UPT Dan Pregnancy
Assalamualaikum semua ! Lama sungguh aku tidak memunculkan diri menulis di sini. Btw aku sudah berpindah ke negeri lain mengikut husband terchenta pada awal tahun ni. And now am officially menjadi housewife untuk tempoh selama office tutup 🤭.
Bercerita tentang keadaan negara sekarang, semua orang menjadi stress akibat pandemik Covid19. Lebih - lebih lagi bila virus ni bermutasi menjadi lebih agresif. Paling menyedihkan bila banyak yang meninggal kerana wabak ni. Apa pun aku harap Allah SWT berikan kesembuhan kepada mereka yang terkena wabak ni. Btw aku tengah kuarantin 14 hari disebabkan staf kerja yang positif. Satu ofis pakat duduk rumah huhu.
So topik kita pada hari ini adalah UPT DAN PREGNANCY 🤰🏻
Ceritanya macam ni, kemarin (02/06/2021) lepas aku balik dari ambik swab test dan pakai gelang, aku saja - saja buat upt (urine pregnancy test). Memang jadi hobi aku untuk buat upt selang 2-3 hari. Masa buat upt tu, tidak sampai 5 minit terus naik faint line dekat test pack tu. So aku cam excited la kan since aku memang dah lama TTC. Aku whatsapp adik beradik aku mintak pinjam mata, suruh tengok ada line samar atau tidak. Masing - masing cakap ada.
Ko tau la kalau orang yang dah lama impikan menjadi seorang ibu, kadang 1 line yang muncul tapi nampak macam 2 line di mata kitaorang *sobs..sobs..*
Okey mungkin dekat sini tidak nampak sangat faint line tu. Tapi tengok dengan mata kasar, memang jelas sangat faint line tu 🥺.
Kakak aku suggest untuk repeat celup upt esok hari (which is today) untuk double confirm. Aku pun rasa benda tu perlu supaya boleh berhati - hati kalau betul aku tengah pregnant. So aku whatsapp husband aku mintak tolong belikan upt brand ClearBlue (brand ni memang mahal tapi accurate). Husband aku pun happy bila aku tunjuk gambar upt yang ada garis faint line tu. Yalah, sudah lama menanti zuriat kan walaupun usia perkahwinan kami belun cecah 2 tahun lagi.
Okey kembali ke cerita tadi, lepas whatsapp dengan adik beradik and husband aku, aku terus telan panadol 2 biji untuk bawa tidur (ni pun aku google sebelum telan, katanya selamat) since migrain aku takleh bawa bincang.
Tengah hari tu aku bangun gi toilet, aku saja bawa upt lagi untuk cek. So resultnya negatif. No faint line. Aku anggap tu sebab aku minum air banyak sangat. Tapi dalam masa yang sama aku jadi risau. Macam mana kalau aku cek esok tapi keputusannya negatif ? Benda ni berlegar dekat otak aku seharian sampai bawa dalam mimpi.
So hari ni (03/06/2021) aku bangun pagi ke toilet sambil membawa 1 test pack. Dan inilah hasilnya..
Ya seperti yang kamu semua dan aku nampak, hasilnya adalah negatif. Bayangkan perasaan aku masa ni.. nangis aku. Walaupun aku tahan dan aku sediakan diri aku, airmata tetap keluar. Faint line pun aku tidak nampak. Apatah lagi bebayang yang lain 😭
Husband aku peluk dan pujuk aku. Kami nangis bersama - sama 😭
Allah.. doakan aku pada yang sudi membaca. Doakan aku untuk peroleh zuriat. Buat semua sahabat yang sedang berusaha untuk mengandung, aku doakan agar kita semua diberikan kesempatan untuk mempunyai zuriat sendiri. Allahumma aamiin 🤲🏻.
Comments
Post a Comment