Chinese Drama Recommendation : The Untamed

Peace be upon you minna ! Ogenki desuka ? Aku harap kalian semua berada dalam keadaan yang sihat sejahtera bersama keluarga tersayang. Btw, sebelum aku masuk ke topik yang hendak aku taip di sini, once again, Selamat Hari Malaysia 💖 Semoga negara kita terus dilimpahi dengan rahmat dan kasih sayangNya. Allahumma aamiin. 

Setelah berbulan aku menghilang, hari ni aku muncul balik. Aku ada ja sebenarnya, tapi disebabkan aku pindahkan pc dan meja belajar aku dekat tempat lain so agak malas aku berkicau. So lets start our topic 😎


credit : Chinaatilla

The Untamed merupakan drama bersiri dari negara China yang mana ia mempunyai 50 episode dengan durasi tayangan selama 45 minit. Drama ini mula ditayangkan pada 27 Jun 2019 sehingga 20 Ogos 2019. Apa yang menarik dengan drama ini adalah ia merupakan adaptasi daripada light novel berjudul Mo Dao Zu Shi hasil penulisan Mo Xiang Tiang Xiu. Genre asal pada novel ini adalah BL (boys love) namun setelah diadaptasikan kepada animasi dan drama, genre asal diubah menjadi shounen akibat daripada pengharaman tayangan yang berunsur homoseksual. So this should be alright. 




Sinopsis Cerita :

The Untamed mengisahkan perjalanan hidup seorang cultivator bernama Wei Wuxian (dilakonkan oleh Xiao Zhan) yang memilih jalan 'demonic' untuk cultivate selepas Puak Qishan Wen menjajah Puak Yunmeng Jiang yang mana mengakibatkan kematian ahli keluarga Jiang Cheng. Akibat daripada tindakannya yang memilih jalan gelap, Wei Wuxian menjadi musuh semua puak yang inginkan kuasanya. 
Beberapa tahun selepas kematiannya, Wei Wuxian diseru oleh Mo Xianyu untuk membalas dendam.



Dari Kaca Mata :

Bagi aku, jalan cerita ni sangat menarik. No love story yang membosankan untuk dilayan. Yang ada cuma kisah persahabatan, pengorbanan dan kasih sayang antara keluarga. Sangat terbaik untuk dilayan bersama keluarga. 

Tempat Untuk Layan Drama : The Untamed 2019 Episode 1






Comments

Popular posts from this blog

Bahan Yang Perlu Ada Dalam Produk Bagi Kulit Berminyak Dan Berjerawat

KANSER BUAH ZAKAR BY DR. ERNA NADIA

TRIGGER FINGER by Doktor Mahyuddin (copypaste dari facebook)