Posts

Showing posts from March, 2018

Time Travel (7)

Di Perkampungan Sepanjang Ryuu berjalan di perkampungan itu untuk mencari seseorang yang boleh membantunya ke pantai semula, tiada sesiapa pun yang memakai pakaian sepertinya. Rata - rata penduduk yang menetap di perkampungan tersebut memakai pakaian tradisional yakni pakaian yang dipakai sebelum era modenisasi. Dalam masa yang sama, semua penduduk itu kelihatan takut untuk berbicara dengannya.  "Err.. sorry for disturbing. Are you shooting some historical drama or movie sir ?"  Puas berjalan akhirnya Ryuu berhenti di sebuah gerai yang menjual ubi kayu panggang dan memberanikan dirinya untuk menegur peniaga tersebut.  "...." Peniaga tersebut kelihatan terkejut apabila Ryuu menegurnya. Kerutan di dahinya jelas menunjukkan bahawa dia tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh gadis muda itu. "Emm, pakcik tengah berlakonkah ?" soal Ryuu semula sambil membuat mimik seolah - olah sedang berlakon. Peniaga tersebut cepat - cepat menggelengkan kep