Drama Recommendation : Go Back Couple
Assalamualaikum ! How was your day minna ? Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera. Hari ni aku marathon drama Korea bertajuk Go Back Couple. Cerita ni tahun 2017 punya, tapi baru hari ni aku layan disebabkan video clip dekat Facebook yang mana dalam video clip tu, Jang Na Ra menangis masa menziarahi ibu dia. Sambil dia berborak dengan gambar ibu dia (tempat letak abu ibu dia), dia peluk kuat - kuat surat perceraian dia. Sedih sangat (sakit mata nangis banyak). Hanya disebabkan klip beberapa minit tu la yang buat aku decide untuk layan cerita ni. SINOPSIS Mengisahkan mengenai sepasang suami isteri iaitu Choi Ban Do dan Ma Min Joo yang memutuskan untuk bercerai dan rasa menyesal berkahwin pada usia yang awal. Sekembalinya mereka daripada menghantar dokumen perceraian, kedua - dua mereka mengalami pengalaman 'travel back time' ke zaman mereka masih muda. Episod : 12 Durasi : 1 Jam Penerbit : Ha Byung Hoon Genre : Rom...