Mi Sensei (2)
Inari Hiryu duduk termenung di mejanya. Dia baru sahaja selesai menanda kertas soalan yang disediakan khas untuk anak didiknya itu. Perasaannya bercampur baur apabila melihat jawapan yang diberikan oleh mereka. "Macam mana pengalaman hari pertama bertugas sebagai pendidik Cikgu Inari ?"tegur Anna Joshua. Wanita bermata sepet itu merupakan guru kelas bagi pelajar - pelajar harapan sekolah mereka. Hiryu melontarkan senyum paksa. "Not bad, Cikgu Anna. Cuma terfikir cara nak improve markah diaorang untuk subjek sejarah," balas Hiryu. Tangannya menongkat dagu. Anna Joshua tergelak kecil. "Bukan untuk subjek sejarah saja. Semua subjek pun macam tu. Adalah dalam beberapa orang pelajar dari kelas tu yang agak okey dari segi akademik. But the rest ...." Hiryu mengangguk faham. Hendak komen lebih - lebih pun, dia baru kali pertama masuk ke kelas tersebut. Banyak lagi yang dia belum tahu mengenai anak didiknya dan juga "masalah" yang dikatakan o...