Mengunyah sambil bercakap atau bersulam minum air. 3. Makan makanan yang bergas seperti kobis, kekacang, keju. 4. Banyak makan makanan yang berlemak dan bergoreng. 5. Minum minuman bergas. 6. Merokok. 7. Ada masalah perut atau usu...

Wanita, Hymen Dan Perkahwinan : Ada Apa Dengan Hymen ?

Image
Gambar Hiasan Hymen aka selaput dara tidak boleh tumbuh balik. Selaput dara bukanlah penentu seseorang itu masih dara atau tidak walaupun dia tidak pernah melakukan hubungan seksual. Selaput dara adalah berbeza dari segi bentuk dan tahap nipis untuk setiap wanita. Wanita yang Allah ciptakan wanita ya, bukan wanita jadian. Selaput dara boleh cedera atau pecah akibat dari aktiviti fizikal lain juga.  Dan tak semestinya hanya dengan hubungan senggama pertama kali akan pecah dara dan berdarah . No no no.  Jadi, katalah isteri anda tidak berdarah pada malam pertama, ini bukanlah bermakna dia takdak dara dah. Stop being prejudice ok. Niat kahwin lillahita’ala . Dan kepada penjual produk yang saya taktahu mana sifat malu ( Malu itu sebahagian dari iman), please tolonglah berhenti mengiklanlan dengan ayat ayat yang saya rasa sangat lucah.  Semalam, sepanjang perjalanan dari selatan ke utara, saya lihat papan iklan di highway, betapa banyaknya iklan yang me...

Fearless Advocacy : Sinopsis

Pertemuan yang tidak dirancang antara Amz Ryuren, Keiharu Kei dan Yuki Futarin semasa pencerobohan pelesit di Bandar Prosperous telah mengubah perjalanan takdir hidup mereka. Kehebatan mereka dalam menangani pencerobohan pelesit heboh diperkatakan oleh penduduk yang tinggal di sekitar bandar itu sekaligus menjadi batu loncatan kepada Amz Ryuren dan Keiharu Kei masuk ke dalam Institut HILS sebagai pelajar istimewa. Yuki Futarin dalam masa yang sama turut berpeluang masuk ke dalam kelas yang selama ini diidam - idamkan olehnya. Tidak lama selepas pengrekrutan pelajar baharu yakni pelajar istimewa, Negara Cahaya menerima serangan demi serangan daripada Negara Kegelapan. Atas saranan daripada pemerintah - pemerintah kanan di bawah Kerajaan Cahaya, Raja Abraham IV telah mengeluarkan titah kepada semua institut untuk mempersiapkan para pelajar agar turut bersedia untuk maju ke medan tempur sekiranya peperangan lama antara dua negara tercetus semula.

PENJAGAAN KAKI PESAKIT KENCING MANIS by Doktor Mahyuddin (copypaste dari facebook)

Image
Penjagaan Kaki Pesakit Kencing Manis **************************************** Pagi tadi saya sempat bertanya kabar dengan seorang sahabat. Kaki isterinya yang menghidap kencing manis telah dijangkiti kuman 2 tahun yang lalu. Kakinya membusuk dan bernanah sehingga terpaksa dipotong pada paras atas lutut. Cara yang paling baik bagi mengelakkan jangkitan kuman pada kaki pesakit kencing manis ialah dengan mengelakkan luka berlaku pada kaki & memastikan bacaan gula adalah terkawal. Jangkitan kuman senang berlaku kerana kaki pesakit kencing manis kurang deria rasa akibat kerosakan saraf (sensory neuropathy), kurang daya pertahanan (Immunopathy) dan mengalami kekurangan aliran darah yang baik bagi proses penyembuhan (vasculopathy). Ini adalah TRIAD of Diabetic Foot Ulcer. Berikut adalah beberapa langkah yang saya cadangkan buat anda (atau isteri, saudara-mara & kawan) anda lakukan jika anda menghidap kencing manis: 1. Kaki yang terlalu kering adalah TIDAK baik kerana ia sena...

TRIGGER FINGER by Doktor Mahyuddin (copypaste dari facebook)

Image
Jari tangan lekat & sangkut (Trigger Finger) - Rawatan Alternatif atau Hospital? ************************************** Ada sahabat meminta saya komen mengenai video dimana seorang perawat alternatif menekan pangkal jari dengan kayu dan membilang sampai 10 bagi mengubati seorang wanita yang mengalami jari tersangkut-sangkut. Perawat ini begitu tangkas & meyakinkan. Pada mulanya saya keberatan kerana ini adalah pilihan alternatif bagi pesakit. Anda berhak memilih apa dan di mana anda mahu menerima rawatan. Saya juga tidak mahu menimbulkan konflik. Namun kemudiannya saya berubah fikiran kerana berpendapat masyarakat perlu diberitahu bahawa: 1) Trigger Finger sebenarnya adalah kondisi yang amat kerap berlaku. Kami melihat kondisi ini hampir setiap hari di hospital 2) Ia boleh dirawat dengan mudah 3) Anda berhak mendengar daripada Pakar Ortopedik dan pihak hospital juga sebelum anda buat keputusan Jari Auntie ini sebenarnya mengalami masalah Trigger finger. Apabila ...

Ryuu Ingin Berkurapak

Image
Holla minna !  Sebelum terlambat, me wanna say Salam Ramadhan to all muslims, Happy Wesak Day to all Buddhist, Happy Harvest Festival to all Sabahan and Happy Gawai Day to all Sarawakians 😘 Am so sorry guys sebab lewat update apa - apa cerita berkaitan Time Travel ngan MG,GG (!) . Dengan keadaan otak tengah tepu, nampaknya cerita ni akan terkandas di tengah jalan menanti idea jatuh ke langit menghempap aku masa tengah tidur huhu . Sangat - sangat mintak maaf !  For addition too , keadaan pejabat yang kelam kabut sekarang juga sangat - sangat mempengaruhi aku untuk berkongsi apa - apa perkembangan dekat sini. And now , dikejutkan pulak dengan ayat yang keluar daripada bos aku kalau - kalau dia akan berpindah pejabat. Pindah ke mana, wallahualam . Yang pastinya, ada 3 orang yang mau jadi ketua pejabat kitaorang. Allahu .... aku harap bukan si XXX la yang jadi bos kami. I can't stand it kalau orang bujang juga yang jadi ketua 😶 Arghhhh ! Stress 😣 se...