Posts

Showing posts from November, 2018

KANSER BUAH ZAKAR BY DR. ERNA NADIA

Image
KANSER BUAH ZAKAR Saja share sebab haritu baru dapat pesakit yang baru habis chemotherapy sebab ada masalah kanser testis .  Sebelum lahir, buah zakar berada di bahagian abdomen, namun apabila sudah cukup bulan dan selepas dilahirkan, ia akan turun dan masuk ke dalam kantung aka skrotum. Ia adalah proses semula jadi namun ada bayi yang dilahirkan, buah zakar yang masih berada di dalam abdomen sedangkan suhu tubuh yang tinggi tidak sesuai untuk buah zakar dan ia boleh merosakkan sel testikel seterusnya mengubah ia menjadi sel kanser. Ianya kadangkala mengambil masa mungkin setahun atau dua tahun untuk buah zakar bayi masuk ke dalam kantungnya dan ianya memerlukan suhu di luar badan yang tidak terlalu panas. Bagaimanapun, jika buah zakar masih belum turun ke dalam skrotum dalam tempoh tersebut, ada kemungkinan ia akan kekal di dalam abdomen dan ini akan merosakkannya, seterusnya menjejaskan sistem reproduktif, penghasilan hormon testosteron dan mendedahkan pesakit

Fakta Kentut Dan Berat Badan

Image
Kentut boleh menyebabkan kalori terbakar dan kurus? Benda ni dah lama viral sebenarnya tapi ianya taklah betul mana.  Kentut adalah aktiviti yang pasif.  Kenapa pasif? Sebab kentut berlaku apabila otot dalam keadaan rehat/relaks dan gas tersebut ditolak keluar oleh usus badan. Aktiviti yang pasif tidak akan menyebabkan kalori terbakar.  Tapi kalau tahan, boleh buat kalori terbakar sebab otot tak rileks dah. Cuma taklah banyak mana kalori terbakar dan of kos ianya tak bagus untuk kita, sebab gas tak elok ditahan tahan, baik dilepaskan sahaja. So, jangan tahan kentut ok. Apa yang menyebabkan gas atau dikenali dengan lebih glamer sebagai angin terbentuk di dalam badan ni? 1. Mengunyah makanan dengan laju. 2. Mengunyah sambil bercakap atau bersulam minum air. 3. Makan makanan yang bergas seperti kobis, kekacang, keju. 4. Banyak makan makanan yang berlemak dan bergoreng. 5. Minum minuman bergas. 6. Merokok. 7. Ada masalah perut atau usus. 8. Minum gu

Wanita, Hymen Dan Perkahwinan : Ada Apa Dengan Hymen ?

Image
Gambar Hiasan Hymen aka selaput dara tidak boleh tumbuh balik. Selaput dara bukanlah penentu seseorang itu masih dara atau tidak walaupun dia tidak pernah melakukan hubungan seksual. Selaput dara adalah berbeza dari segi bentuk dan tahap nipis untuk setiap wanita. Wanita yang Allah ciptakan wanita ya, bukan wanita jadian. Selaput dara boleh cedera atau pecah akibat dari aktiviti fizikal lain juga.  Dan tak semestinya hanya dengan hubungan senggama pertama kali akan pecah dara dan berdarah . No no no.  Jadi, katalah isteri anda tidak berdarah pada malam pertama, ini bukanlah bermakna dia takdak dara dah. Stop being prejudice ok. Niat kahwin lillahita’ala . Dan kepada penjual produk yang saya taktahu mana sifat malu ( Malu itu sebahagian dari iman), please tolonglah berhenti mengiklanlan dengan ayat ayat yang saya rasa sangat lucah.  Semalam, sepanjang perjalanan dari selatan ke utara, saya lihat papan iklan di highway, betapa banyaknya iklan yang memalukan sebaga