Ramadan , Dulu Dan Kini.... Catatan Seorang Adik
Sedar tidak sedar kita semakin menghampiri penghujung Ramadan. Lagi beberapa hari, tetamu baru kita iaitu Syawal akan datang berkunjung. Bulan kemenangan bagi seluruh umat Islam selepas sebulan berperang melawan hawa nafsu. Ramadan tahun ni, alhamdulillah. Walaupun masih ada yang lompong tapi amat bermakna bagi aku. Mungkin satu titik permulaan bagi aku untuk kembali kepada Sang Khaliq selepas jauh tersesat lagi terpesong dari landasan yang Haq. Satu penghijrahan berskala kecil bagi diri aku sendiri. Namun, Ramadan kali ini juga bukan seperti Ramadan yang sebelum - sebelum ini. Masih ada kekurangan yang aku rasakan. Kalau sebelum ni, setiap kali Ramadan semangat untuk menyambut Ramadan dengan keluarga begitu membara dan berkobar - kobar. Tapi kali ini, semua itu cuma kenangan lama yang entahkan mungkin akan berulang semula atau tidak. Wallahualam. Ramadan kali ini juga, Ramadan kedua selepas kehilangan ahli keluarga dua tahun yang lalu. Ramadan yang mendidik dan me...