Posts

Manly Girl, Girly Guy ! (4)

Pelajar yang berada di dalam kelas tersebut mulai menjerit ketakutan apabila melihat Anna sudah bermandi darah. Baju uniform sekolah yang dipakainya juga sudah dibasahi dengan darah. Joel mengalih pandangan ke arah pelajar - pelajar lain yang berada di dalam kelas tersebut dengan pandangan seperti mahu membunuh. Dia masih belum puas untuk membelasah bekas kekasihnya itu. Melihat saja renungan maut Joel, pelajar - pelajar tersebut menjadi semakin ketakutan. Konco - konco Joel yang berada di dalam kelas tersebut turut 'bermain' dengan pelajar - pelajar perempuan yang diamuk ketakutan. Tubuh mereka diraba tanpa kerelaan. Joel ketawa puas hati apabila konco - konconya melakukan perbuatan terkutuk itu dengan rakus. "S-s-s-st-stop i-i-it J-j-j-joel..."rayu Anna yang berada dalam keadaan lemah. Dia tidak betah melihat rakan - rakan sekelasnya menjadi mangsa buas Joel disebabkan olehnya. Tangannya memaut kaki Joel. Merayu agar Joel akan menghentikan semua perbuatan konc...

Manly Girl, Girly Guy ! (3)

Anna dan Ren duduk di kafeteria. Jus oren yang tadi di dalam genggaman Anna sudah bertukar pemilik. Penutup botol jus oren dibuka oleh Ren. Minuman itu dicicipnya sedikit. Sekadar melegakan rasa dahaga. Gadis yang memanggilnya tadi duduk tenang di hadapannya. "Nak apa ?" soal Ren dengan nada mendatar. "Emm.. I want to thank you for helping me the other day," balas Anna sopan. Matanya tidak lepas daripada terus menatap wajah Ren. "Pardon ?" Ren tunjuk muka tidak faham. Seingatnya, dia tidak pernah membantu gadis itu. Apatah lagi berborak empat mata dengan gadis tersebut. Dahinya dikerutkan cuba mengingati jika dia pernah membantu. Buntu. Anna tergelak kecil melihat ekspressi Ren berubah. "Sorry, sorry. Maybe you already forgot about the incident here back then. You help me from that scary guy," tutur Anna. Kening Ren yang bertaut akibat kerutan terangkat ke atas. "Oh I see. Now I remember. You're that girl from before. Sor...

Manly Girl, Girly Guy ! (2)

Joel duduk senyap di atas sofa. Di hadapannya, seorang pemuda lengkap bersut hitam sedang duduk menikmati kopi panas buatan pembantunya. "Hmm... sangat sedap,"puji pemuda bersut itu. Cawan itu diletakkan semula di atas meja.  "Joel..." Joel tunduk. Wajahnya kelihatan garis - garis keresahan.  "Aku dengar kau dibelasah oleh pelajar baru.." GULP! "Pergaduhan tu terhenti," jawab Joel perlahan.  Posisi duduk ditukar kepada posisi berdiri. Pemuda bersut itu berjalan menuju ke arah jendela biliknya. Matanya dihalakan ke luar jendela dengan tangan disilangkan ke dada.  "Siapa nama dia ?" "Ren." Joel hanya diam di tempat duduknya. Insiden beberapa hari yang lalu masih segar dalam ingatannya. Mana mungkin dia akan lupakan wajah dan nama pelajar yang berani memalukannya di khalayak ramai. Dalam diam, dia sudah merencanakan sesuatu dengan konco - konconya. Hanya perlu menunggu masa untuk dilaksanak...

Manly Girl, Girly Guy ! (1)

" I want to break with you Joel," pinta Anna tiba - tiba kepada teman lelakinya, Joel yang sedang duduk bertentangan dengannya. Suasana kafeteria sekolah pada waktu itu masih lengang memandangkan pelajar - pelajar dari kelas lain masih berada dalam proses PnP. "What are you talking about Anna ? What did I do ?" soal Joel yang bingung dengan permintaan Anna untuk putuskan hubungan dengannya. Suapan yang tadi rancak mulai bertukar rentak menjadi perlahan. "I said, I want to break with you and it's not your fault." "Habis tu, kalau saya tak salah kenapa Anna nak putuskan hubungan dengan saya ? Kita dah lama bersama Anna !" Anna menarik nafas panjang. Gadis itu cuba mengumpul kekuatan untuk berterus terang dengan Joel. Dia tidak mahu Joel terluka sekiranya pemuda itu mengetahui dari mulut orang lain..  "Anna... sebenarnya suka dekat orang lain." Joel terkedu. Akalnya seperti tidak mampu mencerna apa yang diperkat...

Time Travel 1

  Suasana  di pantai pada hari itu sangat meriah dengan  gelak tawa pelajar daripada Kelas Seni dan Reka Bentuk. Bukan selalu mereka dapat menghabiskan masa di tempat awam seperti itu kerana kekangan masa yang sangat terhad. Tambahan pula mereka merupakan pelajar yang berada di tahun akhir pengajian. Sudah tentu banyak tesis yang perlu disiapkan demi meraih segulung sijil yang berharga. “Weh Ryuu ! Kyorin ! Jomlah join kitaorang main bola tampar !” laung Shu pada dua orang gadis yang sedang duduk bersantai di atas tikar. Pemuda itu berlari - lari anak menuju ke arah dua gadis y...